Isteri yang solehah akan mentaati suami di manapun, dalam situasi apapun, senang mahupun susah, lapang mahupun sempit, suka ataupun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami. Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)

Perkongsian kali ini adalah tentang kelebihan isteri yang baik dalam mentaati suaminya, antaranya ialah

Isteri Setia Akan Sentiasa Ada Walaupun Suaminya Tidak Berharta Dan Hidup Biasa-Biasa

(1). Syurga atau neraka seorang isteri di bawah telapak kaki suami

Ketaatan isteri kepada suami adalah jaminan syurga baginya. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Bila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya; Masuklah ke Syurga dari pintu manapun yang engkau suka.” (riwayat Ahmad)

Suami adalah syurga atau neraka bagi seorang isteri. Keredhaan suami menjadi asbab keredhaan Allah. Istri yang tidak diredhai suaminya karena tidak taat dikatakan sebagai wanita yang derhaka dan kufur terhadap nikmat suaminya.

Kenapa wanita banyak masuk neraka? Jawabannya dalam hadits berikut; Ketika selesai Rasulullah saw dari solat kusuf (solat gerhana matahari), baginda saw bersabda menceritakan syurga dan neraka yang diperlihatkan kepada beliau ketika solat;
وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.” (riwayat Bukhari dan Muslim ).

(2). Tingginya kedudukan suami di mata isterinya

Rasulullah saw bersabda;
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ
“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud kepada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban isteri.” (riwayat Abi Daud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Hak suami bagi seorang isteri berada di atas hak sesiapapun manusia termasuklah hak kedua orang tua. Hak suami bahkan harus didahulukan oleh seorang isteri daripada ibadah-ibadah yang bersifat sunnah.

Ads

(3). Dilarang berpuasa sunat dan membawa tetamu lain dalam rumah melainkan dengan izin suaminya

Rasulullah saw bersabda;
لَا يَحِلُّ لِلْمَرأَةِ أَن تَصُومَ وَزَوجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذنِهِ، وَلَاْ تَأْذَن فِي بَيتِهِ إِلاّ بِإِذنِهِ
“Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa sementara suaminya ada di rumah kecuali dengan izinnya. Dan tidak boleh baginya meminta izin di rumahnya kecuali dengan izinnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jabir ra menceritakan dalam haji wada’, Rasulullah saw menyampaikan suatu pesanan dalam khutbahnya;
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُم أَخَذتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ، وَاستَحلَلتُم فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ، وَلَكُم عَلَيهِنَّ أَلَّا يُوطِئنَ فُرُشَكُم أَحَدًا تَكرَهُونَهُ، فَإِن فَعَلنَ ذَلك فَاضرِبُوهُنَّ ضَربًا غَيرَ مُبَرِّحٍ، وَلَهُنَّ عَلَيكُم رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعرُوفِ
“Bertaqwalah kepada Allah berhubung hak isteri-isteri kamu. Kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah, dan kamu halal berhubungan dengan mereka kerana Allah halalkan melalui akad. Hak kamu yang menjadi kewajiban mereka, mereka tidak boleh membenarkan lelaki asing masuk ke rumah. Jika mereka melanggarnya, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Sementara mereka turut mempunyai hak agar disediakan makanan dan pakaian dengan cara yang wajar, yang menjadi tanggungjawab kamu.” (riwayat Muslim)

ونقل ابن حجر عن النّوويّ قوله؛ في هذا الحديث إشارة إلى أنّه لا يُفتات على الزّوج بالإذن في بيته إلاّ بإذنه، وهو محمول على ما لا تعلم رضا الزّوج به، أمّا لو علمت رضا الزّوج بذلك فلا حرج عليها
“Ibnu Hajar menukil keterangan dari an-Nawawi mengenai hadis ini, bahawa hadis ini terdapat isyarat di mana isteri tidak boleh memutuskan sendiri dalam memberikan izin masuk rumah, kecuali dengan izin suami. Dan hal ini difahami untuk mengelakkan terjadinya hal yang tidak diketahui oleh isteri tentang apakah suaminya redha ataukah tidak. Namun, jika isteri yakin suaminya redha dengan keputusannya, tidak menjadi masalah baginya.”

Sebagai contoh, tetamu yang tidak perlu izin daripada suami yang terdiri kaum kerabat suami atau isteri. Mereka boleh dipersilakan masuk, selama masih mahram dengan isteri. Tetapi untuk tetamu asing, bukan mahram, atau bahkan tidak termasuk keluarga suami mahupun isteri, sementara suaminya tidak ada di rumah maka isteri tidak boleh mengizinkan tetamu itu masuk sewenang-wenangnya. Jika tetamu itu menyampaikan salam, cukuplah isteri menjawab salamnya dengan wajar tanpa membuka pintu. Jika tetamu itu menyedari ada penghuni di dalamnya, dan dia minta izin masuk, cukuplah bagi isteri menyampaikan bahawa suami tidak di rumah dan tidak boleh diizinkan masuk.

