Rupa-rupanya ramai wanita yang sudah ada tanda-tanda terkena penyakit ‘gila meroyan’ tetapi orang sekeliling tak sedar dan tak ambil kisah pun, lebih-lebih lagi suami sendiri. Isteri pula kalau dah sedar diri itu ada tanda-tanda penyakit angin beranak, meroyan, perlulah segera maklumkan kepada suami.

Kalau orang luar mungkin mereka akan menganggap anda sudah gila, tapi kalau suami biasanya dia tahu keadaan sebenar dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu kita dalaman mahupun luaran. Yang paling penting, apa sebenarnya yang wanita rasa bila terkena angin meroyan? Apa tanda angin beranak sudah berlaku?

Antara tanda-tanda seorang wanita terkena penyakit meroyan yang teruk (Postpartum Psychosis) ialah:

Bila Jadi Ayah Muda, Suami Perlu Peka Dengan Isteri Yang Baru Melahirkan Zuriat Anda

1. Mendengar suara yang entah dari mana menyuruh kita melakukan sesuatu ataupun mengkritik orang di sekeliling kita.

  • Suara itu boleh berupa suara televisyen, suara radio ataupun suara manusia berbisik. Suara itu juga boleh berupa suara yang terngiang-ngiang di dalam kepala dan tak boleh dihilangkan walaupun dah bermacam cara dibuat untuk menghilangkannya.

2. Tiba-tiba merasakan orang di sekeliling kita sedang berpakat untuk mencederakan atau menyakiti kita.

Ads
  • Boleh jadi tiba-tiba kita curiga dengan orang yang selama ini kita percaya. Boleh jadi juga kita merasakan orang sekeliling kita cuba menyakiti dan membunuh baby kita.

3. Secara tiba-tiba merasakan diri sendiri mempunyai kelebihan dan kekuatan luar biasa yang melebihi orang normal.

  • Rasa diri sangat kuat dan tak perlukan tidur walaupun secara realitinya fizikal kita dah sangat lemah dan perlukan rehat tapi otak kita tak mampu berhenti berfikir.

4. Merasakan ingatan, hafalan dan fokus makin tumpul. Kita susah nak fokus buat sesuatu perkara.

  • Contohnya kita dah lupa resepi masakan yang biasa kita buat selama ini ataupun kita dah mula lupa jalan yang biasa kita gunakan untuk ke pasar raya ataupun pejabat.

5. Kita merasakan masa bergerak terlalu pantas ataupun terlalu perlahan. Kita dah tak tahu tarikh, waktu dan tempat kita berada sekarang.

Ads

6. Kadang-kadang kita merasakan ada sesuatu yang selalu merayap-rayap di seluruh permukaan kulit kita.

7. Kita perasan yang orang terdekat kita mengatakan kita berkelakuan aneh padahal kita rasa normal saja. Boleh jadi kita tak sedar pun apa yang kita dah buat.

8. Kita merasakan yang kita takkan boleh sembuh daripada penyakit meroyan ini dan jalan keluar yang terbaik adalah dengan membunuh diri.

Ads

Tindakan perlu dilakukan

Bila kita ataupun suami kita perasan yang kita dah ada tanda-tanda meroyan ini, jangan cepat panik! Kebanyakan orang yang mengalami Postpartum Psychosis ini boleh sembuh secara sempurna. Kebanyakan yang meroyan ini pun biasanya mengalami delusi ataupun halusinasi yang tidak memudaratkan diri dan bayi.

Hanya 5% saja yang dikaitkan dengan bunuh diri (suicide rate) dan hanya 4% saja yang melakukan pembunuhan anak kandung sendiri (infanticide). Suami pula bila isteri dah ada tanda-tanda meroyan ini, janganlah buat tak tahu. Meroyan tahap dah rasa nak bunuh diri ataupun rasa nak bunuh anak sendiri perlu segera dibawa ke kecemasan.

Sila jumpa doktor di bahagian kecemasan (Emergency Department) dan ceritakan simptom dan perkara yang dialami isteri. Ingat! Sokongan suami sangat diperlukan oleh si isteri, lebih-lebih lagi masa dalam tempoh berpantang. Saya percaya sikap suami masa merawat isteri dalam pantanglah yang akan menentukan tahap meroyan si isteri.

Saya percaya suami yang tak meminggirkan isteri dan merawat isteri dengan penuh cinta dan kasih sayang semasa dalam tempoh berpantang akan membuatkan hati isteri menjadi tenang dan sekaligus akan menjauhkan isteri daripada penyakit meroyan yang dahsyat ni. Semoga memberi manfaat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI