Hubungan

Jangan Persoalkan Kerja Rumah Tangga, Isteri Tak Pernah Berhenti Buat Tugasnya

Share

Beringat sebelum persoalkan kerja rumah tangga, mana yang nampak tak sempurna suami boleh sambung siapkan. Saling memudahkan dan menghargai apa sudah selesai dalam rutin harian.

Bak kata saudara Firdaus Shakirin, pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?

Jangan Persoalkan Kerja Rumah Tangga

Dia kena marah pun dia tetap masak. Dia merajuk pun dia masak. Dia tak sihat pun dia masak. Bergaduh dengan kita pun, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita:

“Abang dah bangun?”
“Abang dah sampai tempat kerja?”
“Abang dah lunch?”,
“Abang dah otw balik kerja?”
“Abang dah sampai umah?”
“Abang dah makan malam?”

Sampailah dia tanya, “Abang dah tidur?”

Berjauhan pun, dia tanya satu-satu, masih risaukan kita. Jadi pergi lah mana pun, duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugasnya sebagai seorang isteri.

Ambil tahu kebajikan kita, jaga suami. Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas-tugas seorang isteri dan kita yang jadi suami ini, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan? Banyak sebenarnya tuan-tuan.

Balik kerja, ada tak kita tanya,

“Macam mana hari ni, ayang ok?”

Ada tak mesej dia,

“Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni?”

Usah Cari Kelemahan Isteri

Jarang kan kita nak buat ni? Itu hari biasa. Kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi lah tak buat langsung.

Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya. Even waktu tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suaminya. Perbetulkan kedudukan tidur suaminya, pastikan suaminya itu selesa.

24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI dan kita pula asyik memikirkan tentang perempuan lain? Tentang kekurangan isteri? Cari kelemahan isteri?

Tak guna betul kita ni tuan-tuan. Hargailah isteri tuan-tuan. Hidupnya selain untuk Allah adalah untuk SUAMINYA.

Jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada. Hadiah daripada Allah untuk kita.

Published by
Nadia