Isteri Tak Perlu Penat Nak Masak Berat Untuk Sahur, Sediakan Je Makanan Bertenaga Ni!

Share

Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.

Si suami tu rajin-rajinlah bangun sahur sendiri, tak perlu hari-hari isteri kejut. Kesian isteri penat. Namun, isteri-isteri boleh rileks waktu sahur kerana sebenarnya tak perlu memasak pun. Sebab makanan ini mampu memberi tenaga kepada anda sepanjang hari.

Jadi tak perlu lah susah-susah nak memasak. Sediakan je sajian ini!

1. Roti serat (whole grain)

Anda boleh makan roti serat bersama jem kesukaan anda seperti mentega kacang. Ini boleh menambah tenaga anda.

2. Oatmeal

Oatmeal juga adalah salah satu sajian ringkas dan mudah para isteri boleh sediakan untuk seisi keluarga kerana ia mempunyai bahan-bahan lain seperti buah-buahan, chia seed, flax seed dan lain-lain.

3. Roti bersama telur hancur + sayur bayam

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur dan balutkan dengan roti adalah satu hidangan yang cukup mengenyangkan.

4. Buah-buahan Segar

  • Pisang: Selain sebagai penghasil vitamin B6 dan vitamin C, ianya juga mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat.
  • Tembikai: Buah tembikai memiliki kandungan vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.

5. Bubur ikan bilis

Anda boleh masakkan bubur malam sebelum sahur. Tidak kira bubur nasi atau bubur kacang, ianya mudah dicernakan dan mudah dimakan di waktu pagi!

Kredit foto (top image): Pexels

 

Published by
NanyRahman