Kadang-kadang orang kita ni, bila pandang orang lain dari kebiasaan, mesti terus pandang 360 darjah. Walhal, kita tak tahu background dia, asal usul dia. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, buat perempuan, biar pakwe selekeh, low profile, pakai pun simple tapi sebenarnya…
Pakwe Selekeh
****************
“Selekeh betul awak ni, pakai la smart sikit. Baju pun pakai baju bundle”
“Awak dating dengan saya pakai selipar je? Selekeh betul la!!”
“Malu la saya kapel dengan awak ni. Selekeh gila. Tak pandai bergaya langsung. Mula hari ni kita putus!!”
Ads
Pakwe selekeh ni dia seorang yang low profile, pakai pun simple-simple je. Tak suka bergaya. Sebenarnya;
Dia banyak duit, pakai baju bundle pun takpe.
Dia ada banyak simpanan. Tak bazir beli benda bukan-bukan.
Dia ada matlamat kewangan yang jelas. Takde pergi travel guna duit PTPTN macam kau tu.
Dia tak minat beli kereta mahal-mahal. Cukuplah kereta boleh bawa dia ke mana dia mahu pergi.
Dia tak menggelupur beli gajet canggih. Tak perlu tukar IPhone setiap kali keluar yang baru.
Dia tak suka berhutang yang tidak perlu. Lain lah kau, beli telefon pun berhutang, beli sofa pun berhutang. Kalau tak mampu, dia kumpul duit sikit-sikit.
Dia tak beli stok kasut sampai 10 pasang kasut. Dia sedar dia bukan seekor lipan yang perlu kasut banyak-banyak. Rosak barulah beli. Nak beli pun kemain liat. Kalau boleh repair, dia repair.
***
Masa depan nanti, pakwe yang kau anggap selekeh akan lagi kaya daripada pakwe kau yang bergaya tu. Mungkin pakwe kau nampak kaya dan bergaya. Kaya pun dengan kaya hutang bank la tapinya.
Ads
Setiap bulan duk bayar hutang bank je. Biar papa asalkan bergaya tu motto pakwe bergaya kau. Tapi pakwe selekeh ni, dompet dia tak selekeh tau. Tu kau tak tengok simpanan wang dia dalam ASB dan Tabung Haji lagi.
Pakwe kau nampak bergaya je. Harapkan dompet je berjenama, tapi dalam tu nak ada RM200 pun susah. Harapkan jam je mahal, tapi setiap dating dengan kau asyik lambat je. Harapkan kereta je mewah, tapi tiap bulan dia mintak kau bayarkan juga.
Takde la selekeh nak mampos. Sampai baju pun tak basuh dua tiga hari, seluar koyak rabak nampak aurat. Tapi selekeh, slamber je. Pakaian bersih, pakai apa pun janji selesa dan tutup aurat.
Ads
Jadi, jangan menilai orang masa sekarang. Mungkin lagi dia lima tahun lagi dia kaya daripada kau. Jangan kau pulak minta kapel balik dengan pakwe yang kau kata selekeh tu. Kah!
Pasangan yang sudah berkahwin mungkin akan mengalami sedikit kesibukkan kerja diantara anda berdua sehingga kadang kala hujung minggu anda berdua juga terjejas.
Oleh itu, anda dan pasangan anda perlu pandai membahagi masa untuk anda berdua agar hubungan sentiasa aktif dan berkomunikasi.
Banyak sebenarnya tempat yang anda boleh luangkan waktu hujung minggu. Ini adalah senarai lokasi yang menarik anda boleh pergi.
1. District 21, Putrajaya
Bagi anda dan pasangan yang sukakan aktiviti lasak boleh cuba ini. Tempatnya begitu ‘fun’ dan banyak aktiviti yang boleh buat dekat sini.
2. Sunway lagoon, Petaling Jaya
Selain melakukan aktiviti lasak anda juga boleh mencuba aktiviti air yang pastinya menarik. Banyak juga aktiviti yang disediakan di sini.
3. Selfie meseum, Kuala Lumpur
Kalau anda gemar bergambar, tempat ini wajib ada dalam ‘list’ kerana ini juga adalah salah satu tarikan menarik yang anda boleh pergi. Muzium ini masih baru dibuka. Bolehlah anda dan pasangan ‘selfie’ banyak-banyak.
4. Lost in KL : The haunted house, Kuala Lumpur
Sebut pasal ‘rumah hantu’ mesti anda sudah terbayangkan apa yang sudah ada di dalamnya. Bagi anda yang gemarkan menonton filem hantu. Kami cabar anda dan pasangan untuk pergi ke tempat ini!
5. Genting awana skyway, Genting Highlands
Tempat ini sering dikunjungi ramai orang dan pelancong asing. Tarikannya sangat menarik. Aktiviti seperti taman tema juga terdapat di sini. Tapi apa yang lebih menarik ialah ‘glass cable car’ yang anda boleh lihat sendiri apa ada di bawah. Confirm gayat!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peluh pada celah kelangkang adalah satu keadaan yang biasa dan semulajadi. Sekiranya anda aktif secara fizikal, kejadian peluh akan menjadi lebih ketara.
Bagi mereka yang berbadan besar, lemak tambahan di pinggul dan paha memerangkan suhu dan ini menggalakkan lagi perpeluhan. Lebih peluh, lebih bau.
Jadi untuk mengurangkan peluh dan bau, amalkan:
1. Menukar seluar dalam anda dengan kerap
Amat penting untuk memastikan kawasan pubis dan celah kangkang bersih dan kering sepanjang masa. Tukar seluar dalam anda 2-3 kali sehari dan menukar seluar senaman anda sebaik selesai sesi aktiviti lasak anda.
2. Memakai seluar dan panti yang longgar
Seluar ketat memerangkap peluh sebab kurang peredaran udara. Memakai seluar longgar membantu kulit bernafas, juga membantu ia kekal sejuk dan kurang berpeluh. Peluh kering dengan lebih mudah apabila anda memakai pakaian yang longgar.
3. Memakai kain yang lebih poros
Elakkan memakai pakaian sintetik dan nilon. Memakai kain seperti kapas mengalakkan perudaraan seterusnya mengurangkan peluh.
4. Elak dari menggunakan pantiliner
Pantiliner mengalakkan perpeluhan dengan menghalang perudaraan pada sekitar faraj seterusnya memerangkap bau.
5. Guna Antiperspirant
Antiperspirant yang mengandungi aluminium klorida boleh menghalang peluh sampai kekulit dan menolong mengurangkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau.
6. Sapu bedak berasas tepung jagung
Celah kelangkang dipenuhi kelenjar peluh apokrin iaitu kelenjar yang menghasilkan peluh. Bedak yang berasakan tepung jagung boleh menyerap kelembapan dengan efektif seterusnya mengurangkan bau busuk.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.
Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.
Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.
Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!