Anak adalah tanggunjawab yang telah diamanahkan Allah kepada ibu bapa. Tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak bukanlah mudah seperti yang disangka. Banyak cabaran yang perlukan kesabaran yang tinggi buat ibu bapa semasa membesarkan anak-anak.
Lumrah ciptaan Allah,setiap manusia mempunyai perbezaan. Didalam perbezaan itu ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Sebagai seorang hamba,kita seharusnya menerima apa yang dikurniakan Allah itu dengan redha dan hati yang penuh syukur kepada Allah.
Sebagai seorang ibu dan bapa adalah tidak wajar membeza-bezakan anak. Amalan ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan tidak baik untuk sosial didalam sesebuah institusi keluarga. Kadang kala ada ibu bapa membeza-bezakan anak-anak daripada segi ciri fizikal mereka.
Sebagai contoh didalam lima anak yang dilahirkan, empat orang anak semua dilahirkan putih tetapi seorang itu hitam dan agak kurang cantik. Disebabkan itu,ibu bapa membeza-beza kan anak-anak. Anak-anak yang comel diberikan layanan yang baik tetapi yang hitam itu layanan tidak baik. Disuruh buat sesuatu kerja yang berat dan kotor yang kadang-kala sama sekali tidak adil untuknya.Sedangkan anak-anak yang comel bersenang lenang.
Ibu bapa juga suka mengulang-ulang perkataan yang tidak baik kepada anak. Kata “kau anak pungut” ” Ini bukan anak ayah ni,hidung tak mancung”. Aduh..Tuan puan,perkataan tu sangatlah pedas dan menusuk hati anak-anak. Anak itu memang tidak melawan,sebab masih hormat kepada ibu bapa. Ada juga ibu bapa marah anak semasa hendak makan. Anak tetap diam untuk makan sebab mereka lapar. Tapi perkataan kita tu akan mereka ingat sampai bila-bila.
Apabila anak mula bersekolah,setiap anak mempunyai prestasi akademik masing-masing. Sudah lumrah, setiap anak itu bukan kesemuanya pandai. Ada yang bijak,ada yang sederhana dan ada yang agak perlahan didalam pembelajaran tetapi mempunyai kelebihan lain seperti didalam sukan,melukis dan sebagainya. Anak -anak yang bijak pandai,dipuji,disanjung. Tetapi anak yang tidak bijak ini dimarahi,dilayan dengan layanan kurang baik. Ada yang kadang-kala dilayan seperti layaknya seekor haiwan. Hati mereka diguris sehinggakan ada yang sanggup berkata ” Anak ayah semuanya pandai-pandai,tapi kau ni tak pandai,bodoh ni,ikut keturunan mak kau”. Ya Allah, menangis anak tu. Walaupun zahirnya tidak nampak menangis,tetapi dalam hati nya siapa yang tahu.
Kata-kata kita itu membuat mereka benci kepada ibu dan ayah. Akhirnya apabila mereka dewasa,mereka menjauhkan diri daripada ibu dan ayah. Mereka mula bersifat keras dengan ibu bapa. Mereka tidak pedulikan lagi hal ibu bapa sampailah apabila tiba hari tua ibu dan ayah.Sudah melarat,terlatar diatas katil. Mereka tidak juga mempedulikan ibu dan ayah. Masih terngiang-ngiang ditelinga apa yang ibu dan ayah katakan pada mereka sewaktu mereka kecil walaupun perkara itu sudah berlalu berpuluh tahun lamanya. Kata-kata itu sentiasa berbekas didalam hati mereka.
Wahai ibu,wahai ayah. Janganlah beza-bezakan anak kita itu. Mereka itu anak kita,mahukan perhatian kita. Mahukan kasih sayang kita. Fizikal mereka,kekurangan mereka itu bukan mereka minta. Tetapi Allah yang berikan pada mereka. Sekiranya mereka boleh memilih jasad mereka,boleh memilih kepintaran dan juga hal kelebihan dari sudut rezeki mereka sudah tentu mereka memilih yang paling terbaik jika itu boleh membahagiakan anda. Tetapi jauh sekali,itu semua tidak mungkin terjadi. Apa yang dikurniakan oleh ini terima seadannya dengan hati terbuka. Mungkin kekurangan anak itulah satu bentu ujian yang Allah berikan kepada ibu bapa. Tapi selama ini kita tidak sedar.
Sumber : Pakar motivasi Hj Hussim Hj Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI