Isteri, Turunkan Expectation Yang Terlalu Tinggi Nak Jadi Tip Top Serba Serbi

Share

Wanita memang berjiwa kental dan tabah. Walaupun jiwanya lembut dan tersentuh hati, dirinya tetap kuat meneruskan kehidupan. Menarik sungguh perkongsian oleh puan Najibah Mustaffa mengenai peranan wanita yang begitu tabah meneruskan kehidupannya. Amati perkongsian beliau. Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya.


.

Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan. Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya. Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan. Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan. Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu. Saya faham sangat, suri rumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil.

Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh. Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tip ini bagaimana mahu tenang urus rumahtangga.


.

1. Kuatkan jiwa. Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa? Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut.

Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. 2. Kuatkan fizikal. Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.

3. Kuatkan mental. Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.


.

4. Bab memasak dan makan. Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang.

Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan. 5. Pengurusan bahan dapur. Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.

6. Pengurusan rumah. Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju. 7. Pengurusan anak. Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur.

Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.

8. Bantuan. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.


.

9. Mindset dan rehatlah. Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja suri rumah yang memamg takkan pernah habis.

10. Nikmati dan bina pengalaman. Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala.

Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc . Ibu ibu, Tenanglah ya, Dan berbahagialah. Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.

Credit : Najibah Mustaffa

Published by
webadmin