Ramai yang kurang mahir bab uruskan emosi isteri, boleh dikatakan gagal dan sering mengabaikan. Maklumlah, masing-masing sibuk menguruskan rezeki dan anak-anak sampai lupa untuk tanya khabar jiwa orang rumah yang banyak berkorban.
Dialah jaga anak, kemas rumah dan mungkin turut bantu dari segi kewangan, tapi lelahnya dia, pernah ditanya?
Sebelum pergi lebih jauh, jemput baca perkongsian daripada Wan Kamarul Wan Salim dulu.
Jadi suami, tak perlu complicated sangat. Banyak yang boleh kita mudahkan untuk bina bahagia bersama orang tersayang. Andai nampak isteri penat, jangan dicari salahnya. bantulah dan cubalah bertindak.
Kalau isteri tak masak sebab penat, pergi lah masak. Kalau tak pandai masak atau malas, pergi beli kat kedai.
Sekarang lagi senang. Food Panda Grab kan ada. Menu dihujung jari. Mudah.
Isteri tak basuh baju sebab penat, ambil saja baju-baju tu dan pergi dobi. Sekarang bersepah dobi di merata-rata tempat. Dalam kampung pun dah ada dobi. Kelas gitew.
Rumah bersepah, mainan anak-anak berselerak. Tak susah sangat pun, ambil penyapu dan sapu yang mana-mana rasa perlu disapu.
Begitulah, kehidupan berumahtangga ini perlu ada keharmonian. Isteri bukannya tempat kita suruh segala-galanya.
Dia juga ada perasaan, ada hati dan jiwa.
Cukuplah setakat 3 yang diatas. Selebihnya pandai-pandailah kita fikir sebagai suami. Belum lagi masuk bab buatkan susu anak jam 2, 3 pagi.
Jangan buat anak je pandai. Tapi menguruskan emosi seorang isteri kita abaikan. Ingat tu ya, sama-sama kita betulkan selagi boleh. Demi sebuah kebahagiaan keluarga.