Jadi Bridesmaid Jangan Melebih-Lebih, Nanti Tak Nampak Seri Pengantin

Share

Mana-mana perkahwinan yang kita hadiri, pasti terlihat kelibat anak gadis berkumpulan yang menjadi peneman si pengantin. Memang seronok bila kita memiliki rakan-rakan yang sejati sehingga sanggup berpanas dan bepeluh di majlis resepsi kita namun, ada pula masalah lain timbul bila bridesmaid yang kita angkat untuk memudahkan kelancaran majlis akhirnya menjadi ‘virus’.

 

Ingat, menjadi bridesmaid bukanlah semudah untuk hanya memakai pakaian yang sedondon dengan rakan lain dan hanya sekadar mengiring pengantin serta turut serta dalam sesi fotografi bagi memeriahkan keadaan di dalam potret kenangan yang dirakam.

foto : pinterest

Tetapi siapa sangka, hati orang itu lain-lain dan tak semua bridesmaid atau gadis dulang yang kita lantik dalam kalangan rakan baik sendiri itu mampu menggalas tugas secara profesional.

Ramai pengantin merungut kerana keberadaan bridesmaid sering tidak memuaskan meskipun tugasan sebenar mereka adalah untuk menjaga tata dan kesempurnaan si pengantin. Wanista senaraikan tugas sebenar bridesmaid berserta tanggungjawab yang patut dipaparkan mereka pada hari bahagia si pengantin.

 

#1 Datang Sehari Sebelum

Untuk memastikan yang kamu benar-benar faham perancangan dan perjalanan majlis, sila datang sehari sebelum. Sila ambil tahu atur cara majlis dan ringankanlah tangan untuk membantu kesibukan keluarga pengantin di rumah mahupun di lokasi majlis. Jangan sombong sangat ye. Sambil itu, kenal-kenal dengan ahli keluarga pengantin, esok kalau tetamu serbu kamu tanya mana mak ayah pengantin, tahulah kamu menunding siapa ibu bapa pengantin.

 

#2 Tepati Waktu & Bantu Pengantin

Pada hari kejadian, tolong datang awal pagi sebelum pengantin bersiap lagi. Tugas kamu adalah untuk memastikan kelancaran majlis di samping menjaga kebajikan pengantin. Eloklah datang awal dan jangan lupa bawa persalinan kamu seperti yang sudah ditetapkan pengantin.

#3 Sediakan Kelengkapan cukup

Jangan harapkan pengantin untuk ingat semuanya kerana dalam kepala mereka adalah NERVOUS semata! Untuk itu, sebagai sahabat dan juga selaku bridesmaid, sila sediakan beberapa kelengkapan agar tidak kelam-kabut jika bala menimpa.

Antara kelengkapan klise adalah termasuk pin, jarum peniti, tisu lembut, tisu basan, hand sanitizer, bedak kompak dan lain-lain. Bawa satu pouch kecil untuk dipegang sepanjang masa kalau-kalau ia diperlukan.

 

#4 Ingat Password Telefon Pengantin

Maklumlah, raja sehari sukar memegang telefon sepanjang majlis, jadi tugas bridesmaid yang paling rapat dengan pengantin adalah cuba merakam foto-foto kandid dan memuat naiknya ke akaun IG pengantin. Dia pasti menghargai usaha kamu itu jadi sila ingat password telefon pengantin. Lihat juga kalau-kalau ada panggilan kecemasan masuk.

 

#5 Tolong Keluarga Pengantin

Lebih-lebih lagi kalau pengantin memiliki bilangan ahli keluarga yang kecil, tugas bridesmaid juga untuk bantu meringankan kekecohan keluarganya. Bantu untuk bersihkan meja yang penuh dengan pinggan kotor, tolong sambut tetamu, bantu terima dan simpan hadiah dari tetamu, bantu menjadi pemandu arah tetamu dan sebagainya. Pokoknya, tugas bridesmaid bukan hanya untuk mendamping pengantin setiap masa okay?

 

#6 Teman Pengantin Setiap Masa

Pastikan ada seorang dua yang sentiasa berada di sisi pengantin. Ini bagi memastikan supaya jika pengantin memerlukan pertolongan, kamu ada disisi. Baju yang sarat, kepala yang berat dengan aksesori, jangan buat pengantin emosi dan mengamuk ya? Rosak majlis nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : wanista

Published by
NanyRahman