Benar seperti dikata, kehebatan air tangan ibu mahupun isteri untuk insan yang dicintai yang didorong dengan perasaan kasih sayang mampu melembutkan hati suami dan anak-anak.
Ketika memasak banyak doa yang boleh isteri ataupun si ibu bacakan untuk kesejahteraan ahli keluarganya selain memperbaiki hubungan agar lebih akrab.
Malah hasil kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, tulus ikhlas dan penuh ceria bakal menghasilkan kerja yang berkualiti.
Semoga hidangan makanan yang anda masak akan sentiasa diberkati Allah SWT di samping anda miliki suami dan anak-anak yang mempunyai akhlak yang terpuji.
Ambil wuduk dan lakukan solat sunat sebanyak dua rakaat sebelum anda memulakan urusan untuk memasak.
“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)
“Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.” (Surah An-Nahl, ayat 96)
“Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.” (Surah Ali Imran, ayat 27)
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: ‘Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (Surah Al-Baqarah, ayat 71)
“Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.” (Surat Al-Kautsar, ayat 1-3)
“Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 137)
Setiap kali hendak memasukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Bismillah untuk mendapatkan keberkatan.
Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam iaitu dari arah kanan ke kiri mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Ketika memasak, sentiasalah membasahkan lidah dengan membaca doa.
“Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.” (Surah Al-Imran, ayat 200)
Untuk melazatkan masakan, sentiasa basah lidah anda dengan berzikir, berselawat dan beristighfar sepanjang melakukan proses memasak.