Kadang-kadang kita terfikir, kenapa doa kita tidak dimakbulkan. Lepas tu mulalah kita buruk sangka kepada Allah. Padahal kita sendiri masih ada banyak kekhilafannya. Untuk berdoa, kita perlulah jaga adab.
Saat beribadat dan solat khususnya, abdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Mencari khusyuk bukan mudah tetapi tak salah jika kita belajar. Selepas solat, ambillah masa untuk memohon doa kepada Allah kerana Allah sentiasa mendengar dan melihat apa yang kita lakukan. Selalunya kita nak cepat habiskan solat untuk meneruskan kerja yang tak pernah habis. Betul tak?
Terlalu banyak perkara yang ingin dipohon daripada Allah tetapi adakah cara kita berdoa sudah cukup sempurna untuk kita meminta-minta kepadaNya? Jom baca tips ini mudah-mudahan ada yang ingin memperbetulkan cara berdoa.
Tip 1
Sebelum mula berdoa, pujilah Allah SWT. Perbanyakkan zikir puji-pujian.
Tip 2
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 3
Pohonlah hajat yang diingini. Jika boleh, biarlah hajt itu berbentuk umum.
Tip 4
Berdoalah dengan doa-doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad. Belek Al-Quran dan pilih doa yang terbaik. Kalau boleh, janganlah baca doa yang sama sahaja.
Tip 5
Bila berdoa, tutup dengan penutup yang baik. Berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 6
Jangan letak tangan di bawah. Angkat tangan setentang muka atau angkat lebih tinggi dari muka (untuk lelaki). Tangan terangkat dan muka mendongak.
Tip 7
Jangan berdoa sambil lewa. Tunjukkan kesungguhan saat menyampaikan doa.
Tip 8
Berdoa selepas solat adalah yang terbaik. Jangan tinggalkan peluang berdoa saat selesai solat.