Setiap bakal pengantin pasti ingin lakukan kelainan untuk majlis perkahwinan agar ia mampu meninggalkan satu kenangan terindah. Jika anda sedang mencari idea untuk membuat cenderahati kepada tetamu, apa kata hadiahkan mereka dengan kipas tangan buatan sendiri.
Kipas tangan ini juga boleh anda cetak dengan aturcara majlis bagi memudahkan tetamu. Bahkan boleh juga tetamu jadikan kipas jika mereka rasa panas.
Nak buat pun mudah, anda hanya perlu ikut langkah-langkah berikut. Hasilnya pasti menakjubkan.
1. Aturcara majlis anda yang dicetak dalam bentuk kad
2. Pita pelekat dua hala
3. Pemegang kipas kayu (boleh dibeli dikedai kraf)
4. Pembaris
5. Pisau X-Acto
6. Pemotong kertas atau gunting
7. Reben atau cat sembur (sebagai pilihan)
Langkah 1: Lipat kad menjadi dua bahagian. Tekan pisau X-Acto dengan menggunakan pembaris untuk membuat garisan di bahagian tengah kad agar kad mudah dilipat nipis tanpa membuat belahan pada kad.
Langkah 2: Gunakan pemotong kertas atau gunting untuk memotong bahagian kertas yang tidak diperlukan.
Langkah 3: Lekatkan pita pelekat dua hala di bahagian depan dan belakang kayu. Lekatkan juga di bahagian belakang kad.
Langkah 4: Pastikan kayu diletakkan di bahagian tengah bawah kad. Lipat kad dan tekan untuk memastikan kad melekat dengan sempurna.
Langkah 5: Untuk kesan yang lebih menarik, hiaskan dengan reben rona keemasan pada kipas tangan tadi.
Sumber: sweetvioletbride.com