Bila sudah bergelar isteri, banyak benda yang kita boleh pelajari sama ada dari orang lain atau pengalaman sendiri. Di awal perkahwinan, memang akan rasa kekok tapi lama-kelamaan dah macam pro pula. Bila bab penjagaan kebersihan rumah, isterilah yang selalu jadi ‘ketua’. Kerana mereka lebih kreatif menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur bukan sahaj untuk masak tetapi membersihkan rumah.

 

Mesti ada pernah dengar cara untuk memaksimumkan penggunaan buah lemon. Selepas diperah jusnya, jangan dibuang hampas dan kulit. Letakkan di dalam pencuci pinggan mangkuk supaya bau dari lemon itu teruk mengharumkan dan membersihkan pinggan mangkuk.

 

Kali ini, Pesona Pengantin nak kongsi kehebatan serbuk soda bikarbonat dalam penggunaan seharian.

 

Jadi Isteri, Kena Kreatif. Soda Bikarbonat Ni Berkesan Hilangkan Bau Peti Ais!

Ads

HILANGKAN BAU PERMAIDANI/KARPET

Bau hapak dari karpet membuatkan kita sangat tidak selesa. Bukan hanya dari anak-anak, mak ayah pun selalu sangat tumpahkan air di atas karpet sehingga menimbulkan bau hapak.

 

Untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan anda, sebelum menggunakan vakum, cuba taburkan serbuk soda bikarbonat ini di atas permaidani. Pastikan anak-anak bermain di tempat lain kerana bimbang mereka seronok pula nampak kita taburkan serbuk yang nampak seperti bedak ni. Selepas beberapa minit, bolehlah bersihkan permaidani anda dengan vakum.

 

2. KURANGKAN BAU BUSUK PADA TONG SAMPAH

Taburkan serbuk soda bikarbonat pada dasar tong sampah. Sebelum itu letakkan kertas surat khabar untuk mudah menyerap air yang meleleh dari plastik tong sampah. Anda boleh lihat perubahannya nanti.

Ads

Jadi Isteri, Kena Kreatif. Soda Bikarbonat Ni Berkesan Hilangkan Bau Peti Ais!

3. BAU KEDAP ALMARI

Ramai yangakan menggunakan pewangi almari untuk digantung atau disembur pada almari pakaian. Kebanyakkan semburan dan pewangi ini akan meninggalkan bau yang sangat kuat sampai boleh menyakitkan hidung. Malah, ia juga mempunyai bahan kimia yang berlebihan.

 

Apakata gunakan serbuk soda bikarbonat untuk almari pakaian anda. Anda boleh menggunakan kaedah semburan atau anda juga boleh mencari uncang yang comel dan letakkan serbuk soda bikarbonat di dalamnya. Sama macam anda gunakan arang untuk menghilangkan bau. Boleh jimat banyak tau dengan hanya menggunakan serbuk soda bikarbonat ni!

Ads

Jadi Isteri, Kena Kreatif. Soda Bikarbonat Ni Berkesan Hilangkan Bau Peti Ais!

4. HILANGKAN BAU PETI AIS

Jadi Isteri, Kena Kreatif. Soda Bikarbonat Ni Berkesan Hilangkan Bau Peti Ais!

Bau yang kurang segar dari peti ais boleh merosakkan mood kita untuk memasak. Ada yang menggunakan daun pandan yang disimpul untuk menghapuskan bau peti ais yang busuk. Tetapi nanti anda pula perlu buangkan daun pandan kering tersebut.

 

Cara lain adalah dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat. Hanya taburkan serbuk soda bikarbonat di atas piring atau mangkuk kecil dan letakkan di dalam peti ais. Selesai!

 

Banyak lagi petua-petua dapur yang boleh para isteri praktikkan di rumah. Di samping menjimatkan, ia juga bermanfaat untuk alam sekitar. Tak perlu lagi menggunakan bahan kimia terutamanya untuk aktivit membersih. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI