Jalan Cerita Hidup Manusia Berbeza. Cukuplah Buat Perbandingan, Kan Lebih Baik Bersyukur.

Share

Setiap individu mempunyai jalan hidup yang berbeza dan tidak akan pernah sama dengan orang lain. Maka, jangan selalu membandingkan dengan apa yang sudah kita dapatkan dengan apa yang orang lain miliki kerana sampai bila-bila, ia tidak akan pernah sama.

Bersyukurlah dengan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Anda harus menerima apa yang Allah berikan dengan tulus. Jangan sibuk memandang apa yang orang lain miliki.

Sekarang mungkin anda memiliki pekerjaan yang kurang baik, keluarga yang tidak sebahagia orang lain atau pasangan yang tidak menyenangkan hatimu. Tetapi pasti ada perkara yang baik terjadi dalam hidupmu yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Foto: Instagram Dewi Sandra

Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan perkara indah yang berlaku dalam hidup orang lain kerana pasti ada perkara yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam hidup mereka. Tentunya mereka tidak memberitahu hal ini kepada anda.

Jagalah hatimu. Bukankah Allah sudah beri kenikmatan luar biasa yang sesuai dengan keperluanmu? Maka bersyukurlah sebanyak-banyaknya.

Anda berkata apa yang anda miliki terlalu sedikit dan kecil nilainya kerana anda melihat apa yang orang lain miliki lebih besar daripada anda sehingga anda lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan.

Foto: Instagram Dewi Sandra

Sekarang, belajarlah untuk menghargai apa yang telah diberikan. Rendahkan hatimu dan terima pemberian Allah dengan ikhlas. Dalam tak sedar, banyak perkara indah yang telah Allah berikan sehingga tidak terhitung.

Berterima kasihlah kepada Allah dalam setiap keadaan kerana disitulah hatimu akan senang dan tenang menerima setiap pemberian Allah kepadamu. Bersyukurlah…

Published by
Anis Nor