Isteri Tiada Siapa Lagi Untuk Bercerita. Jika Orang Luar Kita Simpati. Inikan Isteri Yang Tolong Jaga Rumah Kita.

Share

Seorang lelaki telah berjumpa,  katanya isterinya selalu marah-marah. Malas kemas rumah. Kurang memasak dan asyik marah anak-anak. Dia selalu inginkan seorang suami yang romantik. Saya tak pandai semua tu ustaz…

Jawab saya sebenarnya romantik ini di hati. Bila kita kenal siapa pemberi segala nikmat hidup ini. Siapa beri isteri. Siapa beri anak-anak. Melihat mereka dengan rasa terima kasih pada Allah. Mulakan dengan tadah tangan dan bersyukur dengan katakan ya Allah terima kasih beri isteri dan anak-anak ini…sujud syukur ucap terima kasih pada Maha pemberi yang sayangkan kita..

Cuba abang beli bunga harga besar. Hadiahkan pada isteri. Beri satu kad dan tulis terima kasih kerana sudi jadi isteri abang yang tak hensem ni. Terima kasih kerana korbankan segalanya demi perkahwinan ini. Terima kasih sudi bersama sehingga hari ini. Terima kasih kerana melahirkan anak-anak buat saya.

Menjadi romantik ini bukan perlu jadi seperti romeo n juliet. Cukup sediakan telinga dan perasaan saat isteri bercerita dan berkongsi. Mereka sudah tiada siapa lagi ingin bercerita. Jika orang luar jatuh kita simpati. Inikan isteri yang tolong jaga rumah kita. Tolong jaga anak kita. Mereka sebahagian diri seorang suami..pandang mata mereka. Menangis saat mereka menangis. Sediakan bahu, lengan dan peha saat mereka bercerita. Usap mereka dengan rasa sayang..

Mata memandang mereka dengan rasa cinta. Inilah wanita bidadari syurga yang Allah pinjamkan buat kita..

Jika mereka buat kerja rumah berlari bantu. Jika wajah mereka tak bermaya, tak cukup tidur, tak cukup makan,pucat..beri mereka cuti atau rehat. Jagakan anak-anak dan uruskan rumahtangga. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka kekasih hati dan bidadari kita.

Malam hari dan setiap kali lepas solat fardhu doa menangis buat mereka. Ya Allah ampunkan dan kasihilah wanita ini. Mereka separuh mati kerana kami..mereka tak pernah curang atau lupa mendoakan seorang suami. Itulah wanita. Mereka kebanyakannya setia. Mereka tak pernah peduli lelaki lain selain suami mereka..jika dapat wanita seperti itu jagailah dia. Sayangi dan bimbing mereka dengan solat dan kasih sayang…pasti ibu kita gembira jika kita pandai hargai isteri atau wanita dalam hidup ini…

Hidup ini bukan untuk nafsu kita sahaja. Hidup ini untuk Allah. Sibuk tunaikan hak. Hak kita biar Allah yang tunaikan dengan RedhaNya..itulah segalanya..

Dia mula sebak dan kata insyaAllah ustaz. Saya mula faham..

Kredit : Ustaz Ebit Lew

Published by
Kim