Benar seperti dikata, kehebatan air tangan ibu mahupun isteri untuk insan yang dicintai yang didorong dengan perasaan kasih sayang mampu melembutkan hati suami dan anak-anak.
Ketika memasak banyak doa yang boleh isteri ataupun si ibu bacakan untuk kesejahteraan ahli keluarganya selain memperbaiki hubungan agar lebih akrab.
Malah hasil kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, tulus ikhlas dan penuh ceria bakal menghasilkan kerja yang berkualiti.
Semoga hidangan makanan yang anda masak akan sentiasa diberkati Allah SWT di samping anda miliki suami dan anak-anak yang mempunyai akhlak yang terpuji.
1. Ambil wuduk & solat sunat
Ambil wuduk dan lakukan solat sunat sebanyak dua rakaat sebelum anda memulakan urusan untuk memasak.
2. Doa masuk ke dapur
“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)
3. Doa mengambil beras
“Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.” (Surah An-Nahl, ayat 96)
4. Doa menyimpan beras
“Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.” (Surah Ali Imran, ayat 27)
5. Doa memotong sayur-sayuran atau daging
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: ‘Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (Surah Al-Baqarah, ayat 71)
6. Doa memotong sayur-sayuran
“Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.” (Surat Al-Kautsar, ayat 1-3)
7. Doa meletakkan peralatan memasak di atas dapur
“Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 137)
8. Mulakan dengan bacaan Bismillah
Setiap kali hendak memasukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Bismillah untuk mendapatkan keberkatan.
9. Cara mengacau lauk
Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam iaitu dari arah kanan ke kiri mengikut sunnah Rasulullah SAW.
10. Basahkan lidah dengan berdoa
Ketika memasak, sentiasalah membasahkan lidah dengan membaca doa.
“Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.” (Surah Al-Imran, ayat 200)
11. Sentiasa berzikir
Untuk melazatkan masakan, sentiasa basah lidah anda dengan berzikir, berselawat dan beristighfar sepanjang melakukan proses memasak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketika usia semakin melewati waktu, terdetik pada hati mengapa tiada satu pun jodoh yang datang melekat. Impian untuk bernikah seperti orang lain kadang-kadang harus dipendamkan begitu sahaja. Jadi semakin tertekan apabila ada pihak lain yang sibuk campur tangan dengan urusan jodoh ini.
Oleh itu, ikuti 4 cara ini saat anda menanti jodoh yang tak kunjung tiba.
1. Percaya akan takdir Allah
Allah telah menciptakan semua orang hidup berpasang-pasangan, semua orang diciptakan dengan jodohnya masing-masing. Jika tidak di dunia, maka di akhirat. Percayalah kepada takdir yang telah digariskan oleh Allah, bahawa Allah tidak mungkin menimpakan keburukan kepada kita kecuali ujian yang akan dibayar-Nya dengan keindahan jika kita bersabar. Apalagi jika kita terus tawakal kepada Allah, in sha Allah ada kebaikan yang akan bersama kita.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan, maka setelah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah: 5-6)
2. Berserah diri kepada Allah
Pernikahan sejatinya dilakukan agar kita dapat menjalani hidup dengan tentram bersama pasangan. Namun, jika jodoh belum juga datang, hanya Allah-lah tempat kita untuk mendapatkan ketenteraman.
Allah SWT berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
3. Bersyukur atas segala nikmat yang diberi hingga saat ini
Ingatlah bahAwa Allah akan memberi lebih kepada mereka yang bersyukurlah. Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang telah dilimpahkan hingga saat ini. In sha Allah dengan bersyukur, Allah akan melimpahkan kepada kita nikmat yang lebih banyak.
4. Terus memperbaiki diri
Doa untuk mendapatkan jodoh yang terbaik akan lebih sempurna jika disusuli dengan usaha untuk memperbaiki diri. Lelaki soleh akan berpasangan dengan perempuan soleha dan begitu juga sebaliknya. Dengan terus memperbaiki diri, In sha Allah kita juga akan mendapatkan jodoh terbaik yang kita impikan. Aamiin.
Sumber : dailymoslem.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam kehidupan berumahtangga, usahlah masing-masing memandang tanggungjawab yang dilakukan sebagai “kerja” atau “beban” yang terpaksa dilakukan kepada pasangan masing-masing. Setiap peranan itu, lakukan dengan ikhlas bukan secara paksa rela, barulah keberkatan dirasai oleh pasangan.
Pandangan seperti ini akan menyebabkan masing-masing mudah kehilangan motivasi untuk berbuat baik kepada pasangannya.
Bahkan masing-masing akan berkira “Saya dah buat ini, dia tak buat itu pun” atau “Saya dah buat macam-macam, dia dah buat apa?”
Sebaliknya hendaklah suami dan isteri memandang peranan masing-masing sebagai satu amal soleh di sisi Allah.
Suami yang soleh kepada isterinya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah sementara isteri yang soleh kepada suaminya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah. Masing-masing berlumba-lumba untuk beramal soleh dalam berperanan sebagai suami dan isteri.
Berdasarkan pandangan yang positif seperti ini, akan tertegaklah sebuah rumah tangga yang bahagia.
Bahagia kepada suami, bahagia kepada isteri dan bahagia kepada anak-anak. Lebih penting, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi.
Nak rumah tangga bahagia selalu, amalkan cara romantik Rasulullah ini kepada pasangan anda.
1. Hantar isteri keluar rumah
Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”
2. Bawa isteri jalan-jalan
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Suapkan makanan
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
4. Panggilan manja
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI