Ramai yang kurang mahir bab uruskan emosi isteri, boleh dikatakan gagal dan sering mengabaikan. Maklumlah, masing-masing sibuk menguruskan rezeki dan anak-anak sampai lupa untuk tanya khabar jiwa orang rumah yang banyak berkorban.
Dialah jaga anak, kemas rumah dan mungkin turut bantu dari segi kewangan, tapi lelahnya dia, pernah ditanya?
Sebelum pergi lebih jauh, jemput baca perkongsian daripada Wan Kamarul Wan Salim dulu.
Uruskan Emosi Isteri
Jadi suami, tak perlu complicated sangat. Banyak yang boleh kita mudahkan untuk bina bahagia bersama orang tersayang. Andai nampak isteri penat, jangan dicari salahnya. bantulah dan cubalah bertindak.
Ads
Isteri Tak Masak
Kalau isteri tak masak sebab penat, pergi lah masak. Kalau tak pandai masak atau malas, pergi beli kat kedai.
Sekarang lagi senang. Food Panda Grab kan ada. Menu dihujung jari. Mudah.
Isteri Tak Basuh Baju
Isteri tak basuh baju sebab penat, ambil saja baju-baju tu dan pergi dobi. Sekarang bersepah dobi di merata-rata tempat. Dalam kampung pun dah ada dobi. Kelas gitew.
Ads
Rumah Bersepah
Rumah bersepah, mainan anak-anak berselerak. Tak susah sangat pun, ambil penyapu dan sapu yang mana-mana rasa perlu disapu.
Begitulah, kehidupan berumahtangga ini perlu ada keharmonian. Isteri bukannya tempat kita suruh segala-galanya.
Ads
Dia juga ada perasaan, ada hati dan jiwa.
Cukuplah setakat 3 yang diatas. Selebihnya pandai-pandailah kita fikir sebagai suami. Belum lagi masuk bab buatkan susu anak jam 2, 3 pagi.
Jangan buat anak je pandai. Tapi menguruskan emosi seorang isteri kita abaikan. Ingat tu ya, sama-sama kita betulkan selagi boleh. Demi sebuah kebahagiaan keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah terpalit kontroversi rumahtangga, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.
Foto sekitar majlis resepsi pasangan itu dikongsi menerusi Facebook oleh seorang individu dipercayai adiknya iaitu Mohammad Izzat Hassan.
Tan Sri Musa Hassan Naik Pelamin Lagi
Mohammad Izzat menerusi kapsyen di Facebook turut menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.
“Selamat datang Kak Long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” tulisnya.
Berlangsung Di Shah Alam
Majlis itu berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada Sabtu malam.
Untuk rekod, Musa, 72, berpisah dengan isterinya Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.
Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya 10 tahun lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tampak cantik pelakon, Nad Zainal bersanding bersama suaminya, Ungku Ismail Aziz dengan berbusana klasik warna emas menerusi gambar yang dikongsi dalam Instagram miliknya.
Busana yang dihasilkan oleh ZaimiZulkafli Atelier itu cukup menyerlahkan keayuan kedua mempelai dan sepadan dengan identiti Nad yang menjiwai tema klasik.
Nad Zainal Bersanding
Majlis walimatul urus itu menyaksikan pasangan suami isteri itu tampak kacak dan manis dalam persalinan pereka Zaimi Zulkifli. Klasik moden dengan rona yang cukup menarik menaikkan seri kedua-duanya.
Sekali pandang pun dah terpesona, lain aura yang dibawa oleh kedua pengantin. Lebih istimewa lagi, kehadiran anak-anak turut menyerikan suasana.
Namun satu hantaran perkongsian Nad mengenai gelagat anaknya di atas pelamin mencuit hati netizen yang membaca perkongsiannya di media sosial.
Saat mata ku terlihat ada anak ayam join atas pelamin… kuhanya..PASRAH.” demikian kapsyen Nad.
Tumpang Meraikan Kebahagiaan Pengantin
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti tumpang gembira selain menitipkan doa semoga Nad dan Ungku Ismail kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin 18 September 2015 namun, memutuskan untuk bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Cerita bab adat terima hantaran, biasanya pihak lelaki akan menghantar dulang hantaran kahwin kurang daripada pihak perempuan. Contoh, tiga berbalas lima, lima berbalas tujuh, atau tujuh berbalas sembilan.
Namun baru-baru ini tular satu video yang memaparkan jumlah dulang hantaran melebihi 30 telah meraih perhatian orang ramai susulan ia disifatkan sebagai perkara luar biasa.
Terima 35 Dulang Hantaran, Penuh Satu Rumah Bakal Pengantin
Menerusi video yang dimuat naik oleh Hamidah Gaffar, menunjukkan dulang hantaran tunang adalah 35 berbalas 13.
Ujarnya, ini telah menjadi kebiasaan buat keluarga mereka untuk memberi dulang hantaran yang banyak sekiranya salah seorang daripadanya mengikat ikatan yang sah.
Penyumbang Utama Hantaran, Saudara Mara
Bagi orang awam, perkara itu kemungkinan adalah baru buat mereka namun pemilik akaun berkata sanak saudara dan jiran merupakan penyumbang utama dalam perkara itu.
“Menjadi kebiasaan dulang hantaran jadi banyak sebab saudara dan jiran-jiran bagi juga.
“Rezeki yang dapat tu, lagi-lagi dapat makanan atau manisan,” katanya.
Video yang tular itu memaparkan keadaan rumah yang dipenuhi dengan dulang hantaran tunang di depan pelamin.
Dulang hantaran tersebut antaranya ialah buah-buahan, manisan dan banyak lagi.