Pemikiran lelaki sukar untuk diramalkan ketika memilih pasangan kerana mereka punya cita rasa yang tersendiri. Mereka pastinya ada kriteria-kriteria tertentu dalam memilih teman wanita termasuklah sisi wanita yang boleh membuatkannya tergoda.
Bagi wanita pula memiliki tubuh badan yang ideal penting sebagai menepati ciri-ciri idaman lelaki. Namun ketahuilah bahawa ada 10 sisi lain pada wanita yang boleh membuatkan lelaki tertarik.
1. Senyuman manis
Cukup dengan senyuman manis seorang wanita pastinya mampu membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Ditambah lagi dengan sifat semula jadi wanita yang ayu, lemah lembut dan manis akan membuatkan orang yang melihatnya tertarik dan terpesona.
Hati lelaki bagaikan dipanah apabila melihat wanita melemparkan senyuman manis. Malah dengan senyuman juga boleh menceriakan seseorang yang sedang berduka. Jadi hati-hati lelaki dengan senyuman manis wanita kerana ia berupaya untuk membuahkan perasaan cinta.
2. Mata yang menawan
Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Untuk melihat sepasang mata wanita yang cantik secara natural sememangnya sukar kerana zaman kini wanita mencantikkan mata mereka dengan pelbagai alat solekan.
Ini secara tidak langsung telah mengaburi kecantikan asli seorang wanita. Namun jika lelaki berjumpa dengan wanita dengan sepasang mata yang cantik pastinya membuatkan lelaki jadi tidak keruan.
3. Rambut hitam yang sihat
Sebenarnya anda tidak perlu menghilangkan keaslian warna rambut kerana rambut yang hitam, sihat, ikal mayang dan lembut boleh menarik perhatian lelaki. Jadi untunglah kita sebagai orang Asia kerana miliki rambut berwarna hitam. Malah rambut hitam yang sihat juga menunjukkan yang anda pandai menjaga aset wanita.
Jadi para wanita, jagalah mahkota anda ini dengan sebaiknya agar ia kekal sihat dan cantik kerana ia mampu menyerlahkan diri bentuk wajah seorang wanita.
4. Badan yang berisi
Sebahagian besar wanita menganggap lelaki hanya menyukai wanita bertubuh kurus kerana wanita fikir tubuh kurus itu tampak seksi. Namun hakikat yang sebenarnya orang lelaki lebih tergoda pada wanita yang sedikit berisi dan miliki pinggul serta ukuran pinggang yang lebar.
Pada pandangan lelaki, kalau wanita terlalu kurus melidi mereka akan tampak seperti tidak sihat dan tidak sedap untuk dipeluk.
5. Berwajah natural dan tidak bersolek tebal
Hasil kajian yang dilakukan oleh Quarterly Journal of Experimental Psychology mendapati bahawa apabila lelaki ditunjukkan dengan gambar wanita bersolek dan tidak bersolek, keputusannya jelas menunjukkan lelaki lebih memilih gambar wanita yang tidak bersolek.
Ini kerana mereka lebih tertarik melihat wajah sebenar wanita berbanding wanita dengan wajah yang sudah disolekkan. Seeloknya pilihlah rona natural agar wajah anda tampak berseri.
6. Memakai pakaian atau gincu berona merah
Rona merah sering dikaitkan dengan hubungan intim kerana ia terbukti boleh menaikkan nafsu. Malah kajian yang dijalankan oleh Journal of Personality and Social Psychology mendapati bahawa lelaki akan mudah tertarik dengan wanita sekali gus membuatkan emosinya terangsang dengan rona merah yang digayakan wanita tidak kira sama ada menerusi pakaian ataupun solekan.
Mana-mana yang dah berkahwin tu boleh la goda dan pikat suami anda dengan memakai pakaian dalam rona merah ketika berhubungan intim.
7. Memakai kaca mata
Wanita yang memakai kaca mata juga boleh membuatkan lelaki mudah tergoda. Ia secara tidak langsung menjadikan penampilan wanita berkaca mata lebih seksi kerana menampakkan anda seorang wanita bijak dan hot.
8. Suara ketika waktu subur
Berdasarkan kajian, perubahan hormon ketika aliran menstruasi akan mengubah suara wanita. Inilah yang membuatkan lelaki mampu tergoda apabila mendengar suara wanita. Menurut kajian pada waktu subur, suara wanita akan mengirimkan aliran listrik melalui kulit seorang lelaki.
Dengan kata lain, pada waktu puncak kesuburannya, suara wanita boleh membuat kulit lelaki (wanita juga) tertarik ketika berbicara.
Suara wanita dikatakan lebih menggoda daripada yang pernah anda fikirkan khususnya ketika wanita berada pada masa paling subur daripada aliran menstruasinya. Suara wanita juga disebut-sebut mampu memberi “aliran listrik” ke kulit seorang lelaki.
9. Kaki yang panjang
Di mata lelaki, kaki wanita yang panjang ditambah lagi dengan memakai kasut tumit tinggi akan menonjolkan keseksian. Dengan memakai kasut tumit tinggi, kaki, punggung dan bahagian belakang wanita akan tampak menarik.
10. Gigi yang putih dan bersih
Senyuman dengan gigi yang putih dan bersih mampu membuatkan sesiapa pun cair apabila melihatnya. Malah menurut pakar, kebanyakan lelaki kurang menyenangi gigi pasangan yang kekuningan dan tidak tersusun. Disebabkan itulah setiap orang disarankan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala enam bulan sekali agar gigi anda sihat, bersih dan putih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI