Cinta itu sememangnya indah buat pasangan yang sedang berkasih. Ikatan cinta yang dijalin pastinya ingin diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Cinta yang dibina harus disulam dengan kasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, bukan semua cinta berakhir dengan kisah gembira. Jika pasangan tidak memberikan komitmen yang secukupnya buat hubungan tersebut, ia boleh berakhir dengan kedukaan. Oleh sebab itu, setiap pasangan yang bercinta pasangan harus saling menghormati agar cinta bertahan lama dan berkekalan.
Jom kita lihat 7 sebab cinta tidak mampu bertahan lama! Jangan ambil mudah ya!
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Anda mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
Menjadi perkara yang cukup tidak disukai bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.