Hubungan

Isteri Terlalu Buat Semua Benda, Boleh Buat Rumah Tangga Retak

Share

Jika isteri terlalu buat semua benda dalam rumah tangga, lama-lama dia akan terbiasa menguruskan hidup tanpa suami. Kalau ikutkan bagus tidak terlalu bergantung pada pasangan namun untuk masa jangka panjang, agak bahaya!

Itulah yang dikongsi oleh Puan Maryam Salwany mengenai isu wanita berdikari dalam rumah tangga, jemput renungkan seketika.

Isteri Terlalu Buat Semua Benda

Tahu tak, kesilapan besar lelaki sekarang adalah terlalu selesa membiarkan isterinya hidup berdikari dan menguruskan hidup seorang diri.

Itu bagus untuk mereka tapi tidak bagus untuk hubungan. Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju, tanpa perlu bergantung pada suami.

Menguruskan anak-anak sendiri
Beli barang keperluan di pasar raya sendiri
Makan seorang diri di tengah orang ramai
Menguruskan emosinya sendiri
Menangis bawah shower
Berseronok makan kek depan tv sendiri

Kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sepertinya sudah masak dgn jadual hariannya.

Banyak Main Gajet

Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game. Sibuk dengan kerja sendiri dan kawan-kawan daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.

Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak. Its same, sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat sendiri so apa guna ada kamu lagi?

Call lah walau seminit atau mesej lah walau sepatah. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Walau kesibukan mengejar kamu.
Walau masa mencemburui kamu.

Sekurangnya tanya dia, adakah hari ini kamu ok? Sihat ke tidak dia, tanya dia awak dah makan ke belum? Ada apa-apa masalah ke hari ini.

Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life .

Jangan Hati Isteri Tawar

Tapi percayalah bila hatinya telah tawar buat macam mana pun tetap akan tawar. Isteri amanah Allah untuk kamu zahir dan batin.

Jangan sampai isteri kamu akan mati rasa terhadap kamu. Mungkin nampak dia tak kisah tetapi dia memendam rasa yang teramat sangat.

Seandainya kamu meremehkan perasaan dan hati seorang isteri jawablah kamu dengan Allah di akhirat kelak. Jangan tanya mengapa rezeki kamu sempit kerana kamu sendiri menyempitkan ruang kasih sayang kamu pada seorang yang bergelar isteri.

Andai rasa sukar mahu membahagiakan orang lain, usahakan membahagiakan dirimu terlebih dahulu dan kamu akan bisa membahagiakan orang lain tanpa ada apa-apa masalah.

Sumber:  Maryam Salwany

Published by
Nadia