Luahan pelakon Izzue Islam tentang isteri tercinta dalam satu temu bual, buat ramai yang tercuit emosi. Tanpa Awin Nurin, siapalah dia dalam dunia seni.
Ujar pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu, dia tidak mungkin dikenali ramai tanpa bantuan suri hati merangkap pengurusnya itu.
Izzue Islam Takut Hilang Isteri
“Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada. Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita mati bersama-sama nanti.
“Tanpa isteri, kalian mungkin tidak kenal Izzue Islam seperti hari ini dan saya juga tidak pernah bayangkan memiliki kehidupan begini sekarang,” kata Izzue.
Ads
Kalau Hilang Isteri, Fokus Izzue Terkubur
Ditanya adakah bersedia jika suatu hari kehilangan isteri tercinta, aktor berusia 34 tahun itu mengakui bakal hilang arah dan mungkin fokusnya dalam dunia hiburan akan terkubur.
Ads
“Saya pernah terlibat dalam satu penggambaran dan dia tidak ikut sekali disebabkan demam. Ketika itu saya macam hilang arah.
“Sebab itu sampai sekarang saya akan bawa dia ke mana-mana sahaja kami pergi. Bukan tidak boleh berenggang tetapi dia individu penting buat saya.
“Saya mahu dia sentiasa ada di depan mata. Selagi saya hidup saya mahu dia ada di depan saya,” ujarnya menahan sebak.
Ads
Air mata pelakon filem Juang itu mengalir deras sebaik perkara berkaitan insan kesayangan dibangkitkan Rosyam.
Sebelum ini, anak jati Kelantan itu juga pernah mencipta lagu buat Awin sebagai luahan perasaan sayang terhadap wanita yang melengkapi segala kekurangan dalam dirinya.
Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 namun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut pakar, pasangan yang kelihatan sering update status yang menunjukkan saling bergurauan sesama sendiri di media sosial, sering berkongsi komen dan selfie diri sendiri walaupun berada dalam situasi yang biasa-biasa sahaja, mungkin bermaksud untuk menyembunyikan hubungan mereka yang tidak stabil.
Nikki Goldstein, pakar perhubungan dan seksologi dari Australia menyatakan bahawa pasangan yang kerap memuat naik status di media sosial selalunya mengharapkan tanggapan yang baik daripada orang luar tentang hubungan mereka.
Kebiasaannya, individu yang sering membuat posting itu adalah mereka yang mahu kelihatan bahagia di mata orang lain di media sosial. Jumlah like dan comment yang banyak memberi kelagaan kepada individu ini. Mereka sepertinya cuba membuktikan betapa bahagianya hubungan mereka dimata orang lain.
Goldstein juga berpendapat pasangan yang cenderung untuk mengambil gambar antara satu sama lain dan segera memuat naiknya ke Instagram adalah pasangan yang sering ‘hilang’ serta tidak dapat menghayati momen bersama pasangan.
Seseorang individu yang terlalu fokus mengambil selfie, kemudian mengaplikasikan filter terbaik dan meletakkan hashtag yang pelbagai sebenarnya terlepas momen indah yang berlaku disekelilingnya. Bukankah tujuan asal mengambil gambar itu adalah untuk merakamkan kenangan indah untuk dikenang semula satu hari nanti?
Pasangan masa kini lebih gemar merakamkan gambar dan terus memuat naik di media sosial dan sentiasa memerhatikan jumlah like dan comment yang diperolehi dari masa ke semasa.
Benar atau tidak kajian ini, tepuk dada tanya selera.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, sudah 19 hari kita menyambut Ramadan. Begitu pantas masa berlalu dan kini kita sudah menghampiri 10 malam terakhir di bulan Ramadan, malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Itulah malam Lailatul Qadar.
Di bulan Ramadan ini, kita digalakkan melakukan ibadah dan amal kebaikan kerana ia akan diberi pahala yang berlipat ganda. Jadi jika anda mahukan sesuatu, berdoalah. Siapa sangka mungkin doa anda dimakbulkan Allah.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh @Just_Bella22, beliau telah kongsikan antara 5 doa yang sebaiknya diamalkan pada bulan Ramadan. Mulai malam ini, jom kita amalkan.
Doa Sejurus Berbuka Puasa
Doa Yang Dianjurkan Dibaca Sepanjang Bulan Ramadan & Dibaca Ketika 10 Ramadan Terakhir
Salam buat semua pembaca majalah Pesona Pengantin, sebagai editor baru Majalah bercorak perkahwinan ini, ingin saya rungkaikan beberapa perkongsian mengenai persoalan yang sering diajukan kepada saya iaitu mengenai bagaimana untuk turunkan berat badan.
Menjadi lumrah untuk semua bakal pengantin, mempunyai bentuk badan ideal sebelum menjelang hari bahagia adalah satu impian, tetapi bagaimana? Apa yang harus diamalkan? Di sini saya ingin menulis sedikit pengalaman saya sendiri dalam menurunkan berat badan.
Terus menyokong Majalah Pesona Pengantin dan dapatkan tip berguna dari platform cetak, digital juga program televisyen kami.
Ini adalah di antara soalan yang sering ditanya kepada saya.
Kenapa nak kuruskan badan?
Dahulu saya mempunyai berat sekitar 113kg, kehidupan sebagai pelajar di semester akhir membuatkan saya terfikir untuk merubah. Lagi setahun saya mahu bekerja, tak kan saya perlu bawa sikap dan tabiat lama di alam pekerjaan nanti? Di situ saya mahukan transformasi dalam hidup, saya timbang berat saya di Mid Valley sewaktu berjalan-jalan, terkejut dan tidak sangka saya boleh seberat itu. Mana tidaknya saya boleh habiskan sekotak 24 biji donut Big Apple hanya seorang diri!
Mula berdiet?
Pada mulanya memang sangat susah nak berdiet, tipulah saya katakan saya tak pernah rasa berputus asa. Tetapi bila mengenangkan badan di fitting room sewaktu nak membeli baju, saya kembali bersemangat. Pada bulan pertama apa yang saya lakukan adalah dengan set gol untuk turun sebanyak 2 kg setiap bulan. Jika turun lebih dari itu lagilah saya gembira. Hanya dalam tempoh 4 bulan saya boleh turun hampir 8 kg.
Apa yang saya makan sewaktu berdiet adalah segala benda yang tidak berasaskan‘NASI’. Saya cuba elak mengambil karbohidrat itu selama hampir setahun.
Pagi : Saya ambil roti sebelum ke kuliah
Tengah hari : Saya makan lauk sahaja asalkan bukan yang bergoreng
Malam : Saya akan ambil makanan berunsur sup sahaja.
Sebelum tidur : Saya akan minum secawan teh hijau untuk penghadaman lebih lancar.
Motivasikan diri
Mahu kurus, sesiapa sahaja boleh bercakap, tetapi untuk disiplin adalah satu tanggungjawab yang sangat sukar. Jadi anda perlu ada motivasi untuk bawa anda pergi jauh!
1.Cari siapa ikon yang anda suka dan mahu jadi sepertinya.
Saya juga teringin untuk memakai baju size M ketika itu, saya beli dan simpan di dalam almari. Saya jadikan itu sebagai pembakar semangat, alhamdulillah ia berhasil.
Jangan berdiet seorang diri, cari kawan dan bersaing dengan mereka.
Perlu Senaman
Obsesi ketika itu membuak-buak, sampai saya bersenam pagi dan petang pada mulanya. Tetapi apabila semakin sibuk dengan jadual kerja, saya akan meluangkan masa untuk bersenam setiap petang sekurangnya satu jam berjoging ataupun paling tidak 3 kali dalam seminggu. Jangan malas kerana ia akan menghilangkan momentum anda untuk terus kekal aktif.
Sebenarnya tidak sukar untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang berdisiplin, tetapi sangat sukar untuk mengekalkannya. Tambahan bagi mereka yang mempunyai tahap metabolisme seperti saya, mudah gemuk, mudah turun, penjagaan pemakanan sangat dititikberatkan. Diharapkan perkongsian ini boleh memberi sedikit harapan dan ilmu buat pembaca Pesona Pengantin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!