Setiap suami isteri pastinya mempunyai masalah ataupun rahsia dalam rumah tangga yang harus disimpan rapi. Mungkin masalah setiap pasangan berbeza dan mereka perlu menangani hal tersebut dengan sebaiknya tanpa melibatkan orang lain. Ya! Sesetengah hal rumah tangga tidak wajar dikongsikan dengan orang luar terutamanya dengan mereka yang tiada pertalian darah.
Bukan apa, khuatir masalah rumah tangga akan menjadi lebih keruh dengan campur tangan pihak ketiga. Sebaiknya, selesaikan masalah tersebut bersama pasangan tanpa melibatkan orang lain. Silap-silap, takut anda mengaibkan pasangan ketika menceritakan rahsia rumah tangga anda sendiri kepada orang lain.
Oleh itu jom kita lihat 5 rahsia utama dalam rumah tangga yang anda dan pasangan kena zip mulut dan perlu elak daripada bercerita dengan orang lain.
1. MENGUMPAT KELUARGA MERTUA
Siapa tidak pernah terasa hati dengan mertua atau ipar duai, tetapi apa yang anda umpatkan itu lambat-laun boleh sampai ke telinga suami anda. Walaupun dia sudah berkahwin dengan anda tetapi anda perlu ingat yang dia sudah hidup lebih lama dengan keluarganya, pasti ada rasa defensif bila orang yang sayangi terlebih dulu dikata bukan-bukan. Tidakkah itu akan mengeruhkan hubungan anda dan suami nanti?
Ads
Cadangan: Jika anda terlalu terganggu fikiran dengan sikap mentua, keluar dari rumah seketika untuk ‘lepaskan kemarahan’, kemudian pulang ke rumah dan berterus-terang dengan berhemah kepada suami supaya kalian boleh sama-sama mencari jalan penyelesaian bila fikiran sudah lebih jelas.
2. HUBUNGAN INTIM BERSAMA PASANGAN TIDAK SEPERTI DULU
Anda dan suami sudah berminggu lamanya tidak ‘bersama.’ Anda sendiri tidak rasa puas hati tetapi tidak tahu pula apa puncanya. Dalam kekecewaan, anda buka cerita pada teman yang sudah berumahtangga juga. Balasnya, “Samalah kita…” Terus anda akan rasa ianya satu perkara normal dan culas untuk cuba membaiki keadaan.
Ads
Menurut pakar, sikap endah tak endah ini boleh memburukkan lagi situasi cinta di ranjang kalian kerana anda berasa ianya ‘normal’ untuk tidak ‘bersama’ begitu lama. Lagi satu perkara anda perlu fikirkan, benarkah teman anda itu bercakap benar? Tidak semua orang mahu mendedahkan keadaan sebenar kehidupan seks mereka, mungkin dia menyamakan keadaan kalian kerana hendak menjaga hati, padahal dia cukup bahagia bersama suami.
Anda sebenarnya yang kerugian! Justeru, untuk selesaikan masalah ini, satu-satunya orang yang perlu anda jumpa adalah suami anda sendiri. Jika masih tidak dapat selesaikan masalah, apa kata cuba berjumpa dengan pakar terapi perhubungan yang pastinya boleh membantu.
3. MASALAH KEWANGAN
Ads
Dalam mana-mana perhubungan, pasti ada buat kesilapan dan kesilapan berkaitan kewangan adalah paling sensitif kerana banyak juga yang menjadi pencetus penceraian. Sama ada anda atau pasangan tersilap pelaburan atau dihimpit hutang, tidak perlulah menceritakannya pada orang lain kerana ia akan merubah tanggapan terhadap kalian. Untuk membaiki keadaan kewangan kalian, boleh rujuk tip kewangan pada laman web yang sahih atau dapatkan nasihat pakar kewangan.
4. FANTASI HUBUNGAN MESRA SUAMI
Anda punyalah terkejut dengan pengakuan fantasinya itu, sampai tak sabar-sabar nak ceritakan kepada teman baik kerana takut tidak dapat kendalikannya sendirian. Baik jangan, walaupun anda rasa tidak selesa untuk menjadikannya realiti bersama suami. Baik berterus-terang atau cari jalan tengah di mana kedua-dua pihak dapat mencapai kepuasan seksualiti yang diingini. Bayangkan ini: apakah perasaan anda jika suami ceritakan kepada teman-temannya tentang fantasi seks anda? Haru bukan?
