
Mondelez International hari ini memperkenalkan varian produk terbarunya, Oreo Chocolate Coated cookie, ke pasaran Malaysia. Dengan harga pada RM2.70 setiap paket, produk baru ini merupakan kerjasama antara dua jenama kegemaran Mondelez International – Oreo dan Cadbury Susu Susu.
Gabungan coklat cadbury dan biskut oreo memberikan lagi kelazatan pada makanan tersebut. Kelainan yang dibuat adalah untuk mencipta produk “yang bebas dari acuan konvensional variasi produk lain”.
Pasti dengan Oreo Chocolate Coated akan memberi inspirasi kepada para pengguna untuk terus menikmati dengan cara mereka untuk menghasilkan cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan untuk memasuki produk ini.
Produk ini juga menghasilkan sentuhan baru dalam ikon “Twist, Lick, Dunk” yang ikonik dalam memakan cookie.
Dengan biskut Oreo yang dilapisi coklat Cadbury Susu Susu, ungkapan baru “Lick It, Crunch It” diperkenalkan untuk Oreo Chocolate Coated.
Mungkin ini adalah salah satu produk yang anda boleh jadikan ‘goodies’ untuk majlis perkahwinan anda! Pasti tetamu menyukainya dengan kelazatan yang baru ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mira Filzah Tak Nak Komen Isu Penyondol, Semua Wanita Takut Tentang Orang Ketiga

Isi Kandungan
ToggleDisoal tentang anak, pelakon wanita iaitu Mira Filzah mengakui dia tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang cahaya mata kedua.
Mira Filzah Tak Tolak Rezeki
Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata dia dan suami, Wan Emir Astar juga mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata namun mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Ada juga perancangan nak menambah sebab anak (Amir) pun dah berusia dua tahun. Amir pun suka berkawan, dia dah pergi sekolah sekarang. Dia pun ada sepupu jadi nampak lah dia suka berkawan.
“Saya cuma go with the flow. Tapi sekarang saya masih lagi dalam projek. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan.
Dalam pada itu, disoal adakah dia bersetuju sekiranya anak lelakinya itu ingin menceburi bidang seni kelak, Mira berkata dia dan suami belum memikirkan perkara itu memandangkan usia Amir yang masih kecil.
“Tak ada perancangan sebab itu masih terlalu awal. Dia (Amir) masa kecil 6 ke 8 bulan dia banyak masuk komersial dengan saya tapi bila dah 2 tahun ni, dia tak suka sangat kamera.
Dia masih explore apa yang dia suka. Untuk saya merancang lebih awal tu, tidaklah. Saya nak dia membesar macam kanak-kanak biasa, main di taman dan sebagainya. Mungkin saya tak akan dedahkan dia terlalu awal tapi tak akan menolak sekiranya ada yang bersesuaian,” kongsi Mira.
Jawab Isu Penyondol
Sementara itu, apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam naskhah yang mengangkat isu masalah rumah tangga (orang ketiga), Mira berkata dia hanya menjalankan tanggung jawabnya sebagai pelakon dan ianya sama sekali tidak memberi impak dalam kehidupan peribadinya.
“Kebanyakan drama yang saya lakonkan sebelum ini pun ada kisah tentang orang ketiga. Contohnya drama Pujaan Hati Kanda, Cinta Si Wedding Planner semua ada orang ketiga.
“Nak kata takut itu tidaklah, apa yang saya berlakon itu semuanya sebahagian daripada kerja.
“Tapi saya sebenarnya tidak mahu komen tentang isu penyondol ini. Saya percaya semua wanita akan takut sekiranya rumah tangga mereka diganggu oleh orang ketiga,” kata Mira lagi.
Untuk info, Mira bakal muncul dengan drama terbaharu iaitu Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang akan ditayangkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.
Sumber gambar: Mira Filzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aura Dhabitah Sabri Di Majlis Resepsi, Naik Seri Sungguh Wajahnya

Berseri sungguh air wajah atlet penerjun Malaysia, Dhabitah Sabri dalam majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini, memukau siapa sahaja yang memadangnya.
Maklumlah, jarang nak tengok wajah Nur Dhabitah Sabri ini memakai mekap. Dengan sentuhan magis makeup artist byfatinani, terserlah keayuan isteri kepada Mohammad Aizat Ahmad Nazri yang lebih dikenali sebagai Jiggy Masin.
Selepas 7 Bulan Berkahwin, Dhabitah Sabri Buat Resepsi

Selepas 7 bulan jadi suami isteri, baru sekarang boleh buat majlis persandingan mereka. Ini disebabkan jadual ketat Dhabitah yang terikat dengan pelbagai latihan dan kejohanan dunia.
Tanggal 11 November lepas akhirnya pasangan mempelai ini diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah dan indah di Royale Palace, Cyberjaya.
Berkongsi video kemeriahan majlis, ujar Dhabitah, “Alhamdulilah selesai sudah majlis persandingan kami. Thank you everyone for coming to celebrate our happy moments together.
Kepada yang datang kami nak minta maaf kalau ada kekurangan. Doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.”


Dhabitah kelihatan anggun menggayakan busana eksklusif bertemakan rona lilac ilham Altelia Amani. Sedondon dengan suami tersayang yang segak dalam persalinan sut.
Selain diraikan ahli keluarga dan sahabat handai, pasangan romantis ini turut menerima kehadiran Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Hannah Yeoh.
Jelas tergambar kebahagiaan pasangan ini yang nampak serasi, didoakan semoga terus menyulam cinta sehingga akhir hayat.
Kredit gambar: byfatinani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zara Zya Dikatakan Tak Laku, Otak Jadi Penat Disoal Tentang Kahwin

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini aktres Zara Zya dikatakan tak laku sebab lewat kahwin, malah isu ini buat dia mudah tersinggung apabila terlalu kerap berdepan soalan tentang perkahwinan daripada orang ramai.
Ya, sebenarnya tak salah tanya pasal kahwin tetapi biarlah berlapik. Kadang pulang sahaja ke kampung, pasti inilah menjadi persoalan ramai tertanya-tanya bila hendak akhiri zaman bujang.
Zara Zya Dikatakan Tak Laku, Otak Jadi Penat Disoal Tentang Kahwin
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun rezeki dalam hal jodoh masih belum memihak.
Biasalah, orang di sekeliling suka ‘mengasak’ dengan pertanyaan-pertanyaan jodoh yang tidak mampu dijawab.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, disebabkan perkara itu, dia menjauhkan diri daripada orang ramai kerana enggan terus dihakimi berkaitan hal peribadi.
“Dua hari lalu saya menangis dalam siaran langsung TikTok sebab orang asyik bertanya hal peribadi.
“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya tidak peduli tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.
“Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang sejak kebelakangan ini menyinggung perasaan saya,” katanya.
Boleh Disoal Tapi Dengan Cara Yang Betul
Bukan bermakna dirinya tidak boleh menerima teguran tetapi haruslah dengan cara yang lebih sopan dan elok didengar.
“Tidak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri tetapi ada yang buka mata untuk mengecam.
“Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi cara percakapan itu menggores hati saya.
“Saya gembira sahaja dengan hidup saya, namun apabila kerap dihakimi memang membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” ujar pelakon drama Kerasnya Takdir itu.
Pilih Duduk Rumah Sebab Nak Jaga Hati Sendiri
Bukan hanya menjejaskan kesihatan mental, dia mengakui setiap kata-kata negatif yang diberikan kepadanya turut membuatkan dia mengambil pendekatan memencilkan diri daripada orang ramai.
“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang sehingga rasa patah semangat untuk membuat siaran langsung dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.
“Saya juga guna pendekatan tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah selain sudah dua bulan berehat daripada berlakon.
“Selama ini orang sering melihat saya gembira namun hakikatnya saya sendiri tidak menyangka impaknya sebegini impaknya begini,” ujarnya lagi.
Pada Februari lalu, nama Zara menjadi bahan bualan ramai didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan selepas tular sebuah video sedang disarungkan cincin.
Namun, andaian tersebut meleset apabila video tersebut hanyalah gimik promosi sebuah produk kecantikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI