Sering tular di media sosial kisah rumah tangga suami isteri yang bergolak.

Tidak cukup dengan itu, ada dalam kalangan pasangan secara terbuka mendedahkan aib pasangan bagi membuktikan mereka ‘jaguh’ dalam pergolakan itu.

Tanpa kita sedar dalam hubungan suami isteri, antara perkara dilarang adalah mendedahkan aib pasangan masing-masing kepada orang yang tidak berhak mengetahuinya.

Ia boleh jadi percakapan di tempat kerja, luahan di media sosial atau mengadukan kepada pihak ketiga yang tidak sepatutnya.

Isteri Yang Baik, Jaga Aib Suaminya. Simpanlah Biar Kita Sahaja Yang Tahu
.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pastinya ada ranjau dan duka kekurangan yang melengkapi antara satu sama lain.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Mereka (isteri-isterimu) meru-
pakan pakaian bagimu dan kamu merupakan pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

IKLAN

Ayat itu mengisyaratkan, suami atau isteri adalah pakaian yang sepatutnya dijaga dengan cermat dan menutupi hal peribadi agar tidak diketahui orang lain.

Isteri Yang Baik, Jaga Aib Suaminya. Simpanlah Biar Kita Sahaja Yang Tahu
.

Jika seorang suami atau isteri mudah mendedahkan aib pasangannya, tanpa sedar mereka membiarkan diri seolah-olah tanpa berpakaian.

Sepatutnya, suami dan isteri perlu saling menjaga kekurangan diri kerana di sebalik kekurangan itulah yang akan melengkapkan kehidupan antara dua insan yang dihalalkan melalui perkahwinan.

IKLAN

Berpandukan sebuah hadis riwayat Muslim, daripada Abu Sa’id al-Khudriy r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling jelik kedudukannya pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut.”

Walaupun yang dimaksudkan ayat itu adalah suami, tidak bererti isteri bebas mendedahkan aib pasangannya kepada orang lain.

Fuqaha seperti Ibnu Abbas, Imam al-Kurthubi, Mujahid dan lainnya berpendapat, hadis itu berkait rapat mengenai soal hubungan intim suami dan isteri.

IKLAN

Al-Hirawy dan Al-Kalbiy pula mengatakan, ia ditakrifkan secara umum dalam hubungan suami isteri.

Syeikh Abdullah al-Bassam ketika menghuraikan hadis berkenaan menjelaskan, aib yang terdapat pada pasangan seperti bentuk anggota badan termasuk dalam rahsia pasangan suami isteri yang tidak wajar diketahui orang lain dan ia adalah maruah yang perlu dijaga.

Bagi mendapatkan kemuliaan Allah SWT serta maruah pasangan terpelihara, suami isteri harus bermuhasabah kembali tujuan perkahwinan yang terbina itu antaranya bagi mendapatkan kebahagiaan dalam kehidupan.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud: “Tidaklah seorang hamba menutupi (aib) seorang hamba (yang lain) di dunia melainkan Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.”

>>Penulis penuntut Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam (Syariah), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Gambar hiasan : Tangkap Picture

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI