Bila sudah berumah tangga, urusan rumah tangga kena ambil peduli. Kena tahu tolong mana yang patut. Jangan bagi alasan tak pandai sebab benda boleh belajar.
Bak kata saudara Abu Hurairah Roslan, anda perlu ikut apa yang isteri buat. Jadikan contoh. Jom baca kejap, kemudian betulkan mana yang masih belum siap dalam hubungan suami isteri.
Kalau orang tanya, macam mana saya menjadi seorang ayah dan suami, jawapan saya simple.
Dari isteri. Ya, isteri adalah cermin untuk saya melihat diri saya sendiri.
Ya, disaat saya melihat kekurangan dan kelemahan dirinya sebagai isteri, ada hikmah dan didikan buat diri saya menjadi suami.
Isteri adalah seperti tongkat bagi orang “buta” seperti saya.
Ya, disaat saya rasa saya betul dan ketua keluarga, ada banyak ruang dan masalah yang perlu saya betulkan dulu, lalu saya perlu pada ilmu dan panduan untuk menjadi lelaki paling baik dalam keluarga.
“Abang, lepas masak nanti kemas boleh? Saya tak boleh tengok dapur bersepah.”
Teguran dari isteri.
“Abang, nanti boleh tengokkan bilik anak-anak? Saya kadang terlepas pandang,” kata isteri pada satu masa.
“Abang, anak-anak perlu sesuatu. Boleh abang tanya mereka nak apa?”
Semuanya adalah seni-seni komunikasi dalam rumah tangga. Saya belajar semua itu daripada seorang isteri yang prihatin, yang sayang suaminya, yang mahu suaminya teguh, yang mahu suaminya baik.
Namun, penghalang utama itu semua satu saja. Ego kita. Pedih juga bila isteri tegur.
Sakit juga terkena panahan kata-kata isteri kita. Ternaik juga nafsu dan perasaan, hingga kita rasa isteri ni seperti tidak ada rasa hormat dan rasa merendah diri pada suami.
Bukan itu maksud isteri kita. Mereka benar makhluk yang sangat emosi. Mereka benar insan yang sangat perlu pada beribu kata dan makna. Mereka memandang rumah tangga, seribu kali lebih seni dari kita.
Saya cerita ni, bukan hanya tentang rumah tangga saya. Kalian bacalah kisah asam garam rumah tangga nabi.
Kalian masuklah seminar dan tazkirah tentang hal-hal suami isteri.
Semuanya ada panduan menjadi suami isteri yang lebih baik dari hari ini.
Dalam kesibukan kerja dan ujian hidup ini, jangan lupa pada diri kita yang ayah, suami dan lelaki.
Terima kasih pada sang isteri yang setiap hari memperteguhkan pandangan suami,
Yang selalu mengingatkan bila lupa,
Yang memberitahu bila buntu,
Yang selalu ada setiap masa.
Benarlah, jadi suami baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.