5. BILA PASANGAN ANDA ADA ORANG KETIGA
Sama ada ianya curang emosi atau fizikal, rasa laju saya nak luahkan kepada ibu atau teman terapat. Nanti dulu, fikirkan apa impresi yang anda letakkan pada suami jika membuka mulut sebelum kalian dapat selesaikannya bersama terlebih dulu. Oleh kerana orang lain tahu, lebih sukar anda hendak kendalikan situasi kerana bukan saja keadaan dengan suami perlu dijaga, tanggapan orang juga perlu mengganggu fikiran. Seakannya menyerabutkan. Apa kata jumpa pakar perhubungan atau kaunselor untuk luahkan perasaan dan dapatkan nasihat yang tidak berat sebelah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada dalam islam lepas kahwin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu. Selagi nama anak, selagi tu kena bertanggungjawab kepada ibu. Jangan gunakan alasan taat suami lepas tu abaikan ibu.
Islam tak ajar macam tu. Kalau korang anggap begitu pergi la masuk sekolah balik. Kecik2 ustazah dah ajar apa tanggungjawab anak. Kalau ibu miskin, orang susah, kita sebagai anak perempuan perlulahh kerja bantu ibu.
Cukupkan keperluan ibu. Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi lagi mertua yg miskin. Jangan cakap ibu mertua tu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dgn mak kandung sendiri.
Sedihnya ramai isteri harini lepas diri drpd tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Betul taat suami no1. Nak buat apa2 mintak izin suami. Tapi kena ingat, siapa yg lahirkan korang? Siapa yg mengandungkan korang? Siapa yg sekolahkan korang? Siapa yg daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja..siapa?siapa yg banyak berkorban utk melihat korang jadi anak yg berguna? Dah besar jadi takguna pula, lebih sampah drpd sampah.
Jangan lah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Hukum karma itu berulang ulang. Maybe suatu hari hari nanti anak kita pula abaikan tanggungjawab kepada kita.
Kenapa ibu yg besarkan kita dgn kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami tu esok2 boleh cerai kita, kawen lain. Kita terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu tempat mengadu.
kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu.Bagilah apa yg termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.
Suami yang baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu. Suami yg jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dgn ibu. Hidup berumah tangga kena ada tolak ansur. Suami jangan suka2 gunakan kuasa veto utk menghalang isteri berbakti kepada ibu bapa.
Sumber : Raja Nora
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah pasti setiap orang akan diuji dengan ujian tersendiri. Ada yang diuji dengan pekerjaan, dengan keluarga, dengan hubungan, mahupun kesihatan.
Maka sedarlah kita bahawa keadaan tersebut adalah dalam kuasa dan takdir Allah jua. Selain daripada usaha yang boleh dilakukan dengan kudrat yang diberikan Allah SWT, ada doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar nikmat yang telah diberikan kepada kita tidak ditarik kembali, serta musibah juga tidak menimpa.
Dari Ibnu ‘Umar r.anhuma, ia berkata, “Di antara doa Rasulullah SAW, iaitu ‘Allahumma Innii A’uudzu Bika Min Zawaali Ni’matik, Wa Tahawwuli ‘Aafiyatik, Wa Fujaa’ati Niqmatik, Wa Jamii’i Sakhotik’
Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari seksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu).” (HR. Muslim, no. 2739)
Segalanya adalah dalam kuasa Allah, maka hanya Allah yang berhak memberi dan menarik apa jua nikmat kepunyaanNya. Ia bukan tanda Allah tidak adil atau tidak kasih, namun hanya satu bentuk ujian ke atas hamba-hambaNya. Bukankah Dia telah memberitahu bahawa manusia memang akan diuji dengan sedikit kesusahan, kekurangan harta benda jua kesedihan bagi melihat siapakah yang lebih sabar. Namun tidak salah juga untuk berdoa agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.