Kereta bau busuk? Kami nak ajarkan satu cara untuk memastikan kereta anda sentiasa wangi malah tak salah rasanya jika untuk mengatakan bau yang dihasilkan adalah sama seperti baru keluar dari showroom.
Kebiasaannya perihal mengenai kereta hanya melibatkan golongan lelaki, malah ada yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memastikan keadaan kereta mereka sentiasa berada di dalam keadaan tip-top tidak kira di dalam mahupun di luar.
Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
1. Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
2. Ambil sehelai kertas tisu.
3. Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yang dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit per tahun utk membeli pewangi kereta.
Selamat mencuba dan jangan sekali kali tukar kopi dengan serbuk teh kerana lain baunya nanti!
Sumber : akhbarkini.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Romantik Cara Rasulullah, Perkara Ini Jarang Orang Buat Pada Pasangan
Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi.
Nak rumah tangga bahagia selalu, amalkan cara romantik Rasulullah ini kepada pasangan anda.
1. Hantar isteri keluar rumah
Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”
2. Bawa isteri jalan-jalan
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Suapkan makanan
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
4. Panggilan manja
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Hati ‘Anak Emak’? Senang Nak Handle Atau Selalu Kena Mengalah
Apa maksud sebenar mommy’s boy@anak emak? Adakah ia membawa maksud yang baik kerana semua sudah sedia maklum bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu, ataupun ia banyak mengundang keburukan terhadap hidup seseorang yang digelar anak emak?
Dalam kehidupan ini, setiap kelakuan seharusnya seimbang agar segalanya berjalan dengan lancar. Jika terlebih dan terkurang maka pasti wujudnya ketidak seimbangan dalam situasi ini. Perlakuan lelaki yang terlampau manja dengan emak sedikit sebanyak mampu mengundang maslah kepada pasangan jika tidak ditangani dengan seadilnya.
Menantu bermasam muka dengan mertua, penceraian, tidak puas hati, rungutan dan pelbagai lagi isu berbangkit pasti muncul sekiranya lelaki tersebut merupakan anak emak. Jika lelaki tersebut memiliki pasangan yang memahami, baguslah. Bagaimana pula jika pasangan itu jenis yang tidak mahu mengalah dengan mertua? Parah bukan?! Mari kita selidik ciri-ciri anak emak, baik dan buruknya bergelar anak emak dan pendapat awam mengenai hal ini.
Definisi Anak Emak : Anak yang terlalu manja dengan ibunya. Dalam apa sahaja tindakan pasti emak menjadi rujukan walaupun umur sudah melangkaui tahap dewasa dan matang.
Ciri-ciri Anak Emak:
- Manja
- Setiap masa ibu memantau pergerakannya walaupun sudah dewasa
- Keputusan dalam setiap perkara dirujuk kepada ibu dahulu
- Sesetengah dari mereka kurang berusaha kerana kerap dibantu
- Mengutamakan pendapat ibu sendiri dari pasangan
- Dari segi ekonomi, kadang kala tidak banyak berusaha kerana masih ditampung oleh ibu
- Kurang tokoh menjadi pemimpin kerana sering bergantung kepada ibu
Kebaikan Anak Emak:
- Sentiasa diberi perhatian
- Mendapat layanan terbaik dalam keluarga
- Sesetengahnya mewah dari segi ekonomi kerana sering dibantu oleh ibu
- Hati dan perasaannya terjaga dari diusik oleh ahli keluarga yang lain kerana sering dibackup oleh ibunya.
Keburukan Anak Emak:
- Kurang berkawan/ sering diejek oleh rakan-rakan yang menyedari perlakuan ini
- Tidak suka berusaha dan hanya meminta di sokong dalam segala hal.
- Mudah putus asa
- Ada kalanya, individu ini tidak mampu menjalani kehidupan secara sendirian
- Sering berselisihan pendapat dengan pasangan kerana mendahulukan ibu dalam segala hal.
- Sentiasa tersepit dan berada dalam dilema untuk mendahulukan ibu sendiri atau pasangan.
- Setiap masa kehidupannya berhadapan dengan masalah.
- Sebagai seorang suami, lelaki sebegini tidak dapat mengimbangi tanggungjawabnya dengan ibu dan isterinya. Malah dia tidak memahami tanggungjawab sebagai suami.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Badan Terlalu Kurus Dah Macam Orang Tak Sihat! Cara Ini, Pasti Boleh Tambah Berat
Setiap orang tentu sahaja mendambakan berat badan yang sempurna dan ideal. Jika badan terlalu kurus, pasti ia merunsingkan anda kerana anda dianggap sebagai orang yang tak sihat dan badan kekurangan zat.
Perlu anda ketahui bahawa tidak semua lemak itu jahat. Menyimpan lemak sebagai cadangan tenaga merupakan salah satu daripada kebanyakan cara tubuh berfungsi dengan maksimum.
