Kalau nak belek tugasan isteri zaman sekarang, memang tak cukup tangan nak kira. Cari duit tepi pun dia, siapkan hal rumah tangga pun dia! Ini realiti, macam mana pula dengan isteri zaman dulu?
Haa… jom kita hadam kejap perkongsian saudara Shauqi Hasan ini. Kalau rasa nampak tugasan macam tak lengkap, jom betulkan selagi masih ada masa.
Isteri Zaman Sekarang
Pernah tak kita perhatikan, bagaimana isteri zaman dulu dan isteri zaman sekarang berkhidmat kepada suami masing-masing?
Ya, zaman berubah, teknologi makin maju, tapi tugas dan tanggungjawab seorang isteri tetap sama — memastikan rumah tangga aman, damai, dan penuh kasih sayang. Tapi cara mereka buat kerja ni, haaa… tu yang beza!
Zaman Dulu Pula, Begini!
Isteri zaman dulu boleh kita ibaratkan sebagai “superwoman” dalam serba serbi. Dia bangun sebelum subuh, gosok kain baju suami, sediakan sarapan, lepas tu sibuk pula ke dapur untuk masak nasi, tumbuk sambal, semua guna tangan. Zaman tu mana ada mesin pengisar, semuanya manual!
Ads
Kalau ada basuh baju, tangan tak pernah rehat, bilas kain sampai bersih, sidai, lipat, semua beres sebelum suami balik.
Lepas itu, ada pula yang balik ke kebun, tanam sayur, kutip buah, balik rumah sambil dukung anak sambil masak. Suami balik je, makanan dah tersedia panas di meja. Jangan cakap pasal air basuh kaki suami — itu memang standard.
Dia layan suami macam raja! Punyalah hormat, bukan sebab takut, tapi sebab kasih sayang dan rasa tanggung jawab.
Fast forward ke zaman sekarang, isteri moden ni bukan calang-calang orangnya. Bukan je layan suami, tapi dia juga ada karier sendiri. Mungkin bukan superwoman yang basuh baju pakai tangan, tapi dia superwoman yang pegang laptop sebelah tangan, pegang senduk sebelah lagi.
Kalau dulu masak guna kayu api, sekarang masak guna pressure cooker sambil tengok video Khairul Aming dan RareTV di YouTiub. Isteri sekarang bukan tak pandai, tapi lebih kepada efisien — semua guna shortcut, asalkan beres.
Ads
Bukan setakat tu, isteri zaman sekarang juga ada “multitasking skill”. Dia boleh sambil kerja dari rumah, jaga anak-anak, urus keperluan suami, dan pada masa sama, dia juga seorang entrepreneur online. Maklumlah, Shopee dan Lazada ada, kena guna peluang buat side income! Katanya.
Sarapan?
Tak payah susah-susah nak buat nasi lemak sambal ikan bilis, tekan GrabFood, sarapan sampai depan pintu.
Tak payah nak basuh baju manual lagi, semua dah ada “fully automated washing machine.” Nak lebih jimat tenaga, guna dryer sekali. Kalau suami balik lambat? Ah, “Netflix and chill” je dulu, esok pagi baru cerita.
Tapi, kadang-kadang isteri zaman sekarang ada juga yang terlalu moden. Tak sempat nak urus rumah, suami pun kadang terabai. Kesian suami, baju nak gosok kena hantar dobi.
Nak makan malam?
Ads
Order Foodpanda je. Lepas tu bila suami tanya, “Sayang, apa plan kita esok?”
Jawab isteri, “Plan kita? Jap, check Google Calendar dulu.”
Gais, walaupun zaman berubah, tak kira la isteri dulu atau sekarang, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Isteri moden memang multitasking, tapi jangan lupa — suami dan rumah tangga tetap jadi keutamaan.
Jaga suami, jaga anak, jaga rumah, semua tu juga amanah dari Allah. Rasulullah pesan pada para suami, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.”(HR. Tirmidzi).
Maknanya, dalam rumah tangga, kena ada keseimbangan. Isteri buat kerja rumah, suami tolong mana patut. Zaman sekarang ni, dah tak ada istilah “kerja rumah isteri punya.” Suami pun ada peranan. Bekerja sama, hormati satu sama lain, itu kunci rumah tangga bahagia.
Tak kira lah zaman dulu atau zaman sekarang, isteri tetap isteri — tulang belakang rumah tangga.
