Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Pelbagai cara dilakukan demi memastikan diri sentiasa kelihatan anggun dan menyerlah. Memenuhi hasrat wanita yang sentiasa mahukan wajah yang tampil bermaya dan meremajakan wajah, Swissline memperkenalkan produk penjagaan kulit dengan satu produk klasik yang diperbaharui dan dihidupkan semula.
Setelah sedekad lamanya sejak pelancaran Cell Shock Age Intelligence™, rangkaian produk kelahiran-Swiss ini yang menangani masalah penuaan kulit telah beralih daripada pendekatan menggunakan penentangan terhadap pematangan kulit kepada pendekatan berevolusi dalam meningkatkan potensi pemulihan sendiri kulit itu – dengan merangsang keremajaan.
Pada tahun 2018, sains baru ini telah dipertingkatkan lagi untuk Cell Shock Age Intelligence™ bertujuan untuk menangani gaya hidup urban seperti stres, keletihan, kerosakan akibat pancaran matahari dan kehidupan berparti yang serius dan kesannya telah membuatkan wanita menua dengan lebih cepat.
Cell Shock Age Intelligence™ Swissline dengan ramuan utamanya Recovery Serum berserta empat booster bertujuan untuk menyerlahkan individu melalui penjagaan kulit yang dipadan suai tatkala berkisar sekitar konsep kecantikan dipertingkatkan. Konsep Kecantikan Dipertingkatkan’ melalui produk Booster untuk memberikan hasil dan manfaat yang (dipertingkatkan) apabila dicampurkan bersama dengan Recovery Serum.
Recovery Serum – Ramuan Utama Cell Shock Age Intelligence™
Kulit bukan sahaja menua tatkala anda meningkat dari segi usia, gaya hidup urban juga boleh menyebabkan penuaan pra-matang. Dengan mengatasi kesan-kesan penuaan kulit dan gaya hidup urban dengan mudahnya, serum bebas-paraben dan bebas-allergen ini mampu membawa satu penampilan wajah yang disatukan dan berseri. Direka untuk kegunaan harian, serum ini sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan untuk memanjangkan lagi kesan perangsangan keremajaan.
Ads
Diperoleh daripada tumbuhan Centella asiatica, yang juga dikenali sebagai “herba harimau”, Madecassoside® merupakan satu kompaun tulen yang amat mujarab yang telah terbukti mampu memodulasi keadaan yang dicetuskan-stres dan untuk mengimbangi tindakan pembaharuan-sendiri kulit itu. Ia melembapkan dengan mendalam dan menambahbaikkan kelembutan kulit dan melegakan sensasi disebabkan oleh kekeringan.
Cyclopeptide Ronacare® yang memenangi anugerah telah dibuktikan mampu untuk menambah baik struktur kulit dan mengurangkan kedutan sebanyak 15%. Recovery Serum dijual pada harga runcit sebanyak RM798.00.
Cell Shock Cell Shock Age Intelligence™ Recovery Serum Swissline boleh dicampur dengan satu atau lebih booster Age Intelligence™untuk menangani keperluan individu kulit.
Radiance Booster – 10% Vitamin C
Ads
Sifat-sifat antioksidan sedia ada menyerlahkan pelbagai manfaat untuk kulit termasuk kesan-kesan menerangi dan berseri pada wajah kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan. Booster yang mengandungi satu formula unik, Stay-C® 50 dan apabila Vitamin C yang paling aktif tetapi kurang stabil terbentuk, L-ascorbic bergabung dengan Ascorbyl Sodium Phosphate, sekaligus meningkatkan hasilnya. Radiance Booster dijual pada harga runcit sebanyak RM388.00.
Source Booster – 1.5% Asid Hyaluronik + NMF + ATP
Asid hyaluronik menyampaikan kesan penghidratan dengan satu konsentrasi sebanyak 1.5% untuk mencapai kesan penghidratan-pelbagai kedalaman dan kegempalan. Formula ini dipertingkatkan lebih lanjut lagi oleh satu molekul tenaga ATP (adenosin trifosfat) bersama-sama dengan Faktor Pelembapan Semulajadi (NMF) kulit, menjadikan garis-garis halus kurang tampak dan turut dipertingkatkan juga adalah lain-lain ramuan anti-penuaan. Source Booster dijual pada harga runcit sebanyak RM388.00.
Ads
Perfection Booster – 10% Asid Laktik
Satu konsentrasi sebanyak 10% Asid Laktik menawarkan satu penyelesaian pengupasan yang kuat namun lembut untuk mensasarkan pada ketidaksempurnaan kulit, untuk satu tekstur yang segar dan dihalusi dengan pengurangan dalam saiz liang dan garis-garis halus. Perfection Booster dijual pada harga runcit sebanyak RM388.00.
Evenness Booster – 2% Alpha-Arbutin
Alpha-Arbutin yang pantas menembusi memberi impak mendalam kepada kulit untuk menyingkirkan pigmentasi-hiper dan mencerahkan penampilan kulit, menghasilkan satu tona kulit yang sekata. Evenness Booster dijual pada harga runcit sebanyak RM388.00.
Produk-produk Swissline boleh didapati di lebih daripada 50 buah salun kecantikan ahli-ahli Cheerful Beautique di seluruh negara di Malaysia, termasuk Energy Day Spa di Great Eastern Mall (Ampang).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mondelez International hari ini memperkenalkan varian produk terbarunya, Oreo Chocolate Coated cookie, ke pasaran Malaysia. Dengan harga pada RM2.70 setiap paket, produk baru ini merupakan kerjasama antara dua jenama kegemaran Mondelez International – Oreo dan Cadbury Susu Susu.
Gabungan coklat cadbury dan biskut oreo memberikan lagi kelazatan pada makanan tersebut. Kelainan yang dibuat adalah untuk mencipta produk “yang bebas dari acuan konvensional variasi produk lain”.
Pasti dengan Oreo Chocolate Coated akan memberi inspirasi kepada para pengguna untuk terus menikmati dengan cara mereka untuk menghasilkan cara yang lebih kreatif dan menyeronokkan untuk memasuki produk ini.
Produk ini juga menghasilkan sentuhan baru dalam ikon “Twist, Lick, Dunk” yang ikonik dalam memakan cookie.
Dengan biskut Oreo yang dilapisi coklat Cadbury Susu Susu, ungkapan baru “Lick It, Crunch It” diperkenalkan untuk Oreo Chocolate Coated.
Mungkin ini adalah salah satu produk yang anda boleh jadikan ‘goodies’ untuk majlis perkahwinan anda! Pasti tetamu menyukainya dengan kelazatan yang baru ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah lali, penyanyi Dayang Nurfaizah memberitahu dia tidak terasa hati walaupun kerap diajukan soalan mengenai jodoh.
Dayang Nurfaizah Sudah Lali Soal Jodoh
Seperti orang lain, Dayang Nurfaizah Awang Dowty juga mempunyai keinginan untuk menamatkan zaman bujang namun rezeki itu masih belum berpihak kepadanya.
Justeru itu, dia memohon agar peminat mendoakan semoga cepat dipertemukan jodoh. Dalam temu bual bersama mStar baru-baru ini, Dayang meluahkan isi hatinya tentang isu ini,
“Saya daripada umur 18 tahun pun orang selalu bertanya mengenai isu bila nak kahwin ni dan sampai sekarang pun orang masih bertanya pada saya soalan yang sama.
“Nak cakap mengenai jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting… Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni.
“Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” katanya lagi.
Terima Takdir Hidup
Jodoh adalah sebahagian dari takdir iaitu ketentuan ALLAH yang sudah ditetapkan saat manusia masih berada di dalam rahim. Sama seperti rezeki dan kematian.
Jodoh merupakan sesuatu yang ghaib atau kata lain tidak ada satu pun manusia yang tahu siapa jodohnya kelak dan bila waktu akan tiba. Kita perlu sangka baik kepada ALLAH walaupun kita belum nampak kebaikan disebalik takdirnya.
Bukan saja orang cepat dapat jodoh itu rezeki. Lambat dapat jodoh juga rezeki. Rezeki hidup lebih dengan ibu bapa. Rezeki lebih bersama keluarga. Rezeki kita tak sama. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Itu salah.
Tapi, kalau kita bandingkan diri kita yang dahulu dengan yang sekarang itu betul. Sebab itu lorong hidup kita masing-masing. Kita tahu tahap kemampuan kita. Kebahagian kita.
Lorong Rezeki Tak Sama
Kalau tengok rezeki Dayang sekarang, dia cukup berjaya dalam kerjayanya. Mungkin Allah lorongkan rezekinya dari sudut itu dulu. Jadi raikan apa yang tiba dulu. Sampai masa nanti, dapatlah jodohnya.
Belajarlah menerima dan menghormati ‘hak’ orang lain, jika jodohnya lambat pun, itu bukan kuasanya. Doa yang baik-baik untuk kebahagiaan hati semua pihak. Begitulah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu Malaysia sudah mengetahui status pasangan yang hangat diperkatakan masa kini antara Fattah Amin dan Fazura. Tempoh hari, kecoh dengan perkhabaran mengenai pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan berwalikan abang kandung pelakon jelita itu.
Teka-teka mengenai status pasangan ideal itu terjawab apabila kedua-dua artis pujaan ramai ini memuat naik video sekitar majlis pernikahan mereka malam tadi. Fattah dan Fazura berkongsi momen dan detik bahagia di majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.
Sejuk mata memandang! Itulah yang dapat digambarkan saat melihat video pasangan sama cantik sama padan ini saat disatukan. Terpancar wajah kegembiraan kedua-dua pasangan apabila perjalanan percintaan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah.
Fazura tampil cukup manis dan sopan dalam persalinan kurung moden yang ringkas dan minimalis. Solekan malar segar ternyata menjadi padanan sempurna buat artis jelita ini. Fattah Amin pula segak dalam persalinan baju melayu lengkap serba putih. Dekorasi indah menjadi saksi terpaterinya ikatan dua hati ini. Gemeresik pelamin nuansa ungu lembut sentuhan Reka Teemor menaikkan lagi keindahan majlis yang diraikan penuh sederhana.
Jom kita lihat video sekitar majlis pernikahan antara Fattah Amin dan Fazura! Bersemut tengok video penyatuan dua hati kesayangan Malaysia ini!