Lemak dikatakan jahat kerana menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti. Tenaga yang tersimpan dalam lemak membantu anda untuk melakukan pekerjaan atau senaman berat.
Lemak yang baik juga memainkan peranan penting untuk perkembangan otak, mencegah inflamasi dan pembekuan darah. Bersyukurlah jika tubuh anda miliki lemak baik dalam kadar yang mencukupi.
Namun bukan semua orang beruntung! Ada ramai orang yang kekurangan lemak. Orang sebegini cenderung bertubuh kurus dengan indeks massa tubuh di bawah normal.
PENYEBAB BERAT BADAN RENDAH
Berat badan kurang daripada ukuran normal standard kesihatan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Penting untuk anda ketahui bahawa tidak semua orang bertubuh kurus, menderita masalah kesihatan yang harus ditangani.
Berikut merupakan beberapa kemungkinan seseorang miliki berat badan rendah menurut kesihatan Family Doctor yang dikelolakan oleh American Academy of Family Physicians.
Genetik
Jika badan anda terlalu kurus sejak sekolah dan rata-rata keluarga anda juga demikian, kemungkinan memang anda dilahirkan dengan metabolisme lebih tinggi daripada orang lain. Secara semula jadi, mungkin anda juga memiliki nafsu makan kurang daripada orang lain.
Aktiviti fizikal yang kerap
Latihan dan aktiviti fizikal dapat mempengaruhi berat badan. Jika anda sering bergerak, ini bererti tubuh anda membakar lebih banyak kalori daripada orang yang lebih banyak duduk. Dalam erti kata lain, metabolisme anda lebih tinggi dan tubuh anda cenderung untuk lebih langsing.
Penyakit
Sakit dapat mempengaruhi nafsu makan serta kemampuan tubuh untuk mengelola makanan. Jika anda baharu saja kehilangan banyak berat badan tanpa diet atau olahraga, itu mungkin merupakan tanda adanya penyakit seperti masalah tiroid, diabetes, penyakit pencernaan atau barah. Pastikan anda berjumpa doktor untuk membincangkan tentang penurunan berat badan anda yang banyak dan mendadak.
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu dapat menyebabkan mual dan muntah. Beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi juga dapat mengurangkan nafsu makan.
Masalah psikologi
Faktor-faktor seperti stres dan depresi dapat mengganggu kebiasaan makan yang sihat. Rasa tidak percaya diri juga dapat menyebabkan gangguan makan. Jika anda menderita masalah emosional yang merosakkan kebiasaan makan yang sihat, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat pakar.
CARA TAMBAH BERAT BADAN
Sekadar menambahkan berat badan, sebenarnya tidaklah sesukar mana. Makan kentang goreng yang banyak ditambah dengan minuman manis setiap hari, dijamin berat badan anda akan bertambah dalam waktu yang singkat.
Tapi, tujuan anda bukanlah sekadar menjadi lebih gemuk. Apa yang penting, anda mencapai berat ideal dengan cara yang sihat. Ini lima cara sihat dan berkesan yang boleh anda amalkan untuk menambahkan berat badan.
Tambahkan kalori yang sihat
Tanpa harus mengubah pola makan secara radikal, anda dapat meningkatkan pengambilan kalori dengan menambahkan ekstra kacang-kacangan, susu penuh krim, avokado, telur atau gandum ke dalam menu harian anda.
Pilih makanan padat zat
Alih-alih makan junk food, apa kata anda fokuslah pada makanan yang kaya nutrisi seperti daging lembu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit dan keju. Pilih sumber karbohidrat rendah seperti beras merah dan biji-bijian.
Waktu makan
Ada baiknya anda makan di antara waktu sarapan dengan makan tengah hari dan antara makan tengah hari dengan makan malam. Pilih makanan yang mengandungi banyak protein dan karbohidrat sihat seperti protein bar, kacang rebus atau minum milk shake buatan anda sendiri.
Makan dalam bahagian kecil
Jika anda sedang berjuang untuk mengatasi masalah emosi, makan dalam bahagian biasa atau jumlah besar mungkin sukar untuk dilakukan. Pertimbangkan makan dalam jumlah kecil tapi lebih kerap untuk meningkatkan pengambilan kalori anda.
Senaman beban
Latihan aerobik dapat membantu dalam membakar kalori dan menurunkan berat badan. Sebaliknya, latihan beban dan yoga pula dapat membantu menaikkan berat dengan cara membangunkan otot-otot anda. Hasilnya, tubuh anda akan menjadi lebih mantap dan berisi. Sebelum memulakan program menaikkan berat badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Tubuh yang kurus mungkin bererti ada masalah kesihatan yang tidak boleh dibetulkan oleh perubahan pola makan. Doktor boleh membantu anda untuk program “menjadi lebih gemuk”.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI