Jika berpuluh tahun menggunakan set sofa yang sama, tentu fabriknya sudah nampak kusam. Andai ingin ditukar baharu, kosnya pula boleh tahan, cecah ribuan ringgit. Ada jenis penutup fabrik sarung sofa pakai sarung je tapi untuk sementara boleh lah kot dan pilihan warna pun tak banyak dan ada yang tak kena dengan tema ruang tamu.
Mencari alternatif, apa kata kita lakukan diy sepertimana yang dikongsikan oleh Ya Mieza. Terbukti kos yang diperlukan jauh lebih murah dan hasilnya memang puas hati dan nampak wow.
Ads
Assalamualaikum.. w. b. t.. disini saya ingin kongsikan gambar cara-cara saya memperbaharui fabrik sofa yang telah tular hasil perkongsian saya di sebuah group deko.
Bukan saja cantik malah menjimatkan…Benda bole buat sendiri.. buat apa nak tempah. Ini gambar step by step pasang sarung sofa. Harap dapat membantu rakan-rakan. Material kain english cotton 3+2+1 seater menggunakan 21 meter kain.
Ads
Alatan yang digunakan
Stapler gun
Jarum peniti
Jarum jahit
Benang
Gunting
Playar (untuk mencabut stapler jika tersilap)
Step 1 : Gunting fabrik ikut ukuran bahagian tepi sofa.
Step 2 : Perkemaskan dengan peniti dan kemudian dijahit jelujur.
Step 3 : Letakkan fabrik pada bahagian atas lengan sofa.
Step 4 : Lipat kemas dan dijahit jelujur.
Step 6 : Perkemaskan dan tegangkan fabrik di bahagian dalam dengan menggunakan stepler gun.
Step 7 : Kemaskan bahagian bawah sofa menggunakan stepler gun.
Ads
Ekstra tip : Gunakan tali aksesori untuk memberi sentuhan lebih sempurna dan nampak lebih kemas pada bahagian jahitan tadi.
masuk terjun dalam bowl semua
6 biji telur
1 sb ovalate
1/4 cawan susu tepung
1 cawan gula halus(200g)
1/4 cawan susu segar(60g)
220g /2 cawan tepung self rising
Campurkan semua bahan mix slow speed 2 mnt up pd hight speed sampai gebu, slow kan volume mixer 2-3 saat masukkan minyak 100g ( 1/2 cawan minyak masak) kacau sebati
Bahagikan beberapa bahagian
setiap bahagian letak perise mesti ade 3 perisa ni wajib
A contoh ya dan letak kan pewarna kuning atau ori perise pisang
B contoh warna hijau letak perasa nenas
c contoh warne merah letak perasa tuty fruity (buah buahan)
Guna pewarne cecair je oil base
Susun sesenduk2 sampai habis last corak kan ikut kreativiti,
Panaskan oven.Guna tingkat bawah sekali letak loyang suhu 150-160 masa 1jam.Kalau oven kecil suhu begitu kdg cepat masak
Bila masak sisip kan tepi2 kek dan tebalik kan atas redai 2-3 mnt je bukak loyang dan keluakan atas redai bia 2-3 jam baru dapat corak atas kek tu kalu nak jual sebijik kalau nak potong-potong tak perlu tunggu lama, selamat mencuba anak2 mak.balik kg hati2 ya.
kredit: hani nisha
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidangan Pad Krapow memang cukup sempurna, tidak perlu lain pesan menu lain sebagai pelengkap. Makan pula dengan nasi panas dan telur mata goyang, kenyang sehari. Ayam juga boleh digantikan dengan daging.
Terima kasih Muza Muzawati atas perkongsian resipi.
.
Bahan :
Bawang putih – kisar
Cili merah – kisar
Cili padi – kisar
Isi ayam
Sos tiram
Sos ikan / sos sotong
Kicap
Gula
Perasa
.
.
.
Cara :
Tumis bawang putih bersama cili merah dan cili padi yang dikisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan isi ayam kisar. Goreng sehingga airnya kering.
Masukkan sos tiram, sos ikan atau sos sotong dan sedikit kicap. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya. Perasakan dengan gula dan perasa. Tidak perlu masukkan garam.
Selepas itu masukkan pula kacang panjang atau kacang buncis dan daun selasih.
Bagusnya Dato Alha Alfa kongsi tip buat pewangi rumah sendiri, jimat poket suami isteri yang suka suasana kemas dan bersih.
Kalau sebelum ini anda terus beli pewangi yang sudah siap, kali ini apa kata cuba DIY sendiri, yang penting wangi dan tahan lama. Barulah pasangan kita selesa duduk rumah.
Tip Buat Pewangi Rumah
Bahan-bahan:
Baking soda – 2 sudu
Ajax Fabuloso – 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran.
Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan cita rasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Cara membuat:
Satukan semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas.
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Ingat, anda boleh mengubah jumlah minyak pati atau jenis minyak pati yang digunakan untuk mencipta pewangi yang sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, sesuaikan juga jumlah garam dan vinegar mengikut keperluan anda.