Jangan Biarkan Isteri Menangis Sendirian, Peluklah Agar Dia Rasa Sentiasa Diperlukan

Share

Sebaik suami melihat isteri mengalirkan air mata di hadapan anda, jangan biarkan dia menangis bersendirian. Rangkul dan peluklah erat isterimu supaya dia merasa tenang  dalam dakapan suami.

Apabila isteri mengatakan tentang kesalahanmu, tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, dia menyebutnya kerana dia peduli padamu!

Apabila isteri sedang susah hati dan mengabaikanmu, jangan ikutinya tidak peduli, ini adalah masa untuk anda melayannya dengan baik. Buang ego anda wahai suami.

Apabila isteri tidak mahu bercakap dan memalingkan tubuhnya meninggalkanmu, kejarlah dia. Jika betul anda  mencintainya, adakah anda rela meninggalkannya sendirian?

Gambar Sekadar Hiasan

Apabila isteri berkata, “Awak pergi, saya tidak mahu bercakap dengan awak.” Jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya di bibir saja, sedang dalam hatinya tidak bermaksud demikian. Sebenarnya itulah ketika di mana dia sangat memerlukan anda!

Apabila isteri marah, hatinya dalam keadaan tidak tenang dan tidak mahu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu makan. Belilah makanan kesukaannya, tunggu sampai hatinya sejuk sikit dan hulurkan makanan padanya. Jangan ugut yang awak juga tidak mahu makan!

Hargailah isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamanya! Kadang-kadang, berkompromi bukanlah bererti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami!

Sumber: Rahsia perkahwinan

Published by
Bella