Walaupun cara mereka berkhidmat berbeza, satu yang kekal sama ialah kasih sayang, hormat, dan pengorbanan. Jadi, kepada isteri-isteri moden kat luar sana, anda tetap superwoman — cuma pakai cape yang lebih canggih sekarang!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesan untuk kaum Adam yang belum berkahwin.. jika pasangan korang ada 5 ciri-ciri ini.. batalkan saja hasrat anda untuk berkahwin dengannya!
1.Tidak beragama
Ya. Dia memang islam. Tapi dia tak tau apa yang agama dia ajar. Solat kelaut, aurat dedah sana sini, pergaulan lelaki perempuan langsung tak tau jaga. Kadang-kadang baulan puasa tu.. datang bulan cuma 7 hari, tapi jadi 15 hari sebab lambat mandi wajib. So, fikir-fikirkan lah..
2. Tidak berakhlak
Mak aihh dia punya bahasa. Bukan main ‘retis’ lagi. Lalu depan org tua pun dia boleh jeling je. Siap main langkah-langkah lagi. Ketawa tu tak perlu ckap, sampai rumah sebelah pon boleh dengar suara dia. Bila org tegur skit ajak gaduh. Acah-acah baik depan laki padahal dgn mak ayah.. ya Allah.. nauzubillah…
3. Muka ketat
Asal asyik jumpe dia je, macam nak marah. Macam bad mood. Langsung tak senyum, ishh apatah lagi nak tegur. Eksyen kan main.. ni kalau kena maki dengan mak mertua mahunya lari dari rumah! Kalau tegur sikit, mula buat muka poyo. Menyampah! Jangan kau menyesal kahwin dgn dia sudah.
4. Mata duitan
Handbag..kasut..baju tak main lah pasar-pasar malam okay.. mesti jenama ‘obersea’ punya! Secondhand lagilah tak pandang. Kalau duit tu cari sndiri takpelah, ni mintak dengan mak ayah takpun paksa pakwe dia belanja. Pantang nampak org berduit siekit mulalah nk menggatal. Kalau kena dgn Along.. sah-sah kau tu kena jual! Kalau dpt perempuan macam ni.. abis dikikisnya duit kau smpai kau boleh merempat tepi jalan beb..
5. Pantang ditegur
‘Awk ni.. pakai la baju sopan sikit. Kan nk jumpe mak saya’.. ishh.. lantaklah saya nak pkai ape pun! Baju ni mahal tau. Mak awak ape tahu! Ni trend baru kot! Yelah.. org laki bila dh sayang, sanggup je telan ayat makwe dia. Tapi pkir la.. smpai bila kau nak tahan? 1 bulan? 2 tahun? Ish.. kalau akulah.. lama dah aku cerai. Sikit-sikit menjawab. Ade je yg dia tak puas hati. Kalau aku tegur, mulalah ckap, “ingat awk tu baik sgt.alim sgt ke nk tegur2 saya? Cermin diri tu dulu!” Allahu.. kalau dengan suami boleh cakap macamtu, dengan org lain tak tau lah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah jodoh, tiada masalah pun lelaki muda berkahwin dengan wanita yang lebih berusia dari dirinya.
Kena abaikan mulut orang sebab banyak kelebihan berkahwin dengan wanita lebih berusia yang mungkin anda tak pernah tahu pun.
Lelaki Muda Kahwin Dengan Wanita Berusia
Contoh terbaik yang boleh kita sentiasa jadikan teladan ialah Rasulullah SAW yang berkahwin dengan Siti Khadijah r.a yang lebih tua daripada baginda.
Ingat ya,umur bukanlah penghalang untuk rasa kebahagian dalam berumah tangga. Nah, ini fakta tentang kelebihan lelaki yang mempunyai pasangan dan berkahwin dengan wanita lebih berusia.
Lebih Naluri Keibuan
Kebanyakan wanita yang lebih berusia mempunyai pemikiran yang lebih dewasa. Jadi naluri keibuan telah wujud dalam dirinya, tak perlu berlakon. Kasih sayang yang muncul dan ditunjuk itu memang dari hati, bukan dibuat-buat.
Matang Dan Berdikari
Tak cepat melatah dan cakap lepas. Apa lagi bab bawa diri, auto boleh bertindak sendiri tanpa ragu-ragu. Perempuan yang lebih berusia bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendali masalah walaupun dalam situasi yang berbeza. Nak ke mana-mana tak berteman pun okay sahaja, ya. Tak ada istilah takut dan tak pandai.
Sangat Yakin Bertindak
Kebanyakan wanita yang lebih tua berbanding lelaki memiliki keyakinan diri yang tinggi. Mungkin sudah biasa memasak, susun perjalanan hariannya dengan cukup teratur.
