Pasti bakal ibu bapa tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata yang sudah lama dinantikan. Bila hari semakin menghitung untuk melahirkan, ibu sebaiknya mengambil makanan penambah tenaga kerana ia dapat membantu ibu lebih kuat pada hari kelahiran itu.

Pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi memang sangat digalakkan untuk ibu hamil malah beberapa spesifik makanan penambah tenaga ini memang sangat disarankan sebelum tibanya due date.

Apakah makanan yang dimaksudkan itu, mari kami kongsikan dengan anda semua.

1) Kurma

Isteri, Sebelum Bersalin Cuba Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Dapatkan Tenaga Lebih

Buah kurma berasal dari Timur Tengah dan ia juga sangat popular di Malaysia khususnya ketika bulan Ramadhan kerana keberkatan mengambilnya ketika berbuka puasa dan sahur.

Selain itu, kurma juga dianggap sejenis buah yang boleh melancarkan operasi melahirkan yang telah banyak diketahui umum. Ia juga adalah sejenis buah yang boleh membekalkan tenaga dengan segera. Oleh itu, ambil beberapa biji kurma sebelum proses kelahiran anda.

Ads

2) Tembikai

Isteri, Sebelum Bersalin Cuba Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Dapatkan Tenaga Lebih

Buah-buahan seperti tembikai mempunyai kandungan air yang banyak bagi membantu ibu mendapatkan bekalan air yang cukup dalam tubuh selama kehamilan.

Selain air kosong, buah tembikai juga dapat membantu ibu mendapatkan bekalan air yang cukup kerana buah ini mengandungi mineral elektrolit yang dapat meningkatkan penyerapan H20 dalam tubuh.

Ads

3) Pisang

Isteri, Sebelum Bersalin Cuba Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Dapatkan Tenaga Lebih

Pisang kaya dengan Potassium, vitamin B, dan Vitamin C yang dapat mencegah pre-eklampsia yang sangat dibimbangi semasa melahirkan. Buah ini juga dapat digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan yang sihat dan menambahkan nutrisi sekaligus ia dapat meningkatkan tenaga ibu semasa bersalin.

4) Bendi

Ads

Isteri, Sebelum Bersalin Cuba Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Dapatkan Tenaga Lebih

 

Sayur ini dipercayai mampu membantu anda dalam proses bersalin. Malah ia juga boleh menjadi penawar kepada masalah sembelit, dan diabetis. Ia boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah rebus, atau masakkan berkuah. Ia sangat digalakkan untuk mengelakkan masalah untuk proses bersalin.

5) Air kelapa

Isteri, Sebelum Bersalin Cuba Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Dapatkan Tenaga Lebih

Sebaik tiba usia kandungan 7 bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Pengambilan air kelapa sepanjang tempoh kehamilan baik kerana dapat membantu menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI