Bila sudah berumah tangga, urusan rumah tangga kena ambil peduli. Kena tahu tolong mana yang patut. Jangan bagi alasan tak pandai sebab benda boleh belajar.
Bak kata saudara Abu Hurairah Roslan, anda perlu ikut apa yang isteri buat. Jadikan contoh. Jom baca kejap, kemudian betulkan mana yang masih belum siap dalam hubungan suami isteri.
Buat Urusan Rumah Tangga
Kalau orang tanya, macam mana saya menjadi seorang ayah dan suami, jawapan saya simple.
Dari isteri. Ya, isteri adalah cermin untuk saya melihat diri saya sendiri.
Ya, disaat saya melihat kekurangan dan kelemahan dirinya sebagai isteri, ada hikmah dan didikan buat diri saya menjadi suami.
Isteri adalah seperti tongkat bagi orang “buta” seperti saya.
Ads
Ya, disaat saya rasa saya betul dan ketua keluarga, ada banyak ruang dan masalah yang perlu saya betulkan dulu, lalu saya perlu pada ilmu dan panduan untuk menjadi lelaki paling baik dalam keluarga.
“Abang, lepas masak nanti kemas boleh? Saya tak boleh tengok dapur bersepah.”
Teguran dari isteri.
“Abang, nanti boleh tengokkan bilik anak-anak? Saya kadang terlepas pandang,” kata isteri pada satu masa.
“Abang, anak-anak perlu sesuatu. Boleh abang tanya mereka nak apa?”
Ads
Belajar Seni Komunikasi
Semuanya adalah seni-seni komunikasi dalam rumah tangga. Saya belajar semua itu daripada seorang isteri yang prihatin, yang sayang suaminya, yang mahu suaminya teguh, yang mahu suaminya baik.
Namun, penghalang utama itu semua satu saja. Ego kita. Pedih juga bila isteri tegur.
Sakit juga terkena panahan kata-kata isteri kita. Ternaik juga nafsu dan perasaan, hingga kita rasa isteri ni seperti tidak ada rasa hormat dan rasa merendah diri pada suami.
Bukan itu maksud isteri kita. Mereka benar makhluk yang sangat emosi. Mereka benar insan yang sangat perlu pada beribu kata dan makna. Mereka memandang rumah tangga, seribu kali lebih seni dari kita.
Ads
Saya cerita ni, bukan hanya tentang rumah tangga saya. Kalian bacalah kisah asam garam rumah tangga nabi.
Kalian masuklah seminar dan tazkirah tentang hal-hal suami isteri.
Semuanya ada panduan menjadi suami isteri yang lebih baik dari hari ini.
Dalam kesibukan kerja dan ujian hidup ini, jangan lupa pada diri kita yang ayah, suami dan lelaki.
Terima kasih pada sang isteri yang setiap hari memperteguhkan pandangan suami,
Yang selalu mengingatkan bila lupa,
Yang memberitahu bila buntu,
Yang selalu ada setiap masa.
Benarlah, jadi suami baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baju pengantin semestinya akan memainkan peranan penting dalam majlis hari bahagia korang nanti. Bermula dari corak, kualiti hinggalah ke pereka nya sendiri. Memang tidak dinafikan baju kahwin bagi pengantin perempuan adalah yang paling sukar untuk ditentukan berbanding lelaki.
Tanyalah mana-mana bakal pengantin perempuan, tentulah semua mahukan sesuatu yang sentiasa cantik dimata mereka. Situasi inilah menyebabkan mereka sukar untuk membuat pilihan. Tapi, adakah bagi anda sendiri akan menyewa atau menempah sahaja baju pengantin? Berbaloi atau tidak?
Betul, perlbagai pilihan corak dan warna anda boleh pilih untuk disesuaikan dengan tema perkahwinan anda.
4. Tidak perlu menyimpan baju
Anda tidak perlu risau kalau takut hilang kerana anda tidak perlu menyimpannya. Anda boleh tinggal di kedai itu sendiri.
SEBAB MENEMPAH BAJU KAHWIN
1. Saiz mengikut ukuran anda
Pastikan saiz yang anda tempah adalah bentuk badan anda yang terkini. Cutting juga perlu mengambil kira dalam setiap perincian. Kadang kala kalau menyewa tidak kena dengan bentuk badan anda.
Sebelum balik kampung masing-masing untuk beraya, jangan lupa buat check list kali terakhir sebelum bertolak.
Wajib pastikan barang keperluan yang ingin dibawa sudah lengkap disusun di dalam beg untuk memudahkan bila berada dalam suasana ramai-ramai.
Maklumlah, apabila berkumpul bersama adik-beradik dan sanak saudara dalam satu rumah, pasti banyak benda yang tidak cukup untuk digunakan dan mungkin beberapa perkara jadi lambat.
Bagi mengelakkan kejadian berebut itu berlaku, Puan Hani Mynis pernah berkongsi check-list yang perlu dibawa pulang bersama.
1. Sambungan kuasa (power extention) dan pengecas telefon bimbit
Membawa alatan elektrik ini akan memudahkan urusan sekiranya soket elektrik di rumah kampung terhad dan jauh untuk dicapai.
2. Ubat nyamuk elektrik dan kertas mat
Bawa ubat nyamuk untuk digunakan pada waktu malam bagi mengelakkan gigitan serangga apatah lagi di kawasan hotspot denggi.
3. Bakul dobi, jaring dobi dan penyangkut (hanger)
Bakul dobi sangat penting untuk asingkan pakaian agar tidak bercampur dengan baju lain.
Malah, kebarangkalian untuk tertinggal baju juga kurang sekiranya dilonggokkan dalam satu bakul.
Penyangkut baju juga penting untuk menyangkut baju raya dan tudung yang sudah siap digosok.
4. Plastik sampah
Barang wajib dibawa terutama sekali bagi mereka yang ingin membuang lampin bayi dan tuala wanita sudah digunakan.
5. Kit perubatan
Ubat-ubatan adalah penting kerana kebarangkalian untuk terjadinya kemalangan kecil atau jatuh sakit adalah tinggi.
Jangan lupa bawa bekalan ubat mencukupi terutama sekali bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes atau darah tinggi.
Pastikan barang sudah diisi semula dalam bekas ini sebelum balik kampung.
6. Selimut, bantal dan toto
Masalah bantal atau selimut tidak mencukupi boleh dielakkan sekiranya anda membawa selimut dan bantal sendiri dari rumah.
7. Seterika
Bawa seterika anda sendiri bagi mengelakkan berlakunya perebutan ketika menggosok baju raya.
Adalah lebih baik sekiranya baju yang dibawa sudah digosok terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung.
8. Tuala dan kain basahan
Benda paling tidak boleh ditinggalkan sekali sudah semestinya tuala dan kain basahan untuk digunakan sepanjang berada di rumah nenek.
9. Barangan mandian
Segala kelengkapan mandian seperti berus gigi, ubat gigi, sabun dan syampu merupakan antara barangan wajib dibawa sendiri dari rumah.
Jangan lupa buat semakan kali terakhir sebelum gerak balik kampung ya! Baru lah senang bila duduk tempat ramai-ramai. Memudahkan dan tidak melambatkan waktu nak berjalan secara berjemaah. Selamat bercuti!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan.
Getaran tisu pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul. Sebagai seorang isteri, majoriti memang sentiasa sabar dengan bunyi dengkuran si suami setiap malam kan. Anda memang tabah dan setia, namun harus diingat, dengkuran ini boleh membawa maut jika terus dibiarkan.
Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.
Ramai tidak tahu berdengkur mengakibatkan seseorang tidak mendapat kualiti tidur yang diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tidak mendapat rehat secukupnya. Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang hari, kerap tidur, kelihatan tidak bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja.
Punca berdengkur
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu berdengkur. Selain masalah sinus, perbezaan anatomi struktur mulut menjadi punca kepada tahap dengkuran seseorang. Berdengkur juga kerap dialami mereka yang minum alkohol, alahan pada cuaca sejuk dan mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Apabila lelangit lembut dalam keadaan tebal dan rendah serta mempunyai tonsil yang terlalu besar, ia menyebabkan tekak menjadi kecil pada bahagian belakang. Keadaan ini menyebabkan getaran berlaku sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.
Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan bunyi dengkuran terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Begitu juga mereka yang minum minuman beralkohol sebelum tidur akan menyebabkan otot bergetar dan menghasilkan bunyi dengkuran.
Berdengkur boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berdengkur boleh menjadi tanda masalah tonsil.
Oleh itu kanak-kanak yang kronik berdengkur perlu diperiksa oleh otolaringologis, yang boleh mencadangkan tonsilektomi untuk mengembalikan kanak-kanak itu kepada kesihatan yang normal.
Rawatan untuk dengkur
Dengkuran yang serius perlu dirawat kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur).
Bagi individu yang tidak mendapat tidur berkualiti, mereka mudah mengantuk pada waktu siang, sakit kepala pada sebelah pagi, keletihan, cepat marah dan mengalami gangguan konsentrasi.
Terdapat rawatan laser Fotona iaitu laser intraoral bagi mengurangkan dengkuran dengan berkesan. Ia pilihan yang tepat kerana rawatan ini tidak menyakitkan dan tidak membabitkan risiko pembedahan. Sebelum melakukan rawatan keadaan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu. Selepas itu sejenis alat akan diletakkan di dalam mulut pesakit dan menerusi cahaya laser ia akan membuka saluran pernafasan farinks yang sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak.
Untuk menyelesaikan masalah berdengkur, laser Fotona akan meningkatkan saiz saluran udara dan mengurangkan pergolakan tisu sehingga bunyi dengkuran tidak lagi kedengaran.
Rawatan Fotona menggunakan kaedah laser lembut yang memanaskan tisu di belakang tekak untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas. Laser ini mempunyai kesan pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam tisu mukosa mulut.
Apabila tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan getaran tisu lembut farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea tidur dan amplitud dengkuran. Mereka yang mempunyai masalah dengkur perlu menjalani tiga sesi rawatan berasingan dalam tempoh enam minggu bagi mendapatkan kesan yang optimum. Hasilnya bertahan sehingga setahun dan terapi boleh diulang selepas itu.
Penyelidikan membuktikan laser Fotona berupaya mengurangkan intensiti dan tempoh dengkuran. Pesakit akan mendapatinya mereka lebih selesa dan nyenyak. Rawatan ini juga tidak menyakitkan, mudah dan selamat. Tiada masa pemulihan dan pesakit tidak perlu memakai alat ketika tidur. Apa yang penting selepas rawatan pesakit dinasihatkan minum banyak air bagi mengurangkan rasa kering.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!