Perasaan cinta itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Ia datang tanda diduga dan boleh berakhir begitu saja jika ia tidak dijaga dengan baik. Oleh sebab itulah cinta perlu dipelihara agar ia terus bersemi buat selamanya. Namun, apakan daya sekiranya cinta yang disemai penuh rasa kasih dan sayang boleh berentakan dan putus di pertengahan jalan.
Sebelum ia berakhir dan membuat anda kemurungan, lebih baik anda bersedia dengan keadaan ini. Sebaiknya, ketahui petanda yang si dia mula beralih arah daripada anda sekali gus membuatkan cinta kalian semakin memudar.
Ingin tahu apa petanda si dia mula beralih arah? Di sini Pesona Pengantin kongsikan enam petanda utama agar anda bersedia untuk menghadapinya.
Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain anda. Ini kerana pasangan mungkin sudah tawar perasaannya kepada anda. Keinginan untuk bersama juga tidaksegebu seperti dahulu. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.
Pergaduhan sekali-sekala mereupakan perkara biasa. Ia memang lumrah dan ada masanya perlu untuk mengeratkan lagi hubungan. Tetapi jika pergaduhan kecil itu sudah seperti tabiat yang acap kali bertemu, maka itu merupakan petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil hama sebesar gajah bermakna ada masalah perhubungan yang kalian berdua takut untuk menghadapinya. Adakah ketakutan untuk berterus-terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau, adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting daripada diri anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama orang lain ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau sudah jadi begini, perpisahan awal mungkin jalan penyelesaiannya. Kesimpulannya, usahlah menyandarkan harapan sejak awal perkenalan jika anda sendiri sudah maklum yang anda bukanlah pasangan impiannya.
Jika pasangan masih lagi bertemu anda tetapi kurang berbual atau tidak semesra seperti selalu, itu antara pembayang bahawa hubungan kalian semakin kegeringan. Anda harus ingat, komunikasi adalah azimat yang paling hebat dalam memanjangkan usia perhubungan. Tanpanya, hubungan boleh berada di ambang kemusnahan.
Si dia mungkin tiada ikhtiar lain untuk menjauhkan diri daripada anda. Si dia juga tidak sanggup membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan anda. Jalan pilihan terbaik ialah dengan memarahi anda agar ia boleh membangkitkan rasa kebencian di hati anda seterusnya mendorong anda untuk memutuskan hubungan dengannya.
Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu berasa tidak selesa dengan perkara atau subjek yang ingin dijauhinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri daripada anda, anda patut risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon. Atau, jika diajak bersantai seperti selalu, ada saja alasan yang diberikannya. Lebih parah, jika si dia menjawab panggilan telefon anda dengan cara acuh tidak acuh.
Jadi inilah antara enam metafora yang boleh menunjukkan sesebuah hubungan bakal terjejas. Justeru, sebelum ‘kemusnahan kecil’ asmara ini melanda dan meragut sebahagian daripada hidup anda, ada baiknya anda awasi petanda-petanda ini. Dan ingatlah, hidup ini penuh makna dan pastinya terlalu singkat untuk dibazirkan semata-mata kerana melayan kekecewaan.