Isteri Tak Cukup Tidur Selalu Marah-Marah

Share

Tidak cukup tidur boleh mendatangkan mudarat kepada seseorang jika kita tidak tidur dalam tempoh masa yang panjang. Ini menunjukkan betapa pentingnya tidur kepada kita untuk memastikan kesihatan kita terjamin.

Mari kita lihat tanda-tanda isteri tidak cukup tidur yang para suami perlu tahu yang telah dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Tanpa melengahkan masa lagi mari kita baca apakah tanda-tanda tersebut.

1.Isteri sakit dan lambat sembuh ini kerana sistem imun dan respon badan untuk lawan jangkitan kuman telah menjadi perlahan apabila kurang tidur.

2.Ada masalah berat. Ini bukan kerana isteri pemalas tetapi disebabkan oleh 2 hormon yang dipanggil sebagai Leptin dan Ghrelin yang tidak dapat menjalankan kerja dengan baik kerana kekurangan tidur. Ini menyebabkan selalu lapar dan susah kenyang.

3.Selalu lupa. Kurang tidur ini akan memberi kesan juga kepada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menuruh secara drastik.

4.Tidur berlebihan di siang hari, selalu menguap dan nampak lesu. Sebab itulah kita perlu pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan abaikan apabila isteri anda membuat mimik muka lesu dan berkerut sana sini.

5.Mood isteri tidak menentu. Tidak cukup tidur akan menyebabkan isteri kita ini selalu melenting dan mudah marah. Bukan itu sahaja, ketahanan isteri kepada tekanan juga akan menjadi lemah.
*Kita perlulah selalu memerhatikan gerak-geri isteri kita. Jika tanda-tanda yang telah anda baca di atas ada pada isteri anda, bolehlah anda ambil tindakan.

Tolong isteri anda kemas dapur dan jaga anak supaya isteri dapat tidur awal dan pastinya anda akan merasakan perbezaan yang ketara pada isteri anda kemudian hari.

Published by
webadmin