Perkahwinan tanpa ujian dan dugaan itu, bukanlah perkahwinan kerana kita semua bukan sempurna. Namun kita sebagai isteri, antara mampu atau tidak dalam menangani semua ini. Lelaki bernama Firdaus Syakirin ini kongsi, isteri kita ni boleh jadi yg paling lembut dan menyejukkan, lalu membahagiakan dan dia juga boleh jadi yg paling keras.
Saya cukup-cukup respect dgn isteri-isteri zaman sekarang ni…
Dia punya usaha, ikhtiar, kesungguhan, persediaan utk mempertahankan perkahwinan dia, menyelamatkan rumahtangga dia dr org ketiga cukup2 dahsyat…Dari surirumah, dia jadi hackers, buat whatapps web, hack hp suami, smpai tahu siapa yg selalu suaminya berchatting, berhubung…dari seorang yg bekerjaya, dia jadi ‘spy’, tgok dan ikut gerak geri suaminya, tahu location suaminya dimana…sampai suami sendiri pun tak sedar…
Dengan jelingan saja dia dah dpt tahu yg mesti ada something yg xkena dgn suami dia ni…
“Tak pernah laki aku senyum depan hp sorang2…xpernah laki aku bwk hp masuk tandas…xpernah laki aku letak hp bwh bantal dia mlm2…dan xpernah lagi bila aku tdo, dia xtdo2 lagi, main hp…”
Saya tertanya-tanya la jugak kan kenapa dia sanggup buat mcm tu, hanya sebab SEORANG lelaki yg bergelar SUAMI utknya….sanggup berjumpa, berhadapan dengan org yg menganggu rumahtangganya, bertikam lidah, berperang mulut dgn perempuan yg cuba merampas suaminya, lawan tarik rambut? (Tarik rambut ala orang dulu-dulu, guling2 atas tanah tu – masih ada yg praktik lagi ke)
Walhal suaminya tu ADA APA SANGAT…?nak harapkan pd MUKA? byk lagi yg HENSEM…nak harapkan pd HARTA? CUKUP-CUKUP MAKAN je setiap bulan…sempurna sgt ke? KE LAUT jgak kalau bab2 agama ni…solat pun tunggang langgang…
Tapi…
Isteri harungi dan tempuhi semua tu sebab bagi isteri, suami itu milik dirinya, milik anak-anknya…ayah kepada anak-anaknya…sbb tu dia tak nak kehilangan suaminya, FAHAM?
Walau tak berguna sangat pun suami itu, walau tak menolong sgt pun suami itu, walau xpernah memahami sgt pun suami itu, walau menyakitkan hati sgt pun suami itu tapi dia tetap seorang suami, tetap seorang ayah…jadi isteri buat utk kebaikan rumahtangganya…bukan sebab hatinya…
Sbb hatinya itu, tak pernah pun suami ambik tahu apa yg dia rasa…xpernah pun suami faham apa yg dia mahukan…tapi dia tetap nak suaminya itu jadi SUAMI!
Akhir kalam, isteri kita ni boleh jadi yg paling lembut dan menyejukkan, lalu membahagiakan dan dia juga boleh jadi yg paling keras, kasar lalu teramatlah menyakitkan…
Kita nak dia jadi yg mana? ?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI