Ada sesetengah isteri mungkin rasa malu bila suaminya botak kerana menganggap botak sebagai satu kekurangan. Malah mereka juga menganggap lelaki botak nampak lebih berusia dan matang.
Mengikut kajian oleh Business Insider yang dilakukan pada tahun 2012 mengatakan bahawa lelaki botak lebih berjaya dan dominan berbanding lelaki yang miliki rambut. Kajian itu juga merumuskan bahawa perempuan akan cenderung untuk melihat lelaki botak sebagai seorang lelaki yang ada tarikan luar biasa, berkuasa, bertubuh lebih kuat dan besar.
Setelah membaca kelebihan ini, pastikan anda buang rasa malu anda itu jika suami botak. Berbanggalah kerana mereka tergolong dalam lelaki yang ada tarikan luar biasa!
1. Daya Tarikan Wanita
Kenyataan bahawa wanita lebih tertarik dengan lelaki botak disokong oleh Albert E. Mannes dari University of Pennysylvania yang melakukan kaji selidik terhadap 25 wanita yang perlu memilih sama ada lelaki botak atau lelaki yang mempunyai rambut berdasarkan gambar yang diberi. Hasilnya menunjukkan 15 daripada mereka cenderung memilih lelaki botak kerana dikatakan lelaki botak lebih berkeyakinan tinggi, dominan dan menawan.
2. Nampak Seksi & Percaya Pada Diri
Jurnal Social Psychological and Personality Science pula mengatakan bahawa lelaki botak jauh lebih seksi, maskulin dan miliki tahap kepimpinan yang tinggi. Malah turut mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi pada dirinya. Ini kerana dia berani menampilkan gaya botak tanpa memikirkan tentang penampilannya malah tidak kisah dengan apa jua pandangan masyakarat sekelilingnya asalkan dia selesa dengan penampilannya sebegitu. Sebab itulah mereka dianggap seksi dan lebih terbuka!
3. Hubungan Intim Mereka Dikatakan Lebih Hebat
Tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini benar ataupun tidak. Namun kajian yang dibuat oleh Consumer Health Digest mengatakan bahawa lelaki botak lebih berkeyakinan dalam hubungan intim bersama pasangannya. Ini kerana 34% lelaki yang memiliki rambut ada ketikanya terlampau memikirkan soal rambut mereka apabila bangun pagi selepas melakukan hubungan intim sehingga akhirnya mereka tidak fokus kepada pasangan. Lelaki botak pula rasa tidak kisah, malah mereka dikatakan akan bangun pagi dengan wajah penuh kepuasan.
4. Nampak Lebih Jantan
Ramai personaliti terkenal terutamanya luar negara seperti Bruce Willis, Samuel L. Jackson dan ramai lagi selesa dengan penampilan gaya lelaki botak. Malah mereka juga sering diberi peranan hero kerana lelaki-lelaki sebegini tampak lebih sasa dan jantan. Ditambah lagi jika anda memiliki badan yang tegap pasti isteri rasa lebih selesa berada di sisi anda.
5. Penampilan Yang Mudah & Ringkas
Lelaki yang botak juga seorang lelaki yang ringkas kerana mereka tidak perlu pening kepala memikirkan produk penjagaan rambut seperti memakain gel rambut ataupun masalah-masalah rambut seperti keguguran rambut, kelemumur dan sebagainya. Dalam erti kata lain, masa untuk lelaki botak bersiap juga lebih ringkas berbanding lelaki yang miliki rambut.
6. Lebih Terurus & Kemas
Lelaki botak mudah menguruskan penampilannya. Ini kerana dalam apa jua keadaan pun misalnya bangun dari tidur, wajahnya tetap nampak begitu tanpa perlu menyikat rambut. Berlainan dengan lelaki yang memiliki rambut, pasti kusut masai rambut mereka apabila bangun tidur.
7. Prihatin Pada Hal Sekeliling
Disebabkan oleh lelaki berkepala botak sering dijadikan bahan usikan teman-teman di sekeliling, semestinya jiwa mereka seperti sudah lali dan kebal. Secara tidak langsung ini memberi kelebihan buat mereka untuk lebih sensitif dan prihatin terhadap keluhan orang lain.
8. Tidak Cerewet Dengan Penampilan
Berbanding lelaki yang memiliki rambut, mereka sering kali cenderung untuk menghabiskan waktu kerana ingin mempertahankan penampilannya. Sekejap-sekejap nak ke tandas untuk memastikan rambutnya dalam keadaan kemas dan terurus. Orang kata pantang nampak cermin. Kalau lelaki berkepala botak tidak perlu risau tentang semua itu malah mereka juga tidak cerewet dengan penampilan kepala botaknya.
9. Nampak Lebih Matang
Lelaki botak menampakkan mereka mempunyai fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Malah lelaki botak juga jelas menampakkan identiti dalam dirinya. Mereka cenderung mengatasi masalah dengan bijak dan mungkin sebab itulah yang membuatkan mereka cepat botak.
10. Kelelakian Mereka Lebih Terserlah
Orang sekelilingnya lebih mudah melihat ekspresi pada diri lelaki berkepala botak ini kerana mereka tidak menjadikan rambut sebagai senjata untuk merapati orang sekeliling. Cukup sekadar bahasa tubuhnya seperti mata, senyuman dan raut wajah yang akan berbicara.