Setiap pasangan suami isteri perlu memutuskan saiz keluarga. Menentukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan bilangan anak yang diingini bersama pasangan adalah perlu bagi menjamin kesejahteraan sesuatu hubungan.
Melalui hantaran dilaman Facebook, seorang lelaki berbangsa Cina, Adam Kelvin berkongsi pendapatnya tentang kepentingan merancang keluarga. Beliau yang juga merupakan seorang mualaf percaya bahawa suami isteri perlu bersepakat dalam soal merancang keluarga.
“Penting untuk setiap pasangan membuat perancangan keluarga. Menjadi seorang ibu dan bapa bukanlah satu tugas yang mudah. Perkara-perkara berikut perlu diambil kira,” katanya.
Peranan sebagai ibu bapa sangat mencabar. Banyak perkara yang perlu dikorbankan apabila sudah bergelar ibu dan bapa. Apabila sudah ada anak, kita perlu ubah diri dan belajar banyak perkara agar perkara yang terjadi pada zaman kanak-kanak kita dahulu tidak berulang kepada anak pula.
Ada banyak masa untuk seorang ibu dan bapa belajar mengenai karakter anak dan kemahiran keibubapaan lebih banyak. Bukan sahaja perlu menjaga emosi anak yang masih bayi, emosi isteri dan emosi diri sendiri juga perlu dijaga. Kadang-kadang ada juga ‘terbabas’ marah anak bila berada dalam tekanan. Perkara ini yang kita tidak mahu berlaku.
Isteri perlukan masa untuk pulih dari sakit bersalin termasuk memgembalikan bentuk badan dan mendapatkan berat ideal. Suami perlu bertolak ansur. Elakkan isteri mengandung terlalu rapat.
Bukan mudah seorang wanita itu hendak melalui proses mengandung, bersalin dan menjaga anak kecil. Ada ibu-ibu mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke wad. Belum lagi keadaan si isteri bila menyusukan anak. Situasi ini pasti menimbulkan suasana yang kelam kabut dan isteri pula kelihatan tidak terurus ditambah lagi jika ada anak-anak yang lain.
Suami perlulah membantu isteri meringankan tugasnya selain menjadikan proses berpantang menjadi lebih mudah. Serius keadaan ketika tu macam kelam kabut dan tak terurus diri isteri dan anak. Jadi tidak salah jika suami dan isteri merancang keluarga agar isteri ada banyak masa untuk berehat dan merawat diri.
Kewangan adalah perkara utama yang perlu diberikan perhatian. Mungkin ada yang kata, anak itu rezeki. Rezeki itu sentiasa ada. Namun perlu difahami bahawa kos untuk seorang anak boleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan.
Pengasuh RM500
Insurans RM200
ASB RM200
Lampin pakai buang RM120
Jika anak masih minum susu ibu, kos untuk susu formula tiada. Boleh bayangkan kalau susu formula pun kosnya dikira sekali? Belum termasuk makan minum dan pakaiannya lagi. Sebagai ibu bapa, perkukuhkan dahulu kedudukan kewangan sebelum menambah anak.
Perlu sediakan kos untuk hantar anak ke tadika. Yuran tahunan kemasukan ke tadika pun bukanya murah. Sebagai ibu bapa, kita mesti mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Jika hendak hantar anak ke tadika yang terbaik, perlulah belanjakan kos yang tinggi.
Maka sebab itulah jika dilihat ibu bapa yang berbangsa Cina memilih untuk tidak memiliki ramai anak. Biasanya dua orang sahaja. Paling ramai pun tiga orang, itu pun sudah dikira ramai. Ketahuilah bahawa tanggungjawab perlu seiring dengan rezeki. Maka sebab itulah pentingnya ibu bapa membuat perancangan keluarga.
Bagi Adam Kelvin, dia dan isterinya memilih untuk memiliki seorang sahaja anak buat masa ini. Banyak yang perlu diberi perhatian, bukan hanya keinginan untuk menambah jumlah anak. Paling penting kukuhkan tahap kewangan terlebih dahulu. Pedulikan kata-kata orang sekeliling.
Sumber: Adam Kelvin Kredit top image: Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI