Jadikan Meminjam Duit Orang Sebagai Jalan Akhir, Usaha Dahulu Baru Berhutang

Share

Masih ramai manusia yang sanggup pinjam duit orang atau hutang semata-mata nak penuhi kehendak sendiri, tetapi bab nak membayar lambat! Sampai orang yang bagi pinjam pun segan nak minta duitnya balik, padahal itu haknya. Kadang orang tak sampai hati sebab kenalan, diminta-minta risau pula lain pula jadi ceritanya.

Bak kata Puan Juriah Halimatun Ahmad, kita ni kan, kalau meminjam tu, nak sedebuk sekaligus, tapi masa membayar nak bayar sikit-sikit. Kan?



Janji Macam-macam Tapi Lain Jadinya

Masa nak meminjam, macam-macam kita janji. 2-3 hari lagi kita akan bayarlah, lepas tu cukup bulanlah, lepas tu begitu , begini, sampai kita rasa agak-agak orang tu lupa. Kalau pinjam dengan orang, mungkin la dia boleh lupa, tapi kalau pinjam dengan bank ke, along ke… haaa, siaplah. Selalu kena ekor je kan?

Kadang tu bukannya pinjam banyak sangat pun. Betul tak banyak mana yang kita pinjam. Kita je rasa macam sikit, cuma kat pemberi pinjam tu sendiri, mungkin pada dia banyak. Cuma kena ingat, mungkin duit yang kita pinjam tu sebenarnya ada komitment yang pemberi pinjam perlu guna. Kadang tu duit anak dia, duit isteri dia. Yelah, itu rezeki keluarga tu kan.

Jika pinjam dengan bank, lagilah pulak, itu duit orang ramai yang simpan di bank. Kalau pinjam dengan mana-mana badan contohnya untuk pendidikan seperti JPA, MARA atau PTPN, atau TEKUN, perlu ingat ada orang lain juga nak guna untuk pendidikan atau nak guna untuk perniagaan.

Baik Simpan Dari Awal Daripada Berhutang

Mama fatim tak kata siapa-siapa. Dulu pun mama fatim di bawah pinjaman boleh ubah sambung untuk belajar selepas SPM dulu. Alhamdulillah, dengan result exam, bukan semua yang perlu dibayar. Pinjaman boleh ubah kan. Tinggal sikit je lagi hutangnya. Tiap-tiap bulan dibayar. Alhamdulillah. Kalau setakat nak guna duit sikit-sikit tu yang tak sampai riban-riban tu, lebih baik kita menyimpan lah dari awal. Daripada kita meminjam duit orang, tak berapa nak bayar dan menyusahkan orang lain, baik kita berjimat cermat dari awal. Kalau bayar tak pe…

Tips nya, jika kita tahu kita ada keperluan nak guna, 2-3 bulan atau beberapa bulan sebelum guna tu, kita jimat siap-siap. Contoh, kita nak guna dalam RM300 je, kita simpanlah RM100 sebulan. Tak dapat simpan, buatlah apa-apa kerja overtime, atau berniaga atau sebagainya. Kita buang perbelanjaan yang tidak perlu contohnya duit untuk rokok. Iyelah, kalau ada banyak duit untuk rokok, confirm tak perlu pinjam kan? Apa-apa sajalah yang rasa bukan keperluan.

Bukan Keperluan, Tak Payah Beli

Andaikata perkara yang kita nak buat atau beli tu bukan satu keperluan, tak usahlah meminjam. Tangguhkan jelah dulu. Unless, kalau kita nak beli rumah ke, nak beli kereta ke atau nak besarkan perniagaan ke, logiklah jugak sekiranya kita nak pinjam dengan bank.

Jika kita betul-betul nak buat sesuatu yang melibatkan duit, kita sendiri kena pandai urus duit kita. Tak usah kita sibuk-sibuk dengan duit orang. Orang lain pun ada komitmen sendiri. Betul tak? Kalau kita nak BAYAR ON TIME, tak pelah jugak.

Elak Susahkan Orang Lain, Sibuk Dengan Duit Orang

Kalau adalah orang yang nak pinjam sekian-sekian jumlahnya, bersedialah untuk bersedekah. Kalau rasa tak ada duit nak sedekah banyak-banyak, kau bagi lah jelah berapa yang kau mampu dan bagitahu, “Maaflah, bagi pinjam, tak ada budget. Untuk sedekah, ini ada. Moga-moga kita ini bukanlah tergolong dalam kalangan orang yang suka sibuk dengan duit orang lain dan suka menyusahkan orang lain. Sebab sekali sudah pandai meminjam-minjam lama-lama boleh jadi tabiat. Asal susah sedikit atau mahu membeli sesuatu mulut kita sudah jadi tidak segan nak meminjam duit orang lain.

Didiklah diri agar lebih segan dan tidak bergantung harap dengan orang lain sama ada adik beradik atau rakan-rakan yang lain. Meminjam ini jadikanlah pilihan terakhir dalam hidup anda, jika perlu menjual barang kesayangan demi menanggung keperluan yang sebenar jual sahaja lebih baik dari berhutang.

Kredit : buletindaily.com

Published by
webadmin