Hubungan

Jangan Kerap Papar Kebahagian Di Media Sosial, Jadi Amal 3 Qul Untuk Elak Disihir

Share

Ada orang seronok tengok kita bahagia, ada juga yang sakit hati melihat anda berbahagia. jadi sebagai bakal pengantin atau yang sudah berkahwin, janganlah terlalu menunjuk, dikhuatiri boleh menyebabkan diri terjerat.

 

ELAK TONJOL KEBAHAGIAAN

Tidak salah berkongsi kebahagiaan terutama hal rumahtangga di media sosial, namun umat Islam perlu berpada-pada bagi mengelakkan timbul perasaan hasad dan iri hati orang lain.

Lebih membimbangkan, gambar yang dikongsi boleh dijadikan bahan untuk diberikan kepada tukang sihir bagi membinasakan mangsa.

Antara kaedah mengelakkan diri menjadi mangsa sihir adalah dengan mengelakkan daripada terlalu menonjolkan kebahagiaan.

“Jangan cari bahaya kerana mereka boleh menggunakan gambar kita untuk amalan ritual pemujaan sehingga menyebabkan kita sakit, bahkan membawa mati dengan hanya sekeping gambar.

“Jika kita mahu juga memuat naik gambar ke laman sosial, kita boleh ‘mencacatkan’ sedikit gambar agar tidak terlalu sama menggunakan sedikit teknik suntingan.”

Di samping itu , amalan seperti solat pada waktunya, bersedekah dan mengamalkan ayat al-Quran seperti Surah Tiga Qul boleh diamalkan sebagai pendinding daripada amalan sihir.

“Jika amalan-amalan ini diamalkan, Insya-Allah dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada amalan sihir ini.

“Namun, sekiranya kita masih kena sihir meskipun telah melakukan amalan yang disyorkan bermakna Allah sayang kita dan ingin menguji sejauh mana keimanan diri kita.”

AYAT PENGASIH AL-QURAN

Didakwa terdapat pasangan yang sanggup menggunakan sihir bagi ‘menundukkan’ pasangan masing-masing agar patuh kepada mereka.

Antaranya, seperti menggunakan nasi kangkang dan minyak dagu untuk mengekalkan rasa kasih dan sayang.

Kaedah itu jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan mereka sepatutnya berpegang teguh dengan Allah dengan mengamalkan doa atau ayat al-Quran untuk mengekalkan perasaan sayang antara suami dan isteri.

“Kita perlu meminta kepada Allah dan yakin segalanya dikurniakan oleh-Nya termasuk rasa kasih dan sayang, yakni bukannya menggunakan perantaraan jin dan syaitan.

“Bagi setiap individu yang ingin memupuk rasa kasih dan sayang terutama sesama suami isteri boleh mengamalkan Surah Yusuf ayat empat dalam amalan seharian.

“Malah, pasangan juga digalakkan untuk mendalami ilmu tauhid berkenaan sifat wajib bagi Allah (sifat 20) yang sememangnya mempunyai banyak kebaikan dan mampu mencegah diri daripada melakukan amalan sihir.”

Dalam hubungan suami isteri, rahsia untuk pasangan sentiasa bahagia adalah elakkan daripada bersangka buruk terhadap pasangan di samping menjaga keperluan suami.

“Isteri boleh pikat suami dengan masakan, kerana ‘air tangan’ isteri itu sudah mampu memupuk rasa kasih terhadap mereka yakni tidak perlu lagi menggunakan amalan tahayul untuk disayangi pasangan.

“Selain itu, setiap pasangan suami isteri juga boleh sama-sama mendekatkan diri dengan Allah iaitu hadir ke majlis-majlis ilmu dan solat berjemaah di masjid. Insya-Allah sekiranya perkara itu dilakukan mereka mampu mengecapi bahagia yang diredai Allah.”

Published by
Kim