Jangan Perlekeh Tugas Seorang Suri Rumah. Mereka Sebenarnya Wanita Yang Hebat!

Share

Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Tidak semua wanita mampu untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Disebabkan itu, jangan sesekali memperlekehkan tugas wanita yang bekerja sebagai suri rumah. Tugas mereka sebenarnya amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.

Mereka sebenarnya adalah wanita yang hebat. Apakah kehebatan seorang suri rumah? Ini jawapan dari sudut pandangan Dr. Taufiq Razif yang dikongsi menerusi laman Facebook miliknya.

1. Support System Terbaik Bagi Suami

  • Personaliti lelaki ni berbeza-beza. Ada suami yang memang perlukan isteri yang betul betul boleh fokus pada dia sahaja. Kalau tak, dia tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya dia

2. Personal Assistant Terbaik Bagi Suami

  • Isteri ni mempunyai Emotional Connection yang sangat hebat pada seorang suami. Sebab tu lah sebaik mana pun lelaki tu, aib dan kelemahan suami tetap dipegang rapi oleh isterinya sendiri
  • Bila isteri tahu kelemahan suami, disitu lah letaknya kehebatan isteri sebab hanya dia sahaja yang tahu bagaimana nak kuatkan si suami

3. Coach Terbaik Anak-Anaknya Sendiri

  • Anak anak kita pun ada bermacam jenis personaliti dan setiap jenis personaliti tu kena ‘manage & coaching’ dengan cara yang berbeza
  • Walaupun si ibu tak pernah belajar ilmu parenting sekalipun, naluri keibuan dan ‘Gut Feeling’ mereka biasanya betul kalau si ibu betul betul fokus pada si anak. Itu yang membuatkan mereka lebih faham personaliti anak anak mereka dan coach terbaik untuk anak anak mereka sendiri

4. Mediator Terbaik Pasangan Dan Anak-Anak

  • Mediator ni adalah orang yang urus konflik antara 2 pihak yang sedang bergaduh dan pakar dalam mendamaikan mereka.
  • Isteri dan surirumah ni sebenarnya ada potensi menjadi Mediator terbaik sebab mereka lah yang hadap anak bergaduh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
  • Potensi menjadi Mediator ni akan lebih menyerlah bila mereka banyak mendengar, kurang judgemental dan suka selami perasaan anak anak dan pasangannya sendiri
  • Bila dah jadi Mediator terbaik ni, pergi masuk bisnes ataupun company mana pun mereka akan jadi sangat disukai ramai dan akan jadi penyejuk hati semua orang di sekeliling mereka

5. Specialist Mengurus Rumah

  • Sekarang ni ajar cara urus rumah pun dah boleh buat banyak duit. Ada yang ajar cara urus rumah gaya minimalist, ada yang ajar cara urus rumah gaya KonMari dan banyak lagi
  • Ya, kerana specialist mengemas rumah ni hanya ada seorang isteri terutamanya surirumah. Kerana jam terbang mereka dalam mengemas rumah ni dah lebih daripada 10,000 jam dah
  • Pegang kata kata saya ni ‘It takes 10,000 hours to master your craft. That’s 8 hours a day, 5 days a week, 44 days a year for 5 and half years’. Bila dah cukup lengkap dah jam terbang ni, anda dah dikira level Mastery dah dan layak untuk ajar orang lain walau hanya mengajar orang melipat kain atau mengurus rumah sekalipun

Kepada semua surirumah di luar sana, be proud of yourself. Ingat kata kata saya ni ‘ If you don’ t value yourself, you will always attract people who don’ t value you either ‘

Bagitahu berita baik ni pada semua surirumah yang anda kenal ya. Info ni mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.

Sumber: Dr. Taufiq Razif

Published by
Naqiyatul Uzma