Menjadi suami memang tanggungjawabnya besar. Sebab itu seorang lelaki yang sudah bersedia untuk memimpin keluarga tidak mempunyai kekhuatiran untuk membina rumatangga. Persediaan pula bukan sekadar kewangan tetapi fizikal dan mental.
Bila dah berkahwin, suamilah tempat yang paling hampir untuk isteri meluahkan perasaan. Suamilah tempat isteri menangis, bergelak ketawa, melontarkan kemarahan bahkan menjadi pendengar paling baik untuk setiap perkara yang ingin dikongsikan.
Siapa yang nak jadi bahu dan telinga untuk dengar kemarahan isteri kan? Tapi, itulah istimewanya suami. Sejauh mana dia bertahan dan menahan kemarahan isterinya, di situlah peranan sorang pemimpin perlu ditonjolkan.
Itu baru untuk menenangkan isteri. Belum termasuk memberi keyakinan, ketenangan dan kebahagiaan untuk anak-anak. Kenapa anak-anak lebih rapat dengan ayah? Sebab sikap seorang ayah yang tenang dan bersahaja. Tak drama macam mak. Ha…hebat kan?
Cuba baca ni. Memang inilah kenyataan menjadi seorang suami dan isteri.
Isteri,
Kalau dia lapar, dia akan cari suaminya dulu.
Kalau dia nak marah, memang dia tunggu suami dia balik dan lepaskan kemarahan.
Kalau dia bergaduh dengan kawan, dia pun akan cari suami juga.
Kalau dia stress, sebelum dia baling kerusi, dia pergi kat suami cubit dan tumbuk-tumbuk dulu.
Dan, apa saja yang terbuku di hati, di kepala, di buku lali, di muka, di semua anggota, lepasnya pasti ke suaminya.
Itulah realiti wanita yang sedang hidup dengan kita ni.
Sebab itu, Allah ciptakan kita sebagai suami ni akal kasi lebih. Jiwa pun ada banyak lebih. Dan kekuatan serta apa saja memang di lebihkan pada lelaki. Baca saja apa firman dalam Al-Quran.
“Lelaki itu pemimpin”
Pegang tu masa isteri buat muka singa.
Pegang tu masa isteri terketar-ketar tahan marah tak beli susu anak kita.
Pegang tu masa isteri tadi cakap sayang, tapi lepas lima minit dia tiba-tiba rasa nak lempang.
Lihatlah nanti bagaimana nanti isteri melalui frasa melawan nafsunya yang amat kuat, tetapi dia berjaya hadapi dengan seorang hero yang bernama suami.
Sabarnya suami, menyejukkan isteri.
Sabarnya suami, membuatkan isteri akan fikir teruknya perangai aku ni.
Sabarnya suami, akan menambah cinta dalam hati isteri.
Itulah kekuatannya untuk menolak semua lelaki yang tidak ada kena mengena dalam hidupnya sebagai isteri.
Itulah bahan utama ketika bersembang dengan kawan-kawannya, bila kawannya menceritakan sisi buruk seorang suami, dan dia boleh berkata,
“Sabarlah. Doakan suami kita. Dia kan Allah bagi pada kita”
Itu yang akan keluar dari mulutnya.
Setelah hatinya di didik dengan sabar dan kasih sayang suaminya.
Sebab itu kita yang suami, balik saja rumah, 30 minit pertama adalah menentukan bagaimana untuk berjam-jam kehidupan berumahtangga seterusnya.
Pulang ke rumah, lipatlah lengan baju dan bersedia membantu isteri.
Pulang ke rumah, buka hati dan bersedia mengisi ruang kosong anak-anak dan isteri.
Pulang ke rumah, letak sekejap serabut untanya masalah kerja, dan senyumlah walau itu amat pahit sebenarnya.
Kalau kita tanya,
“Siapa suruh buat?”
“Nabi kita. Rasulullah saw buat”
Memenangi hati isteri, dengan menjadi sebenar suami. Bukan sekadar jadi laki-laki.
.
Kredit : Abu Huraira Asi
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI