SESUATU YANG TERBURUK BERLAKU
Wanita… Jangan sempitkan pemikiran dengan punya sikap begini :
1 – Kumpul harta banyak-banyak, nanti kita meninggal dulu, suami yang kaya raya. Sebab itulah malas nak berusaha mengumpul harta. Takut nanti wanita lain yang sedut hasilnya.
2 – Kalau kita ada harta, bila meninggal suami kawen lain memang padan muka kita. Sia-sia usaha kita selama hidup di dunia. Jangan fikir begini duhai wanita yang bijak dan berlapang dada :
3 – Sebagai wanita…tukarlah paradigma. Kita jana wang dan kumpul harta bukan untuk suami atau kepentingan diri semata-mata. Tapi untuk anak-anak yang kita cinta.
Maka.. jangan fikir kalau kita meninggal dulu. Fikir sebaliknya.
4 – Kalau suami yang meninggal dulu, kita tak perlu risau andai ipar duai mertua menjeritkan harta pusaka. Kita senyum dan baik-baik segala.
5 – Kita hormati faraid dan agihkan saja. Hak ibu bapa mertua kita bagi ikut agama. Hak diri dan anak-anak kita terima untuk berlapang dada.
6 – Supaya.. Bila suami tiada, hubungan kita dengan mertua tetap baik-baik sahaja. Kita tak risau nak bahagi pusaka sebab kita sendiri pun punya harta. Tangan kita lebih daripada mampu menjana pendapatan keluarga.
HABIS! KALAU KITA MENINGGAL DULU, SUAMI JOLI BAGAIMANA?
7 – Ini kalau kita meninggal dulu bukan? Peruntukan pendidikan sendatkan dalam akaun nama anak-anak siap-siap. Buatlah hibah pastikan nama anak-anak ada sebagai penerima. Selebihnya berdoa sentiasa.
8 – Kawan… Kita dah jadi mayat. Kita dah jadi makanan ulat. Apalah mahu direbutkan sekujur tubuh suami pada waktu itu? Tak kan dah mati masih mahu mengawal hati suami?
9 – Bila meninggal kita dah tak fikir dunia. Kita sepatutnya risau amalan kita yang sedikit cuma. Munkar Nakir yang bakal kita risau. Merekalah peneman kita di kubur sana. Bakal merotan setiap dosa kita.
10 – Cinta itu misteri. Bila menyintai, kita cuma menyintai. Selebihnya kita berusaha dan berserah. Kita cintakan anak-anak maka ini matlamat kita menjana wang dan mengumpul harta.
11 – Jangankan kalau suami meninggal, kalau kita dicerai sekalipun nasib anak-anak terjaga. Pendidikan dan tempat tinggal mereka tetap selesa.
12 – Malah… Kita tidak terdesak terpaksa mencari suami lain selepas suami tiada. Kerana apa? Kerana tak perlu pun meratap nasib pada lainnya arjuna andai tangan kita sendiri gagah menjaga keluarga.
13- Apapun.. selagi kita fokus tujuan utama, hidup lebih bermakna. Kita akan kekal sebagai wanita yang rajin bekerja dan bina harta. Insya’allah…
14 – Sentiasa doakan dan harapkan yang baik-baik namun rancanglah andai SESUATU YANG TERBURUK BERLAKU. Cinta itu bukan dari apa rasanya hati tapi dari jiwa yang berlapang dada dan dipenuhi kematangan.
Salam sayang dan utamakan anak-anak sentiasa ya..
Ini adalah perkongsian dari Marliya Ramli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI