
Perkahwinan bertemakan ‘rustic’ sentiasa menggabungkan tempat dengan keindahan alam semulajadi yang sangat tenang.
Ia biasanya dihias kerusi kayu dan dikelilingi dedaun hijau. Tema ini juga memberi nafas baru kepada dekorasi perkahwinan idaman anda.
Walaupun ia ringkas tetapi anda pasti akan terpegun bila melihat hasilnya. Boleh jadi tema inspirasi perkahwinan anda!




Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Wooden Storage Bench Sebagai Hiasan Dalam Rumah, Kemas Hasil Suami Isteri

Ada banyak fungsi wooden storage bench dalam hiasan rumah, bukan sekadar tempat duduk tetapi boleh juga diletakkan barang yang anda rasa sesuai.
Adanya bangku jenis ini, bukan sahaja menjadikan masalah storage dapat diatasi malah secara tidak langsung menaikkan seri rumah.
Pilih Wooden Storage Bench Sebagai Hiasan Dalam Rumah
Tidak perlu beli di kedai perabot, anda boleh lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini.
Cerita suami isteri ini, “Kami bermula dengan projek DIY kecil kecilan di kuaters guru. Masih banyak lagi ilmu bidang pertukangan yang boleh dipelajari.”
Melihat hasil DIY yang kemas dan cantik, membuatkan ramai yang teruja untuk turut memiliki ruang penyimpanan seperti ini.
Apatah lagi kos untuk menyiapkannya tidaklah mahal, difahamkan kos kayu yang digunakan hanya RM 400 sahaja.
Menyempurnakan lagi rekaan storage bench turut digunakan kayu jenis rubber wood sebagai kemasan top.
Jadi, kalau anda suka ruangan seperti ini, boleh lah tiru dan cuba letakkan di tempat yang sesuai.
Sumber : Suzaitul Adwini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Konsep Moden Ala Inggeris Menghasilkan Sentuhan Mewah & Romantis

Tema dekorasi merupakan magnet sesebuah majlis. Ia menjadi tumpuan para tetamu yang datang meraikan hari bahagia. Setiap ruang wajib diberi sentuhan magis berkonsepkan tema yang diidamkan pasangan ratu dan raja sehari.
Dekorasi singgahsana bertemakan konsep moden ala Inggeris ternyata menghasilkan sentuhan mewah dan romantis. Rona warna putih dan hitam yang dipilih memberi gambaran mewah buat si raja dan ratu sehari.
Seakan menterjemahkan rasa cinta yang bergelora dalam jiwa, ia dipantulkan pada keindahan rekaan seni kreatif dekorasi sesebuah pelaminan.
Pasti si raja sehari gembira dengan hasil yang ditampilkan lantas idea pelamin yang diidam dapat direalisasikan. Ternyata warna-warna monokromatik ini ternyata menjadi warna yang sering digunakan untuk majlis bertemakan konsep moden ala Inggeris.
Antara seni dekorasi pelamin yang berjaya menjentik pandangan ialah hasil sentuhan Kayangan Gallery. Dekorasi pelamin yang diciptakan oleh Kayangan Gallery sentiasa memilih rona-rona monokromatik untuk menghasilkan sentuhan mewah dan minimal. Dengan penggunaan aksesori seperti kristal candelier, platform marble dan lilin pastinya menambahkan lagi kesan dramatik pada dekorasi pelamin.
Kayangan Gallery kebiasaannya memberi peluang kepada pelanggannya untuk memberitahu idea dan konsep yang diidamkan. Pelanggan akan diberikan cadangan dan idea terbaik berdasarkan konsep yang digambarkan.
Kayangan Gallery juga akan menerangkan kepentingan pilihan warna, kedudukan pelamin, dan pencahayaan yang sememangnya merupakan faktor penting bagi sesebuah majlis resepsi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea Hantaran Tutup Yang Boleh Korang Buat Untuk Majlis Kahwin Nanti

Dulang hantaran sememangnya menjadi benda yang utama pada majlis pertunangan dan pernikahan. Ia merupakan satu kemestian dan malah sudah menjadi adat.
Dulang hantaran ini telah menjadi simbolik utama pada setiap majlis pertunangan dan perkahwinan.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengubah style dulang hantaran ini menjadi satu trend dengan mengubahnya secara ‘tertutup’. Macam mana tu? Jom kita lihat di bawah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI