Isteri Tabah Jaga Suami Terlantar Sakit, SITI ROHAYU Reda Terpaksa Ambil Keputusan Berpisah

Share

Sebaknya bila kekasih hati yang dinikahi akhirnya terpaksa dilepaskan. Kisah suami isteri ini menjadi perhatian sejak lama dahulu kerana Siti Rohayu menjadi ketua keluarga, menggantikan suaminya yang lumpuh kerana kemalangan. 

 

Kredit foto: Facebook Siti Rohayu
Kredit foto: Facebook Siti Rohayu

Ridhwan Mohd Zaki yang lumpuh dan hilang ingatan akibat kemalangan jalanraya pada tahun 2017 hanya mampu terlantar di katil tanpa sebarang kata-kata. Lebih memilukan, doktor memberi kata hanya enam bulan sahaja harapan hidup buatnya. Hati isteri mana yang tidak pilu namun dengan semangat yang ada, Siti Rohayu tegar menjaga suaminya. 

 

Sejak 2017 juga Siti Rohayu bertungkus lumus mencari rezeki untuk keluarga. Belanja barang keperluan harian, perbelanjaan untuk dua orang anaknya yang sedang membesar, perbelanjaan ubat-ubatan dan makanan untuk suami tersayang dan macam-macam komitmen lain menjadi tanggungjawab Rohayu. 

 

Kredit foto: Facebook Siti Rohayu

Dengan izin Allah, Ridhwan kembali pulih. Tetapi kegembiraan dan kebahagiaan itu hanya seketika kerana Rohayu terpaksa membuat keputusan untuk berpisah. Sayu membaca postingnya sejak akhir-akhir ini. Satu video live dari mahkamah jadi saksi ‘berakhirnya’ hubungan suami isteri ini. 

 

“Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah 1 dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti.” 

 

Kredit foto: Facebook Siti Rohayu

“Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.”

 

“Dunia ini sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak. Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya.” 

 

“Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.” 

 

Dalam posting berlainan, curahan hatinya lebih membuatkan sebak.

 

Kredit foto: Facebook Siti Rohayu

 

Assalamualaikum  

Selamat Pagi kesayangan semua  

Salam Jumaat  

“Bila datang rasa sedih, pejamkan mata dan katakan dalam hati, inilah perjalanan hidupku Allah yang letakkan aku disini. Aku mesti teruskan perjalanan hidup ini, aku yakin pada suatu saat nanti, Allah akan memberikan kejutan-kejutan indah buat diriku. Datang bawa anak-anak bercuti rehatkan fikiran yang sudah terlalu penat. Hati yang sangat sarat.” 

 

“Undur diri dan menjauh bukan kerana memutuskan silaturahim. Tapi sebab ingin memutuskan perselisihan, perdebatan, kesalahfahaman dan rasa ketidak nyamanan kerana prasangka buruk yang menimbulkan hasad dengki. Ku serahkan semuanya pada Allah, Hati ku jiwa ku ragaku dan seluruh hidup ku. Indah nya semua ini nanti dan aku harus kuat. Semoga hari-hari yang mendatang membahagiakan aku dan anak-anak.”

Published by
Anis Nor