Contoh kalau uruskan hal anak-anak dia tak perlu ‘hello’ tanya suaminya. Dia sendiri arif dan tahu apa yang dia perlu buat dan didik anaknya.
Cukup Serius
Tak main-main, kalau cakap A memang akan buat A. Apatah lagi apabila terbuka hati untuk berkahwin, si dia akan fokus masa depan dan lebih memandang serius akan hubungan suci yang bakal terjalin. Semuanya sudah sangat teratur dan mereka juga seorang yang mempunyai pendirian tetap.
Bersikap Terbuka
Tak ada berkias, nak apa-apa dia akan cakap. Tak ada simpan dalam hati. Senang golongan suami nak tunaikan apa yang dia mahu. Maka tiada lah masalah makan hati dalam diam. Senang nak berurusan hal rumah tangga jika ada masalah.
Mereka akan menyampaikan hasrat di hati dengan jelas agar si lelaki mudah memahaminya. Lain orang mungkin lain sikapnya.
Apa pun terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai pasangan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awas ya! Dalam mencapai usaha untuk kurus ramai tidak tahu kesan diet mungkin merosakkan kesihatan tanpa kita sedari. Jadikan pedoman di bawah ini sebagai peringatan supaya berwaspada ketika berdiet.
Ini perkongsian dari Dr. Hafiz Sulaiman berkenaan perkara ini:
1) MENINGKATKAN STRES DALAMAN.
Kaedah yang menyebabkan badan stres ialah menghadkan makan sampai ada yang limit kalori bawah 1000kcal berminggu-minggu. Contoh diet yang pernah saya cuba amalkan seketika dulu, HCG diet. Diet tu tak salah, badan kita boleh adaptasi dengan kalori rendah (kebanyakan orang). Silapnya ada pengamal tak ikut protokol betul-betul.
Badan akan jadi terbeban kerana peningkatan radikal bebas (peroxyl radical). Ini kerana badan kekurangan gula dan mula pecahkan lemak untuk tenaga (ketosis). Stres dalaman (radikal bebas) berpotensi merosakkan organ dalaman.
SOLUSI : Perbanyakkan makanan tinggi antioksida dan antiradang bagi mengurangkan keradangan dan stres dalaman. Jika perlu, ambil suplemen tambahan.
2) MENYEBABKAN KEKURANGAN ZAT.
Diet dengan kalori sangat rendah WAJIB PADAT NUTRISI. Bukan diet dengan biskut dan roti sekeping dua yang sangat rendah nilai nutrisi.
Bila kurang makan, bebanan stres dalaman meningkat dan badan memerlukan lebih banyak nutrien untuk adaptasi dengan stres yang meningkat. Zat seperti protein diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat stres yang meningkat.
Antioksida luaran melalui pemakanan diperlukan untuk menyokong antioksida badan mengurangkan kerosakan disebabkan radikal bebas yang meningkat. Banyak zat dan mineral penting perlu untuk menyokong detoksifikasi di organ hati terutamanya fasa1.
SOLUSI: Pelbagaikan makanan yang semulajadi. Fokus kepada makanan padat nutrisi. Suplemen dengan multivitamin jika perlu.
3) MENYEBABKAN BERAT SUSAH TURUN.
Stres dalaman yang tidak terkawal akibat menghadkan kalori boleh meningkatkan stres dalaman. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan badan akan mula menyimpan lemak dan air. Berat badan akan susah turun (plateau).
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Jika tidak berjaya, kemungkinan kalori perlu dihadkan secara beransur.
4) RISIKO KEINGINAN MAKAN MEMUNCAK (CRAVING).
Hormon stres iaitu kortisol juga menyebabkan kita merasa “craving”. Selain daripada itu, hormon yang meningkatkan keinginan makan iaitu GHRELIN juga meningkat ketika stres.
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Oleh kerana jika penghadan kalori sudah tentu meningkatkan stres dalaman, elakkan stres boleh cegah lain seperti jaga kitaran tidur, stres daripada toksin persekitaran dan stres daripada emosi toksik.
Kesimpulannya jika ingin berdiet terutamanya dengan menghadkan kalori, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Pemeriksaan darah penting terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 30 tahun bagi memastikan organ badan sihat dan mampu berfungsi dengan baik ketika berdiet. Kurangkan bebanan toksin dan stres dalaman berlebihan.
Semoga perjalanan ke arah kurus yang lebih sihat menjadi lebih mudah insha Allah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!