Jaga Muka, Lenyapkan Jerawat Hanya Dengan Produk Bawah RM50
EUCERIN Pro ACNE Solution Toner (200ml)
Toner sesuai untuk kulit berjerawat

Dirumus khas dengan formula anti-bakteria yang mengandungi 2% Lactic Acid, mampu untuk membersihkan pori-pori tersumbat, menghalang pembiakan bakteria dan mencegah masalah kulit muka tanpa mengeringkan kulit.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini disahkan selamat untuk digunakan oleh anda yang mempunyai masalah kulit dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat. Produk ini juga selamat digunakan untuk wanita hamil kerana tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kandungan.

Jaga Muka, Lenyapkan Jerawat Hanya Dengan Produk Bawah RM50

NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Lotion (120ml)

Ads

Moisturiser untuk kulit berjerawat

Losyen ini bertindak sebagai pelembab yang berfungsi sebagai penyerap minyak berlebihan pada kulit wajah serta berkesan untuk menghapus jerawat degil. Tekstur losyen khas ini sangat lembut pada kulit dan dapat membantu mengimbangkan kadar kandungan air dan minyak pada kulit wajah dengan sempurna. Pelembap ini juga dapat mengekalkan solekan anda agar bertahan lebih lama tanpa perlu “touch-up” sepanjang hari.

Jaga Muka, Lenyapkan Jerawat Hanya Dengan Produk Bawah RM50

Ads

COSMODERM Tea Tree Oil Day & Night Moisturizer

Krim terbaik untuk digunakan pada waktu siang

Cosmoderm Tea Tree Oil day & Night moisturiser adalah pelembab dwi-tindakan yang bertindak sebagai primer dan pelembab untuk sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berjerawat.

Ads

Dirumus khas dengan pelembap berasaskan air yang sesuai digunakan sebagai asas sebelum mekap untuk mendapatkan solekan yang lebih semulajadi. Ia juga bertindak sebagai krim siang bagi memberi perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan kulit wajah.

Jaga Muka, Lenyapkan Jerawat Hanya Dengan Produk Bawah RM50

B.liv No Spots, Bye Dots (130ml)
Gel cleanser khas untuk kulit berjerawat

Gel pembersih ini dapat membersihkan kulit yang bermasalah seperti parut dan menghapuskan sel-sel kulit mati yang tidak sihat pada permukaan kulit wajah.  Ia membantu menghalang bakteria dan memelihara agar kulit menjadi lebih licin dan berseri.

Dirumus khas dengan bahan aktif utama, asid Salicylic yang bertindak sebagai agen pengelupasan serta memulihkan kulit wajah dari kesan jerawat manakala Triclosan berfungsi sebagai antiseptik dan mencegah jerawat. productnation

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI