Jangan pakai lipstik rosak nanti bibir tiba-tiba gatal, berkuping dan akhirnya luka. Lagi teruk kalau ada yang sampai jadi bengkak dek kerana menggaru.
Haaa… cuba semak semula tarikh luput lipstik. Pasti ramai sudah lupa tentang tarikh luput dan tanpa sedari mengakibatkan jangkitan kuman pada kulit. Bahaya!
Jangan Pakai Lipstik Rosak, Nanti Jadi Macam Ini!
Lipstik antara produk yang mudah terdedah dengan bakteria. Bayangkan sesudah makan, anda terus sahaja swipe lipstik dan simpan.
Pembiakan bakteria mudah berlaku pada lapisan atas lipstik, merebak dan kemudian menyebabkan lipstik mudah rosak.
Tanda-tanda lipstik sudah rosak
Lipstik ‘berpeluh’
Ada titisan cecair yang keluar dari batang lipstik. Ini kerana kandungan minyak dalam lipstik tidak lagi berupaya tahan didalam lipstik
Berbau
Hidu betul-betul lipstik, jika terdapat bau busuk seperti lilin, kanji atau bahan toksik. Itu tanda lipstik sudah rosak.
Tekstur tidak cantik
Jika sebelum ini lapisan lipstik melitup baik pada bibir, namun kini lipstik kamu terasa melekit dan bercapuk. Malah lama kelamaan, tekstur lipstik jadi bergumpal dan berketul-ketul. Lebih baik buang sahaja!
Produk lipstik kebiasaan boleh bertahan enam bulan hingga dua tahun. Kalau anda ada menyimpan lipstik lebih dari masa tersebut, periksa dahulu sebelum pakai.
Tips pulihkan bibir kering dan gatal
Jangan panik bila merasa bibir kering dan gatal-gatal. Sebaiknya cuba sapu dengan lip balm atau gel petroleum seperti Vaseline. Amalkan selepas mandi, makan dan sebelum tidur. Dalam masa seminggu, bibir akan kembali pulih.
Hindari dari memakai lipstik sepanjang bibir kering. Ini mungkin boleh mengakibatkan keadaan bibir lebih teruk.
Anda juga boleh lakukan skrub bibir untuk menanggalkan sisa kotoran dan kulit mati. Sekitar bibir akan jadi lebih lembut dan sihat.
Selepas ini cuba periksa semula koleksi lipstik anda. Kalau dah simpan bertahun-tahun, lebih baik lupuskan sahaja. Buat apa disimpan, kalau dah tak pakai, semak atas meja solek sahaja!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI