Hubungan

Jadilah Lelaki & Wanita Yang Baik, Insya Allah Jodohmu Akan Menjadi Baik Di Sisimu

Share

Lelaki yang baik tidak akan tergoda dengan wanita lain dan wanita yang baik juga tidak akan merebut hak milik orang lain. Ketahuilah bahawa lelaki yang baik tidak akan pernah tergoda dengan wanita lain ketika dia sudah memiliki wanita di dalam hidupnya.

Dia tidak akan mudah tertarik kepada wanita lain walaupun dia sedar yang wanita lain lebih cantik,lebih mempersona,dan lebih menarik, namun hatinya tidak mudah goyah dengan itu semua.

Walau apa pun berlaku dia akan tetap menjadikan wanitanya sebagai satu satunya wanita di dalam hidupnya setelah ibunya,yang tidak akan berpaling dan tidak akan meninggalkan wanitanya demi wanita lain yang terlihat lebih cantik dan lebih menarik. Begitu juga dengan si wanita. 

Kita hidup berpasangan. Jika kita mahu pasangan kita menjadi baik, maka kita perlu menjadi antara salah seorangnya dahulu. Buang tabiat lama dan mulakan dengan kehidupan yang baru bersama pasangan.

Jangan risau jika pasangan anda tidak seperti yang anda harapkan. Mungkin ia memerlukan masa. Apa yang anda harus buat adalah bersabar dan terus berdoa. Jangan terlalu menghukum seseorang itu. Masih banyak lagi waktu anda dan dia perlu perbaiki. Insyaallah semuanya pasti akan baik-baik sahaja.

 

Published by
NanyRahman