Hubungan

Isteri Terbaring Lesu Bukan Bermakna Dia Malas. Mungkin Dia Sedang ‘Emotional Burnout,

Share

Hal wanita ramai ramai yang terlepas pandang. Lebih-lebih lagi apabila seorang lelaki sudah bergelar suami, anda perlu tahu apa yang isteri rasai. Dalam perkongsian Dr Redza Zainol, emotional burnout ni sudah masuk kategori kesihatan mental. Semua orang patut ambil tahu, termasuk lelaki dan perempuan.

 

Kebanyakkan kerja rumah diuruskan oleh isteri. Dari memasak, mengemas, mencuci dan 1001 lagi tugasan rumah perlu dilakukan. Itu belum termasuk tugas pejabat yang dibawa balik ke rumah tambahan pula sewaktu PKP ini. Mendengar dan membaca apa yang dilakukan isteri juga sudah meletihkan, apatah lagi melalui setiap tugasan itu.

 

Itu belum lagi apabila anak-anak yang berada di rumah mula menyepahkan barang-barang mainan. Sampai satu masa, isteri tidak berdaya untuk melempiaskan rasa marah. Akhirnya, dia jugalah yang akan mengemas semuanya sendiri. Ada suami yang peka, tetapi ada juga suami yang hanya pentingkan kerjanya. Bila masing-masing terpaksa bekerja dari rumah, salah seorang seperti selfish.

 

Twitter thread dari Dr Redza Zainol ini diharap dapat membuka mata dan hati para suami untuk lebih peka terhadap keperluan isteri. Lebih tepat lagi, keperluan kesihatan mental isteri.

 

Published by
Anis Nor