Jambangan Sirih Junjung

Share

Kombinasi sirih yang digubah mewah dengan kehadiran bunga-bunga segar menjadikan gubahan ini tampak eksklusif dan mewah. Malah menjadi pelengkap adat untuk sebuah majlis pertunangan atau perkahwinan.

Bahan-Bahan
• Gunting
• Daun sirih
• Bunga hiasan
• Span hijau
• Pembalut hijau
• Bunga cengkih
• Lidi
• Dulang

Langkah-Langkah:
1. Ambil sirih dan gulung batangnya bersama lidi dengan pembalut hijau.


2. Kemudian,cucuk di atas span hijau.
3. Ambil bunga hiasan dan cucuk di atas span hijau.
4. Ambil pula bunga yang lain. Kemudian hiaskan.
5. Cucuk bunga cengkih.
6. Ambil penutup dulang putih dan hiaskan dengan kemas.

 

 

Published by
Putri Adila