BARANG PEMBERSIH RUMAH WAJIB BELI DI PASARAYA RM 2
Dulu tak obses sangat dengan kedai ni. Tapi sejak selalu pergi eco dan mula terjebak. Sebab jimat. Dan barang-barang yang depa jual pon berguna hehe. Ni antara barang yang kami rasa sangat membantu kita suri rumah yang selalu duk buat keja rumah tu. Jadi kami nak share kat hampa antara barang yang penting wajib ada kat rumah.
1. WASHABLE STICKY ROLL
Sebelum ni kami guna roller ikea tu. Lepas dh jumpa yang ni siap boleh basuh lagi. Rasa lagi jimat kot. Sebab ni benda wajib ada kat rumah.
Fungsi : Selain buang bulu-bulu kecik, boleh juga kutip rambut kecik or habuk dekat karpet kalau malas guna vacuum
2. STAIN REMOVER
Sejenis peluntur sama macam clorox. Tuang dalam mangkuk tandas biar 15 minit macam tu pastu flush tak payah gosok hilang segala kotoran huhu. Untuk lantai pon boleh tuang pastu biar sekejap. Baru cuci ye. Elakkan kena kulit ye.
Ads
3.MICROFIBRE CLOTH
Cara paling cepat dan senang nak lap habuk tak payah pakai bulu ayam bagai bukan lagi bersih lagi habuk p merata. Guna yang ni paling senang dan paling clean. Sarung ja kat tangan pastu lap lah mana tempat yang berhabuk tu. Wajib beli !
4. SUPER TOT PENCUCI LANTAI
Ads
Walaupun RM2.12 tapi dia punya fungsi memang berguna. Wangi dan berkilat. Dia punya wangi tu wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas dan tak melekit.
5. WET TISSUE
Ni kalau hampa nak lap kotoran kat meja makan or atas perabot. Mudah kan?
Ads
6. PENCUCI TANDAS
Ni untuk cucian mingguan jaa. Tak sekuat stain remover. Tapi not bad untuk kotoran biasa.
7. PLASTIK SAMPAH WANGI
Sebelum ni duk beli kat Tesco mahai kemain hahaha nasib dah jumpa kat kedai ECO. Memang wangi, kami letak dalam bilik dan dapur. Wangi sungguh. Ni kalau boh pampers anak elok sangat lah.
Perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan.
Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.
Tambah rezeki dengan berkahwin seperti mana Islam katakan seperti di atas. Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada ALLAH SWT.
Jadi biarlah majlis walimatul urus itu mempunyai bajet yang murah dan tak membebankan mana-mana pihak. Idea ini dari Kiyai Reformis dan sumber dari Cik Kuntum.
Kos di bawah RM 5000 !
Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.
Makan perkepala RM 10 (pasti kenyang !) ini kebanyakan menggunakan khidmat katering.
Siapa yang akan diundang?
40 kad untuk jiran tetangga.
40 kad untuk kaum keluarga terdekat.
40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin
30 kad (reserve)
Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum ( RM 10 x 200 = RM 2000 )
Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.
Aturcara Majlis:
11 pagi hingga 3 petang
Tempat: Halaman rumah ( satu kanopi dengan buffet makanan )
Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.
Kos sewaan pakaian RM 300 + hiasan mudah wakaf RM 200 ( tidak termasuk pakaian sendiri)
Kamera video RM 400 + juru gambar RM 300
Memotong kek RM 200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.
Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:
50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari
50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang
50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang
50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.
Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.
Kos keseluruhan majlis:
Makan minum RM 2000
Sebuah kanopi RM 300
Pakaian pengantin RM 500
Video RM 400
Jurugambar RM 300
Kek RM 200
Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..
Terpulang kepada tuan-tuan, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar ‘lumpsum” RM 300
Masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya.Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.
Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan ( tidak digalakkan lebih dari harga RM 2.00 /kad)
Betapa mudahnya perkahwinan. Tidak perlu rasanya saya mengeluarkan hingga seribu keping kad bahkan hingga 2 ribu keping kad jemputan. Kerana melalui pengalaman yang saya lihat ada tetamu yang hadir tidak mengenali ibubapa pengantin bahkan tidak kenal langsung dengan pengantin!!!
Sumber :cikkuntum
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²
Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 – 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya…?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Jom Hijrah
kredit: pesan bonda
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!