Ads
Isteri Setia Akan Sentiasa Ada Walaupun Suaminya Tidak Berharta Dan Hidup Biasa-Biasa

(4). Dilarang menjauhkan diri dari tempat tidur suaminya
Dalam hak berhubungan suami-isteri, jika suami mengajaknya untuk berhubungan, maka isteri tidak boleh menolaknya di atas alasan yang tidak munasabah. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا بَاتَتِ المَرْأَةُ هَا جِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصبِحَ، وَفِى رِوَايَةِ، حَتَى تَرْجِعَ
“Apabila seorang wanita menghindari tempat tidur suaminya pada malam hari, maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi hari”. Dalam suatu riwayat yang lain disebutkan, “Sehingga dia (isteri) kembali (kepada suami).” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

(5). Berbakti di dalam rumahtangga suaminya
Di antara kewajiban seorang isteri atas suaminya juga adalah, hendaknya seorang isteri benar-benar menjaga amanah suami di rumahnya, baik harta suami dan rahsia-rahsia suaminya, begitu juga bersungguh-sungguh mengurus urusan-urusan rumahtangga suaminya. Rasulullah saw bersabda;
وَالْمَرْأَةُ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهْىَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta pertanggungjawaban mengenai amanah yang diurusnya.” (riwayat al-Bukhari).

Justeru itu Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)

Ads

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (maksud), “ayat ini menunjukkan wajibnya seorang isteri taat kepada suami dalam hal berbakti kepadanya, ketika bepergian bersamanya dan lain-lain. Sebagaimana juga hal ini diterangkan dalam sunnah Rasulullah saw.” (Lihat Majmu al-Fatawa 32/260-261)

Berkhidmat kepada suami dengan melayaninya segala keperluan suaminya adalah di antara tugas kewajiban seorang isteri. Bukan sebaliknya, isteri yang malah dilayani oleh suami. Ibnu al-Qayyim berdalilkan ayat di atas, jika suami menjadi pelayan bagi isterinya, dalam memasak, mencuci, mengurus rumah tangga, anak-anak dan lain-lain, maka itu termasuk perbuatan mungkar kerana ia bererti suami sudah tidak lagi menjadi pemimpin. Justeru, kerana tugas-tugas isteri dalam melayani suami-lah, maka Allah pun mewajibkan para suami untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut kemampuan suaminya. (rujuk Zaad al-Ma’aad 5/188-199)

Isteri Setia Akan Sentiasa Ada Walaupun Suaminya Tidak Berharta Dan Hidup Biasa-Biasa

(6). Tidak boleh keluar rumah dengan suka hati melainkan dengan izin suami
Seorang isteri juga tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami. Kerana tempat asal wanita itu adalah di dalam rumah suaminya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 33;
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ
“Dan hendaklah kamu (wanita-wanita) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (surah al-Ahzab: 33)

Ibnu Katsir berkata (maksudnya), “Ayat ini menunjukkan bahawa wanita tidak boleh keluar rumah kecuali ada keperluan yang mustahak.” (Tafsir al-Quran al-Adzim 6/408)

Dengan demikian, wanita tidak boleh keluar rumah melainkan untuk urusan yang penting atau termasuk membeli keperluan rumah seperti untuk memasak dan lain-lain. Jika bukan urusan tersebut, maka seorang isteri tidak boleh keluar rumah melainkan dengan izin suaminya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan lagi, “Tidak halal bagi seorang wanita keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia keluar rumah tanpa izin suaminya, bererti ia telah berbuat nusyuz (derhaka), bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta layak mendapat hukuman dari suaminya.”

Menurut jumhur fuqaha’ (Maliki, Hanafi, Syafi’e, dan Hanbali), nusyuz itu bererti;
هو خروج الزوجة عن طاعة زوجها
“Bahawa ia (nusyuz) adalah keluarnya seorang isteri dari ketaatan terhadap suaminya.”

Semua ketentuan yang telah Allah tetapkan di atas sama sekali bukan bertujuan untuk membatasi gerak para wanita, merendahkan harkat dan martabatnya, sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh orang-orang kafir tentang ajaran Islam. Semua itu adalah syariat Allah yang sarat dengan hikmah dan pengajaran. Dan hikmah dari melaksanakan dengan tulus ikhlas semua ketetapan Allah di atas adalah berlangsungnya bahtera rumah tangga yang harmoni dan penuh dengan keamanan. Ketaatan isteri kepada suami pun hanya dibatasi dalam perkara-perkara yang baik sahaja, sesuai dengan kemampuan selama ia tidak mengarahkan kepada maksiat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (surah al-Tahrim: